1) Kuih Lapis
yang tak berapa familiar, kuih lapis ni cukup terkenal dengan lapisan warna yang cerah, dan cantik. Ada yang guna warna putih dan merah, ada jugak yang gabungkan macam-macam warna. So, apa kaitan antara kuih lapis dan pelaburan
Korang boleh ibaratkan lapisan warna yang berbeza tu sebagai petanda untuk pelbagaikan jenis pelaburan. Contohnya, daripada melabur semua duit untuk bitcoin, korang boleh juga melabur dalam bentuk cypto lain juga supaya anda boleh menyebarkan risiko— sekali gus wujudkan portfolio pelaburan yang berwarna-warni, berlapis-lapis dan selamat.
2) Kuih Angku
Kalau korang nak tahu, kuih angku ni dibuat dari tepung pulut dan berintikan pes kacang hijau atau kacang tanah.
‘Ang ku’, terdiri daripada perkataan Hokkien yang masing-masing bermaksud ‘merah’ dan ‘kura-kura’. Sebab tulah, kuih ni berbentuk cengkerang kura-kura dan berwarna, oren, merah dan hijau.
Sama macam kura-kura, korang kena lindungi diri dengan pelaburan yang boleh dipercayai. Sebelum korang nak melabur, korang kena pastikan yang pelaburan yang korang pilih tu diperakui dan merupakan instrumen kewangan yang selamat dengan cara yang sama, tempurung kura-kura melindungi 'ku' itu sendiri.
Contohnya, pilih untuk melabur hanya dalam platform pembiayaan peer-to-peer (P2P) yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tahap keselamatan tambahan itu.
3) Pulut Tai Tai
Selain dari pulut Tai Tai, kuih ni jugak dikenali sebagai pulut tekan. Warna birunya cukup cantik dan lembut, hasil daripada ekstrak bunga telang. Lagi syok lagi bila dicolek pulak dengan seri kaya.
Jadi apa kena mengena kuih ni dengan pelaburan?
Bila korang nak makan kuih ni, jumlah kaya yang korang colek kat kuih tu yang akan membezakan nikmat yang korang dapat masa makan kuih ni.
Lebih kurang macam situasi korang melaburlah. Jumlah pelaburan yang kecil boleh membuat perbezaan yang besar dari segi kesihatan kewangan korang tau.
Tak salah pun kalau korang nak mulakan pelaburan secara kecil-kecilan. Sebenarnya, kalau korang tak ada dalam kedudukan untuk salurkan sebahagian besar pendapatan ke arah pelaburan, korang cubalah ketepikan jumlah yang kecil dulu. Bila korang rasa macam dah stabil, barulah korang boleh tambah pelaburan korang sikit demi sedikit.
4) Kuih Rempah Udang (Pulut Panggang)
Yang ni special edition sikit. Kuih Rempah Udang ni dibuat dari gulungan pulut yang dibungkus dengan pusat campuran rempah kelapa dan udang kering.
Pada pandangan pertama, mungkin ada yang anggap Rempah Udang hanyalah kuih Nyonya yang manis. Tapi, bila korang dah buka, hidu dan rasa, barulah korang sedar yang korang dah salahnya anggap.
Sama jugak macam pelaburan. Korang jangan serkap jarang je tau. Boleh jadi yang tiba-tiba je kawan korang datang dengan tawaran yang sangat menarik dalam perdagangan saham. Dalam situasi ni, elakkan terima terus tawaran tu.
Korang kena fikir dulu masak-masak dan secara rasional. Minta nasihat daripada pakar kewangan lain. Melabur bila korang yakin, bukannya sebab terpaksa.
5) Kuih Talam
Kuih lemak berkrim ni terkenal dengan dua lapisan berbeza: lapisan berperisa pandan hijau dan lapisan krim kelapa putih yang enak.
Korang boleh rasa sendiri gabungan rasa masin dan manis dalam satu hidangan, walaupun lapisannya tak semestinya sama tebal. Macam pelaburan jugak, ada yang datang dengan pulangan yang tinggi (manis), dan tak kurang dengan tahap risiko tinggi (masin).
Sebaliknya, ada yang dapat pulangan rendah (masin), tapi tahap risiko pulak jauh lebih rendah (manis). Sebab tulah pentingnya untuk korang laburkan wang duit mengikut keseimbangan rasa manis dan masin pilihan korang sendiri.
Kalau korang secara peribadinya pilih pulangan yang tinggi dengan tempoh masa yang singkat, korang boleh pilih pelaburan berisiko tinggi, dan begitu juga sebaliknya.
Ingat tau, situasi kewangan korang tak semestinya sama macam kawan atau saudara mara korang. Korang kena sentiasa biasakan diri dengan kesihatan kewangan dan keutamaan risiko sebelum buat sebarang pelaburan.
Sumber: TallyPress
Sekurang-kurangnya, bila minum petang lepas mesyuarat, mesti korang akan jumpa salah satu kuih kat atas ni, kan? Sambil tu, cuba ingat semula, apa pengajaran dan petua pelaburan yang korang boleh hadamkan.
Pepatah pun ada cakap, sambil menyelam minum air. Korang pulak, sambil makan sambil belajar! Tak kisahlah kuih apa pun, lagi banyak yang korang jumpa, lagi banyak tips pelaburan yang boleh difikirkan.
Korang ada pengalaman tak guna cara lain untuk ingat tips pelaburan? Jangan lupa share dan kongsi di fb post kami ya.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: