Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bagaimana Menjana Wang Daripada Kad Kredit Anda

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2019




Jika digunakan tanpa rasa tanggungjawab, kad kredit akan menjerumuskan anda ke dalam masalah kewangan. Adakah anda tahu bahawa kad kredit boleh membantu anda menjana wang jika digunakan dengan cara yang betul?

Perkara ini tidak mustahil kerana kad kredit rebat tunai dan ganjaran membantu anda mendapatkan wang setiap kali anda berbelanja.

Kami akan menerangkan bagaimana kad ini berfungsi dengan menunjukkan perangkap tersembunyi yang perlu anda tahu,. Kami juga akan menunjukkan cara untuk mendapatkan kad kredit rebat tunai dan ganjaran yang paling sesuai untuk keperluan anda.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Bagaimana Kad Rebat Tunai dan Kad Ganjaran Berfungsi

Kad kredit rebat tunai memberikan beberapa peratus pulangan wang tunai setiap kali anda berbelanja.

Contohnya, kad yang menawarkan 1% rebat tunai akan memberi pulangan sebanyak RM5 apabila anda membeli sesuatu yang berharga RM500.

Kad kredit ganjaran pula berfungsi dalam cara yang agak berbeza. Anda dapat mengutip mata dan bukan wang tunai. Mata ini kemudian boleh ‘dibelanjakan’ atas ganjaran tertentu seperti minyak petrol, barang dapur, penerbangan, dan apabila anda berhibur.

Yang manakah satu pilihan terbaik untuk anda?

Kad kredit rebat tunai biasanya merupakan pilihan ramai kerana anda boleh menggunakan wang tunai yang diperoleh di mana-mana sahaja. Nilai rebat tunai berbeza mengikut jenis barangan (contohnya 5% untuk minyak petrol atau barang runcit, tetapi hanya 2% sahaja untuk lain-lain barang).

Berbeza daripada kad kredit rebat tunai, mata ganjaran untuk kad kredit ganjaran hanya dapat digunakan untuk menebus barangan tertentu atau dengan peruncit atau penjual tertentu.

Sebaliknya, kad kredit ganjaran memberikan pilihan nilai yang lebih baik dan memberikan keuntungan berganda jika anda menjadi pelanggan tetap kepada peruncit atau penjual yang berkaitan.

Sebagai contoh, ada kad ganjaran tertentu yang membolehkan anda mengisi petrol dengan hanya menggunakan mata yang diperoleh, dan sekali gus membantu anda berjimat jika dibandingkan dengan penggunaan kad rebat tunai untuk tujuan yang sama.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Terdapat beberapa sekatan yang lazim dijumpai terutamanya apabila menggunakan kad kredit rebat tunai:

  • Tawaran rebat tunai ini biasanya hanya sah untuk masa yang terhad, sebagai contoh tawaran itu mungkin menawarkan rebat tunai sebanyak 3% hanya untuk tiga bulan pertama dan diturunkan kepada 1% rebat tunai selepas tempoh tersebut tamat.
  • Kadar rebat tunai yang tinggi juga mungkin terhad kepada jumlah tertentu, sebagai contoh anda mungkin ditawarkan rebat tunai sebanyak 3% tetapi hanya terhad kepada perbelanjaan RM1000 yang pertama.
  • Anda mungkin lebih keliru apabila anda tidak layak untuk rebat tunai atau layak untuk kadar yang rendah sahaja, sehinggalah nilai perbelanjaan anda mencapai jumlah tertentu, contohnya RM500 dalam bulan tersebut, kemudian kadar rebat tunai yang lebih tinggi untuk ke tahap seterusnya perbelanjaan anda (contohnya RM500 – RM2000), dan jatuh lagi ke tahap yang lebih rendah atau tiada langsung.
  • Sesetengah kad kredit rebat tunai mengenakan bayaran yuran. Jika yuran itu tinggi, ada kemungkinan sukar untuk anda mendapatkan rebat tunai yang mencukupi untuk mengimbangi yuran tersebut.
  • Ada juga kad yang meletakkan syarat iaitu apabila anda membelanjakan jumlah tertentu dalam tempoh setahun, yuran tahunan untuk kad itu akan dilupuskan walaupun yuran tersebut telah dibayar (mungkin setara dengan nilai kad).

Bukan Untuk Semua

Kad rebat tunai dan ganjaran tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Ada kad yang hanya layak dipohon jika anda mempunyai kedudukan kredit yang baik. Alangkah rugi jika anda terpaksa membayar yuran yang jauh lebih tinggi demi mendapatkan ganjaran yang rendah nilainya daripada bayaran yuran tersebut.

Permohonan yang berkali-kali gagal akan lebih menjejaskan skor kredit anda, jadi penting untuk anda tahu kedudukan skor kredit anda sebelum membuat permohonan. Ada beberapa agensi kedudukan kredit yang boleh membantu anda mengetahui kedudukan skor kredit anda.

Akhir sekali, pastikan anda mampu menjelaskan baki setiap bulan. Jika tidak, keuntungan daripada rebat tunai atau ganjaran akan habis begitu sahaja apabila anda lewat menjelaskan bayaran yuran berserta faedah.

Mencari Kad yang Sesuai

Pelbagai jenis tawaran boleh mengelirukan anda. Setiap satunya kelihatan istimewa.

Sebelum anda membuat keputusan tentang pilihan kad anda, lihat dahulu perbelanjaan bulanan anda dan jenis ganjaran bagaimana yang berguna untuk anda.

Ganjaran biasanya diberikan untuk perkara berikut: Minyak Petrol, Barangan Runcit, Utiliti, dan Percutian. Apabila anda tahu secara kasar jumlah yang dihabiskan pada setiap perkara berikut, anda dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Satu lagi faedah percuma ialah insurans perjalanan percuma jika anda membeli tiket perjalanan menggunakan kad tertentu. Nah, bukankah ini penjimatan yang baik untuk anda bersuka ria semasa bercuti nanti?

Ada sesetengah kad yang mendakwa boleh memberikan rebat tunai yang tinggi; sama ada tawaran ini hanya sah untuk barangan tertentu, atau dalam lingkungan perbelanjaan tertentu, contohnya berbelanja sehingga RM100 atau RM50 sahaja sebulan.

Jadual perbandingan atas talian boleh membantu anda mencari nilai rebat tunai paling tinggi dalam pasaran, atau kad ganjaran paling sesuai dengan keperluan anda. Gunakanlah pelbagai laman web untuk membuat perbandingan kerana setiap satu mungkin mengiklankan tawaran yang sedikit berbeza.

Dalam keadaan anda terburu-buru untuk mendapatkan ganjaran, jangan lupa beberapa perkara asas seperti berikut: Berapakah yuran tetap tahunan? Berapakah bayaran yuran berserta faedah sekiranya lewat? Alangkah rugi sekiranya anda mendapat ganjaran yang kurang berbanding yuran tambahan yang terpaksa anda bayar.  

Dengan kad rebat tunai atau ganjaran yang digunakan secara bijak, penjimatan sebanyak RM100 setiap tahun sudah pasti dapat dilakukan dengan mudah. Selamat berjaya dalam misi pencarian anda!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta