Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Perkara Yang Anda Tidak Pernah Dengar Dari Ajen Insurance Anda

Updated 06 Dec 2018 – By Loanstreet


Pada masa kini, adalah perkara biasa untuk produk insurans disertakan bersama dengan pelan simpanan/ pelaburan. Antara yang paling popular adalah Pelan Berkait Pelaburan (ILP).Premium yang rendah dan perlindungan yang besar  adalah ciri-ciri meningkatkan populariti produk ini, terutama dikalangan belia. Mari kita meneliti bagaimana ILP berfungsi jika dibandingkan dengan insurans tradisional. Nam

Apa itu ILP?

ILP adalah pelan insurans yang akan mengambil sebahagian premium yang dibayar dan melaburkan kedalam dana pelaburan. Dana pelaburan ini diurus syarikat insurans dan hasil pelaburan akan dimasukkan kembalikan kepada pemilik akaun insurans. Kos pentadbiran dan dan yuran polisi akan ditolak dari akaun tersebut. Secara asasnya, pelanggan akan menikmati perlindungan kesihatan dan nilai simpanan tunai dari ILP.

Premium

Premium yang dibayar kepada ILP adalah rendah dan digunakan berbeza daripada insurans tradisional. Premium dari ILP akan digunakan untuk membeli dana pelaburan berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Pada 7 tahun pertama, sebahagian amaun dari premium akan disalurkan kepada pembayaran kos pentadbiran dan kos pengedaran (termasuk komisen ejen insurans); bahagian selebihnya akan digunakan untuk membeli dana pelaburan. Selepas tempoh 7 tahun, 100% premium akan dilaburkan kedalam dana pelaburan. Caj insurans akan ditolak dari unit yang dimiliki.

  • Premium yang sama dibayar sepanjang tempoh perlindungan bagi insurans tradisional dan ILP insurans.
  • Bagi ILP Insurans, Caj dan polisi insurans mesti dibayar sepanjang tempoh polisi manakala caj pentadbiran dan kos pengedaran akan dibayar untuk beberapa tahun pertama sehingga kadar dan diperuntukkan mencecah 100%.

Nilai Simpanan Tunai

Untuk ILP, “Nilai Simpanan Tunai” bermaksud jumlah premium terkumpul yang digunakan untuk membeli dana pelaburan. Nilai simpanan tunai bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan prestasi dana tersebut. Pelanggan boleh memilih untuk menjual dana sekiranya memerlukan dana tambahan.

“Nilai Simpanan Tunai” dalam insurans tradisional merujuk kepada wang tunai yang disimpan dari lebihan premium dibayar. Lebihan ini disimpan kedalam akaun rizab untuk dilaburkan. Sebagai tambahan, dividen akan diberi kepada polisi terlibat, sekiranya insurans tersebut layak. Seteh diumumkan, syarikat akan memasukkan dividen sebagai nilai simpanan tunai.

Caj Insurans

Perkara Yang Anda Tidak Pernah Dengar Dari Ajen Insurance Anda

Caj insurans adalah rendah pada umur yang muda dan semakin meningkat apabila pelanggan semakin tua. Pada peringkat awal, premium dibayar lebih tinggi dari caj insurans. Untuk ILP, caj insurans akan ditolak dari hasil jualan dana pelaburan, maka jumlah pelaburan akan berkurang. Pada tahun berikutnya, caj insurans akan meningkat dan lebih banyak unit perlu dijual untuk menampung caj insurans.

Jika dana dan strategi pelaburan yang betul digunakan, faedah terkumpul dari pelaburan peringkat awal akan dapat menampung kenaikan kos insurans dan masih meningkat nilai pelaburan. Akan tetapi, sekiranya pelaburan tidak diuruskan dengan baik ( kegawatan ekonomi), nilai pelaburan akan merudum. Perlu dingatkan bahawa pemilik polisi insurans perlu menambahkan premium insuransnya sekiranya pelaburan itu gagal ( apabila kegagalan untuk menampung kos insurans).

Walaubagaimanapun, perkara ini sangat jarang kerana premium yang dibayar didalam insurans tradisional lebih tinggi daripada ILP untuk mengatasi peningkatan kos insurans.

Adalah amat penting untuk memahami perbezaan jaminan nilai simpanan diantara ILP dan insurans tradisional. Bagi ILP, risiko akan dipegang oleh pemilik dalam bentuk dana amanah. Ada kemungkinan yang nilai simpanan tunai akan berkembang pada tahun ini, dan hilang kesemuanya pada tahun hadapan. Bagi insurans tradisional, nilai simpanan tunai meningkat secara tahunan, menjadi satu kelompok wang yang selamat. Tambahan pula, anda boleh memilih untuk menyertai polisi insurans (par) dimana anda akan mendapat dividen dari keuntungan syarikat. Ini salah satu faktor menyebabkan ILP lebih murah berbanding insurans tradisional.

Perkara Yang Anda Tidak Pernah Dengar Dari Ajen Insurance Anda

Perbezaan lain diantara ILP dan insurans tradisional:

 Perkara Yang Anda Tidak Pernah Dengar Dari Ajen Insurance Anda

Kesimpulan

Kedua-dua produk saling memiliki kelebihan masing-masing, adalah penting untuk anda memilih polisi yang sesuai dengan profil anda. Jika anda melihat kepada perlindungan masa singkat, maka ILP mungkin pilihan yang sesuai. Jika anda mencari pelaburan yang stabil dan konsisten sepanjang tempoh polisi, insurans tradisional akan menjadi pilihan yang lebih baik. Boleh jadi juga keduanya. Pastikan anda menyemak semula kedudukan kewangan anda, berhubung dengan seramai mungkin ajen dan tidak terlibat dengan apa yang anda tidak mampu.

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Kereta tenggelam banjir dapat insurans

Kalau Banjir, Kereta Korang Boleh Claim Insurans Bila...

Kena tow truck scam

"Dia Takut Sangat Sampai Menangis Bila Call Kami"

Kad kesihatan terbaik

Tak Wujud Pun "Medical Card Terbaik"! Ini Perkara Yang Korang Kena Tahu