Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Wow! Ni dia 5 Pelaburan Terbaik Tahun 2022

BY Contributor-Majalah Labur

Updated 10 Mar 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Semenjak musim COVID-19 ni, mesti korang perasan yang ekonomi kita macam merosot je, kan? Tapi, lain pulak ceritanya dengan pasaran pelaburan. Kalau korang nak tahu, pasaran pelaburan making berkembang tau akhir-akhir ni,

Biasanya pada awal tahun baru, ramai yang bersemangat nak cari alternatif untuk kembangkan duit sedia ada. So, hari ni kitorang nak share jenis pelaburan yang korang boleh pertimbangkan untuk melabur.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Amanah Saham Nasional Berhad atau dikenali sebagai ASNB adalah satu bentuk pelaburan yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kaedah pelaburan yang teratur. 

Loanstreet-5-pelaburan-terbaik

Sumber: Iluminasi.com

Kalau korang nak tahu, pelaburan ASNB ni sangat popular dalam kalangan bumiputera. Untuk pulangan yang menarik setiap tahun, ASNB biasanya gunakan dana daripada orang ramai untuk melabur bagi menjana pulangan yang tinggi.

Setiap tahun, ASNB akan umumkan dividen kepada semua pemegang unit amanahnya.

BACA: Dengar Kata ASB Dan ASN Ni Tak Patuh Syariah. Betul Ke?


2. Pelaburan Emas

Untuk pengetahuan korang, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) pernah terbitkan panduan Parameter Syariah ke atas Dana Dagangan Bursa Islam berasaskan Emas dan Perak pada 2014.

Loanstreet-5-pelaburan-terbaik

Sumber: AzlanRahman.com

Kalau dulu, pelaburan emas ni biasanya dikategorikan sebagai komoditi yang pasif. Sekarang ni pulak, emas memainkan peranan yang lebih banyak untuk tingkatkan kekuasaan dan kekayaan bagi orang Islam secara langsung di seluruh dunia.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, emas bolehlah masuk dalam shortlist korang. 

Loanstreet-5-pelaburan-terbaik
Sumber: Sasterawan Jefri Zin

Kenapa? Emas boleh bagi jaminan perlindungan terhadap inflasi. Selain dari tu, sumber emas ni terhad dan sebab tulah jugak ianya akan kekal bernilai.

Korang jangan tak tahu tau yang emas fizikal ni ada daya tarikan tersendiri dan harga yang stabil. Atas sebab nilah emas digunakan untuk tujuan pelaburan.

Loanstreet-5-pelaburan-terbaik
Sumber:HelloGold

Cuma yang kureng sikit, pelaburan emas ni tak ada pulangan dividen. Cara yang korang boleh praktikan untuk dapatkan duit  melalui pelaburan emas adalah, korang beli emas pada harga yang rendah dan jual pada kadar harga yang lebih tinggi.

BACA: Nak Start Pelaburan Emas? Baca Panduan NI Terlebih Dulu!


3. Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah pulak, antara pelaburan yang paling femes seantero dunia. Apa yang buatkan pelaburan hartanah ni femes, disebabkan permintaan yang stabil dan harga yang sentiasa meningkat.



Sumber:Harta Bumi

Konsep dia sama je macam korang beli rumah, kemudian korang jadikan rumah itu sebagai aset untuk menyewa, menjual dan lain-lain aktiviti.
 

4. Pelaburan Saham

Setiap tahun pasti kita akan dengar pasaran saham tak menentulah…tengah jatuhlah…

Ya memang betul. Tapi kita bukan nak borong semua saham pun. Kita cuma perlu fokus kepada saham-saham yang kita rasa berpotensi untuk pergi jauh je.

Loanstreet-5-pelaburan-terbaik

Sumber:Bursa Academy

Kalau korang tak berapa minat dengan pasaran saham Bursa Malaysia, korang boleh jugak melabur ke pasaran saham Wall Street (US). 

BACA: Hah, Ni 5 Saham Best Untuk Korang Melabur Dalam Norma Baharu!


5. Pelaburan Unit Trust

Pelaburan unit trust atau unit amanah ni sebenarnya sejenis pelaburan yang pelabur akan kumpulkan dana mereka kepada syarikat yang akan melabur dana tersebut. Lepas tu, dana tadi akan diuruskan oleh Pengurus Dana untuk dapatkan keuntungan daripada dana tersebut.

Loanstreet-5-pelaburan-terbaik

Sumber: Info Unit Amanah

Pelaburan unit trust ni, sesuailah untuk newbies yang tak ada pengalaman dalam pelaburan. Konsep unit amanah ni, lagi lama korang melabur, lagi banyak pulangan yang korang dapat. 

BACA: Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2021!

So, korang dah ada idea lah nak pilih pelaburan yang mana, kan? Walau apa pun pilihan yang korang buat, korang kena faham yang pelaburan ni tetap melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan duit modal.

Prestasi instrumen tersebut pada masa lalu pula tidak menjamin akan terus untung pada masa depan. Jadi, fikir dulu masak-masak sebelum melabur, okay?

Kalau korang ada pengalaman dalam pelaburan, jangan lupa share di FB post kami ya.

 

*Artikel ini diolah semula dari artikel “Jenis Pelaburan Yang Terbaik Pada Tahun 2022?” yang diterbitkan kali pertama di majalahlabur.com  Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor-Majalah Labur



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024