Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pelajar dan kad kredit pertama mereka – tanggungjawab yang datang dengan sekeping plastik

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2019




Adakah anda ingat waktu dulu-dulu, pelajar biasanya akan dapat elaun mingguan atau bulanan daripada ibu-bapa mereka untuk perbelanjaan harian? Berakhir sudah hari-hari di mana anda boleh meminta duit belanja, kini adalah zaman di mana pelajar memiliki kad kredit mereka sendiri.

Kami tidak boleh cakap sama ada ianya satu perkara yang bagus ataupun tidak (ia bergantung kepada individu – orang yang sudah bekerja pun kadang-kadang baoleh berbelanja secara boros), tapi apa yang kami hendak lakukan di sini adalah melihat bagaimana pelajar boleh memiliki kad kredit pertama mereka secara bertanggungjawab.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Plastik empat segi ini mampu membantu pelajar membina kedudukan kredit yang baik untuk kegunaan masa depan, di samping mendidik mereka dalam menguruskan belanjawan dengan baik.

Jika anda sedang membaca artikel Loanstreet ini, kami beranggapan anda sudah mengetahui perkara-perkara asas mengenai kad kredit. Jika anda masih keliru akan kad ibu-bapa anda yang mana satu ingin anda tambahkan, ini merupakan panduan yang ringkas tetapi komprehensif mengenai jenis kad kredit yang ada di pasaran.

1) Pastikan anda ada belanjawan kasar

Perkara ini memang tidak perlu diterangkan secara terperinci. Apabila memasuki mana-mana kedai sekalipun, anda perlu ada anggaran kasar akan berapa yang anda ingin belanjakan, jika tidak anda mungkin akan melangkah keluar dengan bil yang sangat mahal.

Sesetengah orang yang baru memperoleh kad kredit mungkin sukar untuk menahan diri daripada pergi membeli-belah; makanan-makanan import dan juga barang-barangan berjenama kini tidak lagi di luar jangkauan!

Sediakan senarai barang yang ingin dibeli, dan ikutinya (selagi boleh). Dengan ini, mata anda tidaklah asyik merayap ke arah benda-benda lain yang dipamerkan.

2) Gunakannnya untuk barang-barang yang kecil, sekali-sekala

Perkara utama yang diperlukan dalam memilki kad kredit secara bertanggunjawab adalah mengamalkan kesederhanaan. Jika anda biarkannya terselit di dalam dompet buat masa yang lama tanpa digunakan, bank mungkin akan menutup akaun tersebut kerana tiada aktiviti. Namun jika anda berbelanja besar tidak henti-henti, anda perlulah menjawab dengan ibu-bapa.

Jadi apa yang diperlukan oleh seorang pelajar kolej/universiti? Anda boleh meletakkan caj yang berulang ke atas kad kredit tambahan tersebut (contohnya pelan pascabayar, akaun Netflix dan keahlian gimnasium) supaya anda tidak akan menghadapi masalah membayarnya pada hujung bulan.

3) Elakkan perbelanjaan mewah, melainkan untuk kecemasan

Anda sedang berfikir sama ada ingin membeli jam yang berharga beribu-ribu rigit, sebagai hadiah buat diri sendiri. Barang yang mewah ini mungkin akan melebihi had kad kredit anda, yang mungkinlah bukan satu masalah jika tiada hal kecemasan yang akan berlaku.

Namun, cuba fikirkan jika tayar kereta anda tiba-tiba pancit dalam perjalanan ke rumah, dan anda terperangkap di tengah-tengah jalan raya. Memastikan tahap hutang anda berada pada tahap yang rendah akan memudahkan akses kepada kredit yang cukup supaya anda boleh membaiki atau mengganti mana-mana bahagian kereta.

4) Langsaikan baki anda stiap bulan

Mari ulang kembali apa yang kita sudah bincangkan: kad kredit adalah alat yang sangat berguna untuk membantu pelajar membina kedudukan kredit sejak usia yang muda. Jadi bila anda baru bermula, bagaimana untuk memastikan rekod anda bersih?

Sebaik-baiknya, jangan bawa baki di atas kad tersebut, dengan menggunakannya untuk pembelian yang anda mampu dan benar-benar perlukan, supaya anda boleh melangsaikan bakinya dengan penuh pada hujung bulan. Bagaimana jika anda gagal membayar baki tersebut? Ini bermakna anda berbelanja lebih daripada kemampuan dan tidak sepatutnya membelinya langsung!

Seorang individu hanya perlu memilki kad kredit jika dia mempunyai pendapatan untuk menampung alat kewangan ini. Memiliki kad kredit dengan membawa baki bermakna anda berhutang dengan bank dalam bentuk faedah. Mengapa perlu bayar faedah jika anda tidak tidak boleh menampungnya?

Kesimpulan

Terdapat banyak tip dan cara-cara lain untuk membantu seorang pelajar dalam menjaga kedudukan kredit mereka sewaktu kolej/universiti. Memiliki hanya satu kad kredit adalah situasi yang paling sesuai kerana ia memberikan masa untuk menaga kedudukan kredit tersebut.

Semuanya bergantung kepada satu ciri yang mudah: sifat tanggungjawab. Kebolehan menahan rasa ingin berbelanja besar dan menggunakan kad tersebut bagi setiap pembelian adalah sangat penting supaya pelajar boleh mendapat manfaat daripada kedudukan kredit yang bagus sejak muda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)

4 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu

4 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!