Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nah! Segala Perkara PENTING Pasal Skim Insurans Takaful

BY Team Loanstreet

Updated 06 Jan 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Bila sebut je pasal perlindungan insurans, masyarakat selalu  anggap yang duit yang dibayar untuk premium akan “hangus” kalau tak ada sebarang tuntutan dibuat. Tapi, ada sejenis insurans ramai orang tak tahu yang perlindungan insurans ni ada pulangan tunai kalau takde tuntutan.

Perlindungan insurans apa tu? Skim TAKAFUL. 

Masalahnya sekarang, ramai yang tak peduli sebab ramai yang tak tahu pun pasal ni. So, hari ni kitorang nak share panduan lengkap untuk insurans Takaful.  

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Apa tu Skim Takaful?

Mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013), takaful ni diistilahkan sebagai 

“sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya ahli takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada ahli takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.”

Berlandaskan hukum Syariah, Skim Takaful ni dikira salah satu alternatif untuk korang selain perlindungan insurans konvensional yang dipercayai membawa unsur ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba) yang tak selari dengan ciri-ciri Takaful:

  • Patuh Syariah
  • Sumbangan At-Tabarru'at
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur maisir 
  • Tiada unsur gharar
  • Al-mudharabah (Perkongsian keuntungan)


Camne Skim Takaful ni berfungsi?

Pada asasnya, sistem Takaful ni berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan ahli-ahlinya. Maksudnya kat sini, skim Takaful ni bukan je melibatkan perlindungan untuk diri sendiri je, tapi melibatkan ahli-ahli Takaful yang lain.

Dengan mencarum sejumlah wang, sebahagian daripadanya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar Tabarru’ (derma/sumbangan) untuk memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahli takaful tu mengalami kerugian.

loanstreet-panduan-lengkap-untuk-skim-insurans-takaful-1

Sumber: helotalianhayat.wordpress.com

Jadi, kalau korang nak dapatkan perlindungan Takaful, korang mestilah hadir dengan niat yang ikhlas dan bersetuju untuk saling membantu ahli-ahli Takaful yang lain ketika ditimpa musibah.

Jangan risau sebab syarikat insurans Takaful selalunya akan menetapkan kadar Tabarru' untuk pastikan Tabarru’ yang disertai oleh kesemua ahli tak terjejas dan jugak untuk berikan keadilan kepada semua pihak. Contohnya, kalau ahli Takaful tu bawak risiko yang besar, maka kadar tabarru' yang disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Lagi satu, andai kata korang tak buat apa-apa claim sepanjang tempoh perlindungan, wang lebihan (lepas tolak kos operasi dan tuntutan) akan diagih semula kepada korang (ahli) dalam bentuk “keuntungan”.


Apa beza perlindungan Skim Takaful dengan Insurans Konvensional?

Skim Takaful dan Insurans Konvensional berkongsi prinsip asas dan objektif yang sama - untuk melindungi individu dan badan korporat dari kerugian dan musibah. Tapi, ada beberapa perkara yang membezakan mereka:

Perkara
Insurans Takaful Insurans Konvensional
Konsep Menekankan konsep ta’awun
(tolong-menolong) dan
tabarru’ (sumbangan) 
Dijalankan atas faktor
komersial semata-mata
Akad Mempraktikkan akad
wakalah dan mudarabah
Menggunakan kaedah jual beli
Prinsip Bebas daripada riba,
gharar dan maisir
Bebas daripada riba, gharar dan maisir
Operasi Di pantau Majlis Penasihat Syariah Tak dipantau
Keuntungan Keuntungan dikongsi
bersama antara pengendali
dan individu (ahli)
Mengamalkan riba


Apa jenis-jenis perlindungan dibawah Skim Takaful? 

1. Takaful Am (Kenderaan, Rumah & Kemalangan Diri)

Kontrak Takaful Am biasanya adalah polisi jangka pendek dan setanding dalam tujuannya apabila dibandingkan dengan insurans am konvensional. Takaful jenis ni takde sebarang komponen simpanan mahupun pelaburan. 

loanstreet-panduan-lengkap-untuk-skim-insurans-takaful-2


Pengendali Takaful akan  mengagihkan sebarang lebihan pengunderaitan atau keuntungan kepada ahlinya secara tahunan. 


2. Takaful Keluarga (simpanan, pelan pendidikan dan pelan persaraan)

Takaful Keluarga biasanya merupakan polisi jangka masa panjang yang mana kebanyakkan ahli yang bertujuan untuk menabung demi keperluan jangka panjang seperti pendidikan anak-anak, pencen dan juga pampasan untuk tanggungan mereka. 

Takaful jenis ini mempunyai jangka masa panjang dari sepuluh hingga 30 tahun. Untuk Takaful Keluarga, pengendali biasanya membahagikan sumbangan kepada 2 bahagian iaitu dana pelaburan ahli (dana simpanan) dan dana risiko ahli (dana Tabarru’). 


loanstreet-panduan-lengkap-untuk-skim-insurans-takaful-2

Sumber: takaful.com.my

Akaun kedua digunakan jika terdapat kes kerugian dari ahli lain yang akan dibayar pampasan mengikuti kadar seperti yang telah dipersetujui sebelumnya.

Kedua-kedua akaun ini perlu dilaburkan dalam sekuriti-sekuriti yang patuh Syariah dan pengendali Takaful boleh memperolehi pendapatan sama ada melalui bayaran yuran atau berkongsi sebahagian daripada keuntungan pelaburan.


Untung ke join Skim Takaful ni?

Ada banyak faedah bila korang jadi ahli Takaful:

1. Perkongsian Risiko 

Takde Konflik ‘Kepentingan Diri Semasa Tuntutan’ oleh Pengendali Takaful untuk mengurus dan mengatasi risiko menyebabkan Takaful lebih adil berbanding insurans konvensional yang menggunakan konsep kontrak jualan dan pemindahan risiko. Kontrak Takaful mengamalkan bantuan bersama sebab, pengendali Takaful tak dapat keuntungan dari duit yang tak dituntut.


2. Berkongsi Keuntungan (no claim cashback)

Kalau takde sesiapa buat apa-apa tuntutan, ahli-ahli Takaful boleh dapatkan sebahagian daripada lebihan duit yang dipulangkan dalam bentuk pulangan tunai. 


3. Dapat Menghormati Nilai Agama

Disebabkan skim Takaful takde unsur Gharar, Riba ataupun Maysir, umat Islam boleh menyertai Takaful tanpa rasa bimbang tentang perkara yang dianggap haram. Dengan menyertai skim yang saling bantu-membantu berdasarkan sistem Islam, peserta berpeluang untuk melakukan ibadah (kesetiaan) yang mana ia sejenis manifestasi kehambaan, kepatuhan dan penepian keinginan sendiri ke arah perintah agama.


Tapi, jangan salah faham. Skim Takaful ni bukan untuk golongan Muslim je tau

Disebabkan kurang kesedaran dan salah faham, ramai yang anggap Skim Takaful ni hanya untuk golongan Muslim. Padahal, ianya terbuka kepada semua individu termasuklah yang bukan Muslim. Ada lagi pilihan pelan insurans yang boleh dimohon selain pelan insurans konvensional.

loanstreet-panduan-lengkap-untuk-skim-insurans-takaful-4

Kalau korang berminat nak dapatkan perlindungan Skim Takaful, pastikan korang buat research dulu sama ada ejen korang tu berdaftar di bawah Malaysian Takaful Association (MTA) ke tak KAT SINI. Kalau nak tahu senarai penuh syarikat Takaful berlesen kat Malaysia, boleh semak kat laman web Bank Negara Malaysia. 

Maklumlah, sekarang ni banyak kes-kes scam. Untuk pengetahuan korang, semua ejen dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan Takaful perlu berdaftar dengan MTA sebelum boleh iklankan dan jual produk Takaful. Diorang jugak akan diberi kad pengesahan. 


Ada kat sini yang perlukan insurans kenderaan? Kalau ada, korang boleh pergi ke halaman insurans kereta dan insurans motosikal kami dan dapatkan sebut harga percuma! Bukan itu je, korang boleh jugak beli dan buat bayaran polisi insurans kereta dan motosikal secara online. Senang gila, kan?

loanstreet-panduan-lengkap-untuk-skim-insurans-takaful-4



*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover