Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Kurangkan Hutang Kad Kredit? Cuba Pelan Pemindahan Baki

BY Team Loanstreet

Updated 06 Jun 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Jangan abaikan hutang kad kredit korang yang dah bertimbun tu! Korang tau tak kalau korang ada kadar faedah yang tinggi, duit korang tu habis bayar untuk faedah je, bukan untuk hutang.


So, meh sini kami share sikit pasal program pelan pemindahan baki kad kredit (Balance Transfer Credit Card) supaya korang boleh ringankan sikit beban hutang korang tu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa tu Pelan Pemindahan Baki Kad Kredit?

 

Pemindahan baki kredit ataupun balance transfer ni adalah pemindahan hutang dari akaun kad kredit yang korang belum jelaskan kepada akaun kad kredit dan bank yang baru. Kebanyakan bank ada menawarkan kadar faedah yang lebih rendah atau promosi kadar faedah sifar untuk tempoh tertentu.

 

Kenapa perlu buat Program Pemindahan Baki?

 
  1. Kadar faedah lebih rendah

Bayangkan korang ada hutang kad kredit yang besar, dan kadar faedahnya tinggi, katakanlah 18% setahun. Korang kena bayar faedah yang banyak setiap bulan. So dekat sini balance transfer boleh bantu korang pindahkan hutang tu ke kad kredit lain yang ada kadar faedah lebih rendah, mungkin 5% setahun. Senang cerita, balance transfer ni boleh bantu korang jimat duit dengan kurangkan faedah yang kena bayar, dan buatkan korang cepat langsaikan hutang.

 
  1. Tempoh tanpa faedah

Selain kadar faedah rendah, ada bank menawarkan tempoh masa di mana kad kredit baru menawarkan kadar faedah sifar (0%) pada baki hutang yang dipindahkan. Maksudnya, dalam tempoh tu korang tak perlu bayar faedah ke ata hutang yang dah dipindahkan. Tempoh ni boleh jadi beberapa bulan atau beberapa tahun. 

 
  1. Pengurusan hutang

Dengan balance transfer, korang boleh memindahkan semua baki hutang kad kredit korang kepada satu kad kredit. So, korang just kena bayar satu bil sahaja setiap bulan. Ini membantu korang untuk menjimatkan masa, mengurangkan tekanan, dan memfokuskan usaha korang untuk melunaskan hutang dengan lebih berkesan.

 

Jadi, balance transfer ni boleh memudahkan pengurusan hutang dengan menggabungkan semua baki hutang dari beberapa kad kredit ke satu kad kredit baru yang menawarkan kadar faedah lebih rendah atau promosi tanpa faedah. Cuba korang bayang situasi ni:

Ali ada tiga kad kredit dengan baki hutang masing-masing dengan kadar faedah yang tinggi. Ali pindahkan semua baki hutang ini ke satu kad kredit baru yang menawarkan kadar faedah 0% selama 12 bulan,  Jadi Ali hanya perlu membayar satu bil je setiap bulan.

Selama tempoh promosi 0% faedah, semua bayaran bulanan Ali akan kurangkan jumlah hutang pokok tanda dikenakan faedah tambahan. Akhirnya, Ali daat langsaikan hutang dengan lebih cepat.

  

Fahami Terma dan Syarat Sebelum Menggunakan Program Ini

 

Terma dan syarat untuk program pemindahan baki ni adalah berbeza ikut bank masing-masing. Contohnya, ada bank yang menawarkan kadar faedah 0% untuk tempoh promosi, ada juga bank lain mungkin menawarkan kadar yang lagi tinggi seperti 3% atau 5%. Tengok jugak tempoh promosi yang bank tawarkan. Semakin lama tempoh promosi, semakin banyak masa untuk korang melangsaikan hutang tanpa dikenakan faedah.

 

Korang kena baca dan faham terma dan syarat dari setiap bank sebelum buat keputusan untuk pindah baki hutang. Bandingkan beberapa pilihan yang ada then  pilih yang paling sesuai dengan keadaan kewangan korang. Barulah korang boleh kurangkan kos faedah dan bayar hutang dengan lebih cepat!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK:
 

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta