Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Panduan Duit Hantaran Dan Mas Kahwin Berdasarkan Tempat Asal Pengantin Perempuan

BY Team Loanstreet

Updated 01 Aug 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini asalnya ditulis oleh Kamalia Ramlan. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Ah, kahwin! Satu simbol komitmen, penyatuan dua keluarga, dan... secara amnya memang urusan yang memerlukan duit yang banyak. Siap ada yang habis ribuan hingga jutaan ringgit kot!  Sejak dah masuk fasa PPN ni, ramai dah yang dah mula buat majlis resepsi. Cuma, kena lah ikut SOP dan juga bajet yang korang ada.

Salah satu perkara yang korang harus fikirkan dalam bajet nanti adalah hantaran. Bagi orang Melayu, hantaran diberi dari pihak lelaki dan selalunya terdiri daripada mas kahwin, dulang hantaran dan duit hantaran. Tapi hari ni, kita nak fokus pada isu duit hantaran. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jangan panik! Konsep duit hantaran ni tak bermaksud untuk membebankan korang


Apa yang wajib dalam ‘pakej’ tersebut sebenarnya mas kahwin - satu set jumlah yang ditentukan berdasarkan negeri asal pengantin perempuan. Lagi satu, duit hantaran ni milik pengantin perempuan semata-mata (pengantin lelaki atau keluarga pengantin perempuan jangan gatal nak sentuh!). Bayaran pulak akan direkodkan oleh pegawai sebelum akad nikah. 


Korang boleh rujuk table kat bawah ni kalau nak tahu harga mas kahwin mengikut negeri masing-masing.

 
Negeri RM (Perkahwinan Pertama) RM (Bukan Perkahwinan Pertama)
Johor 22.50 22.50
Melaka 100 100
Negeri Sembilan* 24 12
Selangor*  300 300
Kuala Lumpur 80 40
Perak 101 101
Pulau Pinang 24 24
Pahang 22.50 22.50
Sabah 100 80
Sarawak 120 120
Labuan 80 80
Putrajaya 80 80
Negeri lain Tak ditetapkan Tak ditetapkan
Sumber: JAKIM
*jumlah berbeza jika pengantin perempuan ada pertalian dengan keluarga diraja.

 

Apa yang KONTROVERSI sangat pasal duit hantaran ni?


Kita semua pernah baca kat media sosial tentang cerita-cerita seram macam pergaduhan kat kenduri kahwin sebab pihak pengantin lelaki tak dapat sediakan wang hantaran seperti yang dijanjikan.  Setiap keluarga ada tafsiran tersendiri tentang konsep duit hantaran ni. Ada sesetengah kes, duit hantaran dianggap sebagai ‘pampasan’ kepada kos-kos yang dilaburkan oleh ibu bapa pengantin perempuan yang dah besarkan anak mereka.

panduan-duit-hantaran-dan-mas-kahwin-berdasarkan-tempat-asal-pengantin-perempuan-2

Sumber imej: mStar

Ada jugak yang melihat wang hantaran sebagai simbol kestabilan kewangan pengantin lelaki untuk jaga bakal isteri dan keluarga nanti. Apa-apa pun, memulakan kehidupan lepas kahwin memang TAK MURAH – sekurang-kurangnya korang kena fikir tentang kediaman pertama, dan dah mula buat bajet untuk anak-anak nanti. 




Lagipun yang buat duit hantaran tu jadi mahal sebab, dulu-dulu kenduri kahwin orang buat dekat rumah pengantin perempuan untuk menampung sebahagian kos kenduri. Tapi sekarang memang perkara biasa untuk kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan adakan kenduri secara berasingan – itu pun jika diorang mampu. Nanti masa salam kaut, pengantin boleh aje dapatkan semula sebahagian wang yang dibelanjakan tu balik. Senang.

Aduh, pening. Jadi berapa nak kena bagi ni?


Tak ada peraturan tetap berapa jumlah wang hantaran yang pengantin lelaki sepatutnya beri kepada keluarga pengantin perempuan. Tapi, ada je  ‘panduan tak formal’ berdasarkan faktor popular macam tahap pendidikan. Lagi tinggi tahap pendidikan pengantin perempuan, lagi tinggi wang hantarannya! Panduan ni pernah tersebar luas kat Malaysia:



Kalau pengantin perempuan yang ada PhD, konfem keluarga dia dah melabur banyak gila untuk pendidikan dia. Jadi kat sini pihak pengantin perempuan layak dapat ‘pampasan’ lebih. Tapi tak bestlah camni sebab macam tak menggalakkan perempuan untuk belajar tinggi-tinggi lah pulak kan. Selain taraf pendidikan, senarai harga hantaran ikut negeri pun ada jugak:
 
Negeri RM 
Perlis 5,000 - 8,000
Kedah 8,000 - 12,000
Pulau Pinang 4,000 - 10,000
Perak 5,000 - 10,000
Kelantan 3,000 - 10,000
Terengganu 5,000 - 9,000
Pahang 7,000 - 12,000
Selangor 8,000 - 20,000
Kuala Lumpur 8,000 - 15,000
Putrajaya 8,000 - 15,000
Melaka 7,000 - 12,000
Negeri Sembilan 8,000 - 12,000
Johor  10,000 - 20,000

Tapi cara ni pula tak berapa nak bagus. Kesian nanti bila perempuan dari sesetengah negeri dikenali dengan cara yang kurang elok. Contohnya, orang selalu usik lelaki yang ada makwe Johor (semoga berjaya, bro!) sebab perempuan dari negeri ni dikatakan ‘mahal’ untuk dikahwini.
 

Boleh nego tak duit hantaran ni?


Panduan hanyalah panduan aje – korang lah yang tentukan kata putus. Lagipun, ni kan kenduri kahwin KORANG. Ia adalah sesuatu yang normal jika keluarga berbincang dan berunding tentang jumlah wang hantaran sebelum perkahwinan berlangsung. 


panduan-duit-hantaran-dan-mas-kahwin-berdasarkan-tempat-asal-pengantin-perempuan-3

Semasa berunding, pastikan yang korang mampu dan kalau membebankan kewangan sendiri, berterus-teranglah (semestinya dengan cara sopan – takkan korang nak bakal keluarga mentua marah pulak!). Lagipun, korang akan memulakan hidup baharu dengan anak/kakak/sepupu mereka. Kalau pihak pengantin perempuan berkeras juga nakkan jumlah yang tinggi, korang faham-faham ajelah maksudnya.


Sehingga hutang maut memisahkan kita


Walaupun hantaran tinggi meletakkan sesuatu penyatuan pada tahap yang lebih berprestij, tapi ia BUKAN satu kemestian untuk sebuah perkahwinan yang bahagia. Korang pastinya TAK mahu mulakan kehidupan rumah tangga dengan beban hutang yang tak sepatutnya! 


Ingat, duit hantaran hanyalah cabaran kewangan pertama yang korang akan hadapi dalam perkahwinan. Cuba mulakan sesuatu dengan permulaan yang baik. 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)