Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Berapa Kos Insurans Cermin Kereta (Windscreen) Kat M’sia?

BY Farhana Adli

Updated 26 Oct 2021





Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Korang pernah tak lalui satu situasi ni where cermin kereta korang tetiba je pecah sebab terkena benda terbang yang misteri (maybe batu kecil atas jalan tu ke)? Pastu korang panik then tak tahu nak buat apa? Ha, mesti pernah kan? 

So, insurans cermin kereta korang juga yang akan bantu waktu macam ni. 

“Jap jap, apa benda tu insurans untuk cermin kereta?”. Sebenarnya, dia sejenis protection tambahan untuk cermin kereta korang dalam polisi insurans kereta tu juga, tapi cuma available kalau korang beli plan insurans kereta komprehensif je. Korang boleh pilih option ni bila korang renew online insurans kereta and road tax melalui Loanstreet. 

Jom scroll kebawah untuk tahu lagi apa benda insurans cermin kereta ni. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


“Bahagian mana cermin kereta yang protected eh?” 

Baguih soalan ampa! Insurans cermin kereta tu akan provide protection untuk: 

  • Semua cermin pintu dan cermin kecil/suku 

  • Cermin depan 

  • Cermin belakang/rear 

  • Cermin bumbung matahari yang original (bukan modify punya) 

Bahagian cermin kereta


Agak-agak berapa kali boleh claim daripada insurans? 

Jawapan dia - SEKALI setahun (dalam a single coverage). Tapi, ada certain situations yang korang boleh claim banyak kali. 

Contohnya, korang beli RM3,000 insurans cermin kereta untuk kereta “have-have” korang, then korang nak fix lah cermin depan sebab ada crack kecil yang kos untuk repair dia RM100 (tanpa tukar seluruh cermin kereta). Lepas claim, korang ada lagi RM2,900 nilai coverage yang tinggal untuk claim pada masa akan datang untuk tahun tu. 

Apa yang korang kena tahu ialah tak semestinya kalau insurans polisi utama kereta korang tu still valid, coverage cermin kereta  korang tu valid juga. Dia akan end selepas korang filekan claim dan dah reach jumlah yang korang insured tu. So, korang kena lah make a new purchase kalau nak continue dapatkan claim tu. 

 

“Berapa eh kos untuk dapatkan coverage cermin kereta tu?”

 

Image source: cermin kereta 2U

Kos dia, selalunya, around 15% daripada jumlah yang korang insured untuk nilai coverage cermin kereta tu. Contohnya, kalau value coverage untuk cermin kereta korang RM1,500, then korang kena bayar RM225 lah. 

Lagi satu, korang kena take note yang syarikat insurans tu bukan cover untuk replace and repair tingkap korang yang pecah tu je, tapi diorang cover juga kos cermin kereta, tenaga kerja, dan selalunya tingkap tinted solar yang korang dah install. 
 

So, sekarang jom tengok dua situasi yang berbeza kalau kos tukar cermin kereta  tu RM1,500:

Situasi A : Ada coverage insurans untuk cermin kereta 

Katakan, korang dah insured RM2,000 untuk windshield tu. Korang tak perlu dah nak fikir kos untuk bayar tu sebab korang boleh claim tanpa NCD untuk polisi insurans kereta korang lesap/berubah. Yang paling best kan, korang cuma bayar RM225 je, lepastu ada pulak nilai coverage sebanyak RM500 kalau apa-apa terjadi kemudian hari. 

Situasi B: Tanpa coverage insurans untuk cermin kereta 

So, korang mesti rasa confident macam, “Ala, takda pape la akan jadi dekat windshield ni”, then rasa korang boleh save RM225 untuk insurans kereta premium korang tu. Tapi, macam mana kalau benda tu terjadi? Then, terpaksalah korang keluarkan RM1,500 daripada pocket korang. Sakit tu! 

Atau mungkin korang decide untuk cari jalan lain - which is untuk claim daripada insurans kereta komprehensif korang tu lepastu tak payah lah kena bayar untuk coverage tambahan. Sure, memang macam best bunyi tu tapi korang tahu tak yang akan ada risiko untuk No Claim Discount (NCD) tu lesap? 

Jeng, jeng, jeng. Jom tengok next point pulak. 
 

Memang korang boleh claim daripada insurans kereta komprehensif sedia ada kalau korang takda insurans cermin kereta. Tapi…

… dia akan affect NCD korang tu tau! Macam mana? 

Image source: Ingenie


Korang mungkin akan kehilangan NCD untuk tahun berikutnya. Dia akan reset ke ZERO percent (0%) bila korang renew insurans kereta. Maksudnya, korang akan hilang diskaun terkumpul tu. Lagi teruk, korang mungkin kena bayar lebih daripada apa yang korang sepatutnya bayar untuk insurans coverage tambahan tu. Rugi besar, kan? 

Tapi, kalau korang terperangkap dalam situasi macam ni, admin ada suggestions untuk korang - depends pada NCD value korang lah tapinya. 

Kalau NCD value untuk tahun berikutnya tu: 

  • Menaik, then admin suggest untuk korang bayarlah kos tukar cermin kereta  tu sendiri. 

  • Menurun, then baiklah korang claim daripada insurans kereta korang tu. 

Katakan, lepas 4 tahun tak claim daripada polisi insurans kereta, korang dah kumpul nilai NCD sebanyak 38.33%. Kalau korang continue, maka, NCD tu akan meningkat pada 45% (berdasarkan NCD rate daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Motor Tariff). Maksudnya, if insurans premium kereta korang tu RM2,000 then korang jimat RM900 untuk next renewal. Tapi, kalau korang claim daripada insurans kereta komprehensif, then diskaun tu akan reset dan korang perlu bayar the full amount - kan dah rugi kat situ. 

Tapi, kalau NCD value korang rendah macam 0% atau 25% ke, and takda banyak sangat perbezaan, better lah korang claim daripada bayar sendiri. 
 


Image source: Google
 

Apa yang kita belajar dekat sini? Yang korang akan kena bayar lebih kalau korang takda insurans untuk cermin kereta . So, jangan lupa untuk include insurans cermin kereta  dalam coverage tambahan masa korang beli insurans kereta dekat Loanstreet. Cuma compare harga, sesuaikan ikut bajet korang (supaya korang tak terlebih or terkurang insured) lepastu siap dalam masa 5 minit je - kacang!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Farhana Adli



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya