Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

“Angpau” Kahwin di Malaysia: Kena Bagi Berapa Sebenarnya?

BY Mia Fitri

Updated 29 Nov 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini telah diterjemah dari “Malaysian Wedding Ang Pau: How Much Money Should You Fork Out?” oleh Mia Fitri.

Excited giler kan bila dapat kad jemputan kahwin - boleh pakai lawa-lawa, boleh lepak dengan kawan lama, boleh makan free… Tapi ada 1 perkara yang kebanyakan rakyat Malaysia (bukan semualah) kena fikir setiap kali nak pergi majlis kahwin ni - angpau kahwin, ataupun orang Melayu panggil, duit salam kaut (ikut negeri). Walaupun kita semua memang akan automatik nak hulur sampul duit sedekah ni bila pergi ke majlis kahwin, tapi rupa-rupanya ada juga perbezaan tradisi angpau kahwin antara kaum Melayu, Cina dan India yang bukan semua rakyat Malaysia tahu.

Persoalannya adalah: Berapa banyak yang sepatutnya korang bagi? Nak bagi banyak, tak mampu pulak, lagi-lagi dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Bagi sikit sangat kang, orang kata kedekut. Susah... susah. So, jomlah kita baca artikel ni kalau nak tau cara-cara tentukan nilai angpau yang sepatutnya diberikan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Berapa banyak dikira banyak, berapa sikit dikira kedekut?
 

i. Perkahwinan Melayu




Trend angpau kahwin ni dikira sedekah, untuk tolong-tolong sikit pasangan baru tu memulakan keluarga baru. Ada yang bagi RM10 dan ada yang sampai RM200, tapi ni bergantung kepada betapa rapatnya hubungan korang dengan pengantin/keluarga pengantin. 

Orang Melayu takde warna angpau yang ditetapkan - warna apa pun boleh, nak bagi pakai sampul surat pun tak kisah (asalkan dalam ada duit). Biasanya, sampul ni akan dimasukkan dalam poket pengantin tanpa diminta masa bersalaman atau dihulurkan dengan style yang orang panggil salam kaut - sampul berisi duit tu dilipat sampai jadi kecik dan diselit celah jari masa salam. Kadang-kadang tu salam kaut dibuat tak pakai sampul pun, so duit tu nampak tersembul. Sambil-sambil tu, kita ucap “Tahniah” dan “Selamat pengantin baru”, sambil senyum. Ada jugak majlis kahwin yang tak cover line dan sediakan kotak sedekah kat meja reception untuk korang letakkan sampul duit korang.

Berdasarkan penyelidikan yang telah kami lakukan, nampaknya, bukan satu kebiasaan untuk membawa hadiah ke perkahwinan kaum India. Boleh je nak bawa, tapi rare sangatlah kalau korang bawa tu. Sama seperti perkahwinan Melayu, hadiah atau pemberian wang ni akan digunakan oleh pengantin baru sebagai modal untuk mereka memulakan babak baru kehidupan mereka.
 

ii. Perkahwinan India




Bezanya dengan perkahwinan Melayu, nilai angpau untuk majlis India bermula dengan RM51 kalau kahwin di kuil. Kalau kat tempat yang lagi grand, kena bermula dengan RM101. Kenapa kena ada RM1 kat hujung tu? Sebab nombor ni dikira bertuah. Jadi, korang di-recommend untuk sediakan nilai yang berakhir dengan RM1 macam RM51, RM61, atau RM71. Basically, nombor 0 menyifatkan pengakhiran manakala nombor 1 menyifatkan suatu permulaan - deep kan?
 

iii. Perkahwinan Cina


Untuk perkahwinan kaum Cina pun sama je tujuan pemberian angpau kahwin ni - untuk membawa kebahagiaan dan kerestuan. Tapi, ramai kawan Cina korang mesti ada sebut yang angpau ni juga sebenarnya digunakan untuk membantu pihak pengantin dalam kos pengaturan majlis. Berbeza dengan kaum-kaum lain, kawan-kawan Cina kita memang langsung tak cover line pasal hal angpau ni, diorang memang akan terus-terang dengan nilai yang diorang perlukan. Nilai ni juga berbeza berdasarkan hubungan korang dengan pasangan pengantin.



Kalau kahwin kat Lembah Klang, korang sediakanlah awal-awal nilai angpau ni mengikut lokasi majlis - RM100 di restoran Cina, RM150 di hotel 1-4 bintang, RM200 di hotel 5 bintang dan garden wedding. Kalau majlisnya kat luar Lembah Klang, boleh jimat sikit. Dengar kata boleh bagi RM50 untuk majlis kat rumah, dan RM100 untuk majlis kat hotel. Selain tu, korang kena juga elakkan dari bagi nilai yang ada angka 4, macam RM54 atau RM40, sebab sebutan 4 tu sama dengan perkataan “mati” dalam bahasa Cina. Dorang suka nombor 8, macam RM80 atau RM58 sebab nombor ni dianggap nombor bertuah.
 

Apa perkara lain yang korang kena pertimbangkan sebelum tetapkan nilai angpau ni?


Selain daripada tengok berapa kamcing korang dengan pengantin, ada faktor lain yang boleh naikkan atau turunkan nilai angpau yang korang nak bagi.
 

i. Lokasi majlis


Macam yang kami cakap, nak bagi berapa kena tengok tempat. Untuk faktor ni, korang boleh kira berdasarkan harga satu meja makan. Contohnya, kalau majlis diadakan di JW Marriot Hotel, satu meja berharga lebih kurang RM2,500 (termasuk makan dan minum). Jadi memandangkan satu meja boleh muat 10 orang, setiap orang boleh beri angpau RM250 untuk cover kos jamuan bagi pihak pengantin. 
 

ii. Kos korang untuk datang majlis


Ada orang yang kahwin kat tepi pantai yang jauh dari korang atau kat luar negara dan sebagainya. Untuk majlis-majlis macam tu, kalau korang nak pergi korang kena kira kos perjalanan korang. Bunyi macam berkira tapi kami faham yang tak semua ada duit lebih.Kalau korang betul-betul tak mampu, then boleh je korang cakap kat pengantin yang korang tak boleh pergi, lepastu bagi angpau kahwin guna bank transfer (kalau korang naklah). Tapi kalau pengantin memangboleh bayarkan tiket korang, bagilah angpau lebih sikit, sekurang-kurangnya dua per tiga dari jumlah yang diorang belanja.
 

iii. Nilai angpau yang korang dapat dalam majlis korang sendiri


Buat baik dibalas baik, kan? Orang berbudi, kita berbahasa. Kalau masa korang kahwin dulu member korang datang dan beri angpau RM100, maka masa diorang kahwin pulak, kita patut hulurkan nilai angpau yang sama. Begitulah juga kalau ibu bapa korang yang seret korang pergi majlis kahwin anak kawan mereka. Kalau mereka beri RM100, nanti kawan mereka datang ke majlis kahwin korang, confirm korang pun akan dapat balik RM100. Barulah adil! Kan? Kalau korang nak bagi lebih, boleh je tapi korang tetap kena tengok kemampuan poket korang sendiri.
 

iv. Wishlist pengantin (wedding registry)


Biasanya, kad kahwin yang kita terima cuma tulis maklumat majlis dengan peta je. Tapi sekarang ni ramai yang terikut trend mat salleh yang suka letakkan wedding registry (permintaan) dalam kad jemputan kahwin. Kadang-kadang, wishlist ni diorang tulis di bahagian “About” kalau korang dijemput melalui Facebook Event. Walaupun tak ramai orang yang buat wishlist ni, tapi ramai yang dah ikut trend ni, macam Yuna haritu. List ni berguna juga sebab bolehlah korang rujuk list ni untuk beli hadiah perkahwinan bagi pasangan pengantin nanti. 
 

v. Situasi kewangan korang


Sebelum nak bagi angpau, perkara ni pun korang kena  fikir. Tanya diri tu: Akan kacau belanja bulanan korang tak? Kena tangguh pembayaran bil atau pembelian susu anak? Duit kat bank tu boleh bertahan sampai hujung bulan tak? Kalau semua soalan ni membawa kepada jawapan yang bermasalah, fikir-fikirlah dulu sebelum korang nak beri nilai angpau yang berlebihan. Tak perlulah terikut-ikut trend sebab nak jaga muka, akhirnya menyusahkan diri sendiri. Berilah apa yang termampu dan ikhlas untuk didermakan.


 

Kalau korang tak hadir ke majlis, perlu ke korang bagi angpau?


Mungkin tarikh majlis tak sesuai atau korang memang malas nak keluar dan nak abiskan tengok siri Game Of Thrones musim lama sebelum musim baru keluar tahun ni, tapi korang rasa bersalah sebab tak dapat datang. Takpe, masih boleh bagi angpau kalau nak. Ada jugak majlis yang memang kena bagi jugak kalau tak datang, sebab dorang book tempat duduk korang. Haaa… fikir masak-masaklah sebelum bersetuju nak datang majlis. 


 

Jangan risau pasal duit! Yang penting kita enjoy!




Masa dulu-dulu pemberian angpau ni dilihat sebagai satu benda yang ikhlas kita buat untuk ringankan beban pengantin baru dan raikan diorang, tapi sekarang ni dah jadi trend pulak. Sampai ada yang putus kawan hanya kerana mereka merasakan angpau ni satu kewajipan bagi tetamu yang hadir.

Ramai juga yang berpendapat kalau mahal sangat nak kahwin sampai kena minta sedekah tetamu, baik tak payah majlis mahal-mahal.Tapi kita tak boleh nak salahkan pengantin je, mestilah ada yang pasang wedding goals dan ada jugak sebab permintaan daripada ibu bapa pengantin tu sendiri.

Apa-apa pun, kalau korang buat keputusan untuk bagi angpau kahwin, bagi nilai yang sewajarnya dan tak membebankan korang sendiri. Yang paling penting, kita cuba raikan pengantin sebaik boleh, sebab itu hari bersejarah diorang. 

Kami di Loanstreet doakan semoga berbahagia kalau ada couple kat luar sana tengah baca artikel ni dan nak langsungkan majlis dalam masa terdekat. Kalau korang tak cukup duit untuk buat majlis dan tak nak menyusahkan mak ayah atau kawan korang dengan mintak duit diorang, korang boleh cuba buat perbandingan pinjaman peribadi dengan tools yang kami sediakan ni (walaupun kami tak syorkan buat pinjaman semata-mata untuk nak kahwin). 


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)