Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Langkah Mudah Untuk Kira Net Worth Korang

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 06 May 2021




Sebut sahaja pasal net worth (nilai kekayaan), ramai lagi yang masih konfius. Ada yang tahu net worth tapi tak tahu macam mana nak kira? Selalu dengar perkataan net worth tapi tak tahu apa dia? Dalam artikel ini kami akan ajar cara kira net worth step by step.



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa itu net worth?

Ada orang ingat, kaya tu adalah banyak duit, pendapatan tinggi. Tapi kan, apa gunanya kalau pendapatan puluh ribu, hutang pon ratus ribu dengan tak ada simpanan?

Sebab tu net worth ni diguna untuk kira nilai kekayaan tu. Secara teknikalnya, net worth ni akan dikira dengan Aset tolak Liabiliti. Jom kita tengok cara kira net worth ni dengan 5 langkah mudah!

 

1. Senaraikan jumlah aset yang kita ada 



Mula-mula, korang senaraikan dulu semua jenis aset yang ada. Aset ini bermaksud segala harta yang memberi pendapatan kat korang. Contoh: segala simpanan, duit tunai, unit amanah, saham, nilai semasa hartanah yang dah habis dibayar, nilai tanah yang diwarisi dari ibu bapa, emas, royalti dan pendapatan yang diperoleh dari sewa.

Pendek kata, apa sahaja yang memberi pendapatan kat korang, senaraikan dalam satu kertas siap-siap.

 

2. Senaraikan Liabiliti atau hutang yang ada



Yang ni paling tak best, tapi kena buat jugak. Korang senaraikan segala komitmen ansuran bulanan yang ada. Ni termasuklah loan rumah, loan kereta, kad kredit dan hutang PTPTN.

Kalau ada hutang dengan orang lain pun, kira liabiliti - tak kiralah hutang kawan lupa nak bayar, hutang jiran dan sebagainya. Pastikan kesemuanya ditulis tau!

 

3. Buat satu jadual untuk senang korang nak bandingkan antara Aset dan Liabiliti

Nak senang, buat jadual, biar jelas sikit. Sambil-sambil tu boleh la insaf tengok hutang yang ada. Yang ni, kita bagi contoh sikit macam mana rupa jadual yang korang boleh buat.

Aset: 
 
Senarai Aset Nilai
Simpanan RM30,000
Emas RM5,000
Tabung Haji RM5,000
Income Sewa  RM1,000
JUMLAH RM41,000

Liabiliti: 
 
Senarai Liabiliti Nilai
Loan Rumah RM200,000
Loan Kereta RM30,000
Hutang PTPTN RM7,000
Kad Kredit RM1,000
JUMLAH RM238,000
 

Nak lagi senang? Boleh cuba kalkulator net worth AKPK ni!

 

4. Tolakkan jumlah aset dengan jumlah liabiliti atau hutang

Bila korang tolak ni, perhatikan nilai yang dapat. Nilai yang korang dapat tu melambangkan net worth korang la. 

Contohnya, aset korang RM500,000 tapi hutang masih ada RM400,000, nilai net worth korang sebenarnya hanya RM100,000 je.

 

5. Buat analisis net worth korang



Kalau jawapannya adalah positif, tahniah! Korang kena lah rancang cara tambah nilai harta bersih untuk tambah pendapatan dan sebagainya. Manakala, jika jawapannya negatif, jangan kecewa kerana korang masih boleh ambik langkah-langkah untuk baiki keadaan. Sebenarnya, hutang atau liabiliti pun akan semakin berkurang kalau korang bayar ansuran setiap bulanan. Jadi, jangan terlalu risau tetapi kuatkan usaha untuk baiki kewangan sendiri.

Kalau korang nak tahu, rahsia untuk tingkatkan net worth cukup simple, hanya kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan tabungan yang sedia ada.

Macam mana, korang dah dapat sesuatu tak daripada artikel ini? Kongsikan kepada kawan korang jika bermanfaat. Kami ucapkan, semoga korang berjaya tambah nilai networth korang lebih banyak di masa depan.

 

BACA JUGAK: 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!