1. Kelayakan Pinjaman Perumahan
Perkara pertama: kelayakan. Bayangkan macam kad VIP untuk parti pinjaman perumahan. Nak masuk, pemberi pinjaman akan tengok beberapa perkara:
-
Skor Kredit: Bayangkan skor kredit macam kad laporan untuk cara korang handle hutang. Lagi tinggi skor, lagi besar kemungkinan dapat syarat pinjaman yang bagus. Contohnya, kalau skor kredit tinggi, kemungkinan untuk mendapat kadar faedah yang rendah.
-
Pendapatan: Bank pun nak tahu sama ada korang ada pendapatan tetap untuk bayar balik pinjaman. Kalau gaji korang elok, macam ada kerja tetap yang bagi jaminan korang takkan terlepas bayar hutang.
-
Status Pekerjaan: Pekerjaan yang stabil macam sauh yang kuat. Tunjukkan korang ada sumber pendapatan yang tetap.
-
Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR): Ni nisbah bayaran hutang korang dengan pendapatan. Kalau DSR rendah, maksudnya korang ada keseimbangan yang bagus antara pendapatan dengan hutang sedia ada. Contohnya, kalau korang dapat RM10,000 sebulan dan jumlah bayaran hutang RM3,000, DSR korang adalah 30%, kebiasaannya dianggap sihat.
Boleh juga guna kalkulator mudah macam Kalkulator Pinjaman Perumahan Loanstreet untuk tengok kelayakan korang.
2. Kadar Faedah Pinjaman Perumahan
Kadar faedah boleh bagi kesan besar kepada keseluruhan kos pinjaman. Kadar faedah yang tinggi maksudnya kos bayaran lebih tinggi . Contohnya, kalau pinjam dengan kadar faedah 4%, korang akan bayar lebih daripada kadar 3%. Sebab tu penting untuk bandingkan harga dengan beberapa tempat, sebab boleh jimat beribu-ribu ringgit sepanjang tempoh pinjaman.
Sekadar info, Bank of China (Malaysia) Berhad sekarang tengah tawarkan kadar yang kompetitif dengan BOCM Flexi Housing Loan, kadar faedah serendah 3.88% setahun*.
3. Jenis Pinjaman Perumahan
Ni serba sikit tentang jenis pinjaman yang mungkin korang nak tengok:
-
Pinjaman Asas: Ni pilihan klasik dengan bayaran bulanan tetap. Macam perbelanjaan bulanan yang boleh dijangka - senang nak bajet dan senang difahami.
-
Pinjaman Semi-Fleksi: Bayangkan ni macam campuran bayaran tetap dengan sikit kelonggaran. Boleh buat bayaran tambahan untuk kurangkan faedah tapi masih ada bayaran asas yang konsisten.
-
Pinjaman Fleksi: Ni bagi korang fleksibiliti untuk keluarkan dan masukkan duit ke dalam akaun deposit bila-bila masa tanpa kena caj atau prosedur tambahan.
Sebagai contoh, BOCM Flexi Housing Loan sangat fleksibel. Macam ada pinjaman dengan akaun simpanan built-in. Boleh masukkan duit lebih bila-bila masa untuk jimat faedah dan keluarkan duit lebih bila-bila masa, bagi kawalan ke atas kewangan korang.
4. Tempoh Berkunci
Tempoh berkunci macam tempoh komitmen di mana korang terikat dengan syarat pinjaman. Contohnya, kalau daftar untuk tempoh berkunci 3 tahun, korang kena kekalkan syarat pinjaman selama 3 tahun. Ini memberi kestabilan dari segi kewangan, namun fleksibiliti untuk mengubah atau melunas pinjaman lebih awal mungkin terbatas dan mungkin akan dikenakan bayaran tambahan
5. Margin Pembiayaan
Margin pembiayaan tu macam berapa banyak pinjaman yang bank akan bagi. Contohnya, kalau korang nak beli rumah bernilai RM500,000 dan bank beri margin pembiayaan 80%, diorang akan biayai RM400,000. Maknanya, korang kena tanggung baki RM100,000 lagi. Kira macam duit muka la tu. Mengetahui perkara ni akan membantu korang rancang kewangan untuk beli rumah tersebut.
6. Fi Yuran Guaman dan Duti Setem
Jangan lupa pasal kos tambahan macam yuran guaman dan duti setem. Ni adalah macam bayaran tersembunyi yang kena bajet. Contohnya, kalau korang nak beli rumah, mungkin kena bayar duti setem ikut nilai rumah tu dan yuran guaman untuk siapkan dokumen pinjaman. Lebih baik asingkan sikit duit lebih awal untuk elakkan terkejut nanti. Bagaimanapun, Bank of China boleh menolong dengan masukkan pembayaran penilaian harta dan yuran guaman dalam pembiayaan pinjaman perumahan.
7. Terma dan Syarat Pinjaman
Terma dan syarat pinjaman ni macam tulisan kecil yang kena baca betul-betul. Antaranya termasuk tempoh bayaran balik, fleksibiliti, dan penalti kalau nak bayar awal. Contohnya, certain pinjaman mungkin ada penalti kalau korang bayar balik awal, so kena fikir masak-masak kalau korang memang nak bayar cepat.
8. Proses Kelulusan
Proses kelulusan macam kena lintas beberapa siri halangan. Kena hantar dokumen, buat semakan kredit, dan macam-macam lagi. Nasib baik, Platform e-Mortgage BOCM memudahkan proses ni. Anda boleh mohon pinjaman online bila-bila masa, senang je. Cuma kena hantar maklumat pinjaman perumahan secara online dulu sebelum pihak bank buat penilaian. Boleh jugak muat naik dokumen permohonan secara digital untuk mohon pinjaman.
Dah Sedia Untuk Langkah Seterusnya?
Kalau korang masih mencari pinjaman perumahan terbaik dengan jimat yang padu, cuba BOCM Flexi Housing Loan. Pinjaman ni menawarkan macam-macam kelebihan seperti pilihan pinjaman fleksibel dan kadar faedah yang kompetitif serendah 3.88% setahun* (sah sehingga 31 Disember 2024).
Jangan lupa mulakan perjalanan pinjaman perumahan korang dengan Platform e-Mortgage BOCM hari ni! Tertakluk Terma & Syarat. Semoga berjaya!
Untuk maklumat lanjut tentang BOCM Flexi Housing Loan, sila hubungi talian 03-23878232/03-23878815 atau layari laman web korporat BOCM www.bankofchina.com.my.
*Tertakluk Terma & Syarat Kempen Pemilikan Pinjaman Perumahan BOCM 2024.
** Artikel di atas bertujuan untuk maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang mungkin timbul daripada kepercayaan kepada maklumat yang terkandung dalam artikel.