Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Faktor Korang Perlu Pertimbangkan Sebelum Melabur dalam Hartanah

BY Team Loanstreet

Updated 12 Jul 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Pelaburan harta tanah adalah salah satu cara yang popular untuk menjana keuntungan jangka panjang. Tapi, untuk pastikan pelaburan korang berjaya, ada beberapa aspek penting yang korang kena pertimbangkan. 

 

Dalam artikel ni, kami akan kongsikan faktor-faktor utama korang yang perlu ambil kira semasa melabur dalam harta tanah. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Lokasi hartanah

 

Lokasi hartanah adalah salah satu faktor penting yang korang kena pertimbangkan sebebelum buat pelaburan. Sebabnya, kita kena pastikan lokasi tu strategik- dekat dengan sekolah, public transport, restoran, kedai runcit dan lain-lain. 

 

Selain itu, korang kena pastikan lokasi hartanah tu ada kemudahan tempat ada sistem keselamatan yang baik, dan mudah akses kepada lebuh raya utama. Hal ini boleh meningkatkan nilai hartanah korang dan membuatnya lebih menarik untuk penyewa atau pembeli.

 

2. Jenis hartanah

 

Salah satu matlamat kita nak melabur dalam hartanah ini sudah semestinya untuk sewakan rumah untuk side income kita. Jadi, penting untuk korang merancang dan memperkirakan Return On Investment (ROI) yang korang nak semasa menyewa hartanah tersebut. 

 

Hartanah seperti Kondominium biasanya menawarkan harga sewa yang lebih tinggi berbanding hartanah macam bungalow. Sebabnya, kondominium ada sediakan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, dan lokasi yang strategik yang dapat menarik penyewa dan mereka sanggup membayar lebih tinggi untuk keselesaan dan kemudahan tersebut.

 

Tapi, kalau korang takde budget untuk melabur dalam Kondominium, korang boleh melabur dengan apartmen studio.  Salah satu kelebihan studio apartment adalah harganya mampu milik, kawasan kecil boleh jimat masa dan mudahkan hidup. Harga sewa apartmen studio ni bergantung pada lokasi studio tersebut. Selain itu, jenis perniagaan yang berdekatan dengan studio juga memberi kesan pada kadar harga dan demand sewa apartmen studio tu. 

 

3. Freehold vs. Leasehold

 

Freehold properties menawarkan pemilikan tanah secara kekal yang cenderung untuk mengekalkan nilai hartanah lebih lama berbanding leasehold properties yang tertakluk kepada tempoh pajakan terhad. Tambah lagi proses perbaharui pajakan leasehold ni melibatkan undang-undang yang ketat. 

 

Kalau korang merancang untuk jual balik dalam jangka yang pendek, kami sarankan korang tunggu lima tahun untuk maksimumkan nilai jualan. Untuk yang nak buat pelaburang jangka panjang, better jangan tunggu lebih dari sepuluh tahun kalau sisa pajakan korang tu kurang dari 70 tahun untuk elak dari penurunan nilai hartanah leasehold. 

 

4. Penyelenggaraan hartanah

 

Untuk pastikan hartanah korang sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik. Sebagai pemilik tanah, korang bertanggungjawab untuk selenggara hartanah korang seperti menjaga tanah, bangunan, dan kemudahan-kemudahan yang ada, pastikan korang baiki dan kemaskini ikut keperluan.

 

Tapi, kalau korang melabur dalam kondominium, pihak pengurusan yang biasanya akan buat kerja-kerja selenggara. Jadi korang kena pastikan korang melabur dalam kondominium yang pihak pengurusannya cekap dan bertanggungjawab untuk pastikan nilai hartanah korang tak terjejas. 

 

5. Fasa Pembangunan

 


Biasanya, pemaju akan membangunkan hartanah mereka dalam beberapa fasa. Hartanah yang dibeli pada fasa awal biasanya lebih berpatutan berbanding dengan fasa kemudian. Harga fasa kemudian pula mencerminkan anggaran pemaju terhadap perkembangan projek, bukan nilai sebenar pasaran. Jadi, kalau nak dapat harga lebih murah, eloklah cari pemilik awal.

 

Putuskan matlamat korang untuk melabur

 

Akhirnya, sebelum korang memilih untuk melabur pastikan korang dah ada matlamat atau sebab kenapa korang nak melabur dalam hartanah. Hal ini dapat bantu korang jalankan analisis atau kajian tentang risiko dan pulangan yang korang jangka, selain itu korang dapat pilih hartanah yang sesuai dengan profil risiko dan budget kewangan korang. 

 

Kalau korang nak buat pinjaman, korang boleh guna kalkulator pinjaman perumahan kami untuk tahu berapa banyak yang korang boleh pinjam.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 

 


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai