Kenapa bayar zakat dekat Perlis?
Okay, sebelum kita tanya kenapa orang bayar zakat dekat Perlis, korang kena tau dulu yang zakat boleh dibayar kat mana-mana pusat pungutan zakat. Tak kisah lah korang kerja dan menetap kat mana sekali pun. Cumanya, lagi afdhal kiranya untuk bayar zakat kat tempat yang korang mencari rezeki. Contohnya, admin kan kerja kat KL, jadi admin bayar lah zakat dekat pusat pungutan zakat Wilayah Persekututan.
Berbalik semula kat topik kita, walaupun fatwa berzakat ni ditetapkan kat peringkat kebangsaan, perlaksanaan zakat ni adalah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri. Kat sini, wujud perbezaan dalam cara pembayaran zakat mengikut negeri.
Dekat Perlis, 50% dari amaun zakat akan dipulangkan kat pembayar zakat semula untuk diagih sendiri kepada asnaf. Hanya separuh sahaja yang akan dikutip oleh pusat pungutan zakat Perlis.
Kalau korang masih tak berapa jelas, meh admin tunjuk contoh pengiraan.
Bayaran zakat: RM1,000 (resit diprint RM1,000)
50% dari amaun zakat dipulangkan semula kepada pembayar: 50% / RM1,000 = RM500
20% diterima oleh ejen zakat: 20% / RM,1000 = RM200
Jumlah sebenar yang diterima oleh pusat pungutan zakat: RM300
Kat sini kita tengok, walaupun audit Perlis laporkan jumlah pembayaran zakat adalah RM1,000 (sebab resit tulis RM1,000), hakikatnya, hanya RM300 je diterima oleh pusat pungutan zakat. Selebihnya diberikan kepada pembayar dan ejen zakat.
Jadi, isu apa yang timbul pulak?
Sebenarnye, RM500 yang dipulangkan semula tu adalah untuk pembayar zakat agihkan sendiri kepada asnaf. Ha…. kat sini isu mula timbul. Disebabkan takde cara nak track ke mana perginya duit zakat tersebut, ada kemungkinan duit tersebut tak diagihkan dengan jujur sebaliknya dibelanjakan untuk kegunaan sendiri. Asnaf yang sepatutnya layak bantuan zakat tak dapat bantuan yang diorang perlukan. Kesian lah dekat diorang.
Contohnya Pengiraan Rebat:
Zakat Sebulan: RM150 (resit diprint RM150)
Kalau nak tau lebih pasal rebat cukai pendapatan boleh baca ni: Bayar Zakat Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?
Mungkin ni lah sebab ramai yang nak bayar zakat kat Perlis, selain dapat pemulangan sebanyak 50%, ramai jugak yang boleh gunakan helah ni untuk elak bayar cukai. Ha macam mana tu?
Contoh Pengiraan:
Zakat wajib bayar: RM500
Bayar LHDN: RM1,000
Jadi diorang bayar zakat RM1,000. RM500 pulak dipulangkan sebagai Hibah. Kat sini korang akan terkejut habis. Hibah yang diterima tu pulak dijadikan helah untuk elak bayar cukai LHDN.
Disebabkan resit zakat dikeluarkan RM1000, masa isi e-filing diorang letakkan nilai RM1,000, sedangkan diorang bayar RM500 je.
Zakat Perlis jugak boleh ‘back-dated’ resit zakat sehingga beberapa bulan. ’Back-dated’ resit ni boleh bagi peluang dekat individu/syarikat yang tak amanah untuk menipu. Bila kena isytiharkan harta dengan LHDN, diorang boleh dapat buat bukti pembayaran dengan zakat Perlis.
Masalah ni tak henti kat situ je…
Disebabkan konsep pembayaran zakat Perlis yang memberikan pulangan semula sebanyak 50%, ramai orang berpusu-pusu untuk mebayar zakat kat sana. Buktinya, kutipan zakat Perlis adalah ke-4 tertinggi di Malaysia selepas Selangor, KL dan Johor. Macam tak masuk akal kan, bagi negeri yang begitu kecik, kutipan zakat diorang jauh lagi dari negeri yang lebih besar dari Kelantan, Pahang dan Kedah. Perlis jugak dah berhenti isytiharkan jumlah kutipan zakat diorang sejak 2015.
Statistik Kutipan Zakat Seluruh Malaysia
*Sumber: Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN)
Kalau dah ramai bayar zakat kat Perlis, makin sikit lah kutipan zakat yang diterima oleh negeri-negeri lain. Kutipan yang tak seimbang ni akan menyusahkan asnaf negeri lain untuk dapatkan bantuan zakat.
Kutipan zakat negeri-negeri lain makin rendah sebab dengarnya ejen zakat Perlis kejar 20% komisyen tu sehingga kutip zakat di luar kawasan diorang. Yelah komisyen 20% tu banyak kot, siape tak nak?
Isu pembayaran zakat ni akan bagi kesan jangka panjang terutamanya kepada asnaf. Bila nak mintak bantuan zakat, kena mohon dengan zakat negeri sendiri tapi dengan jumlah kutipan zakat negeri yang makin sikit, agihan zakat pun jadi lagi sikit dan makin susah lah asnaf nak dapatkan bantuan yang diperlukan.
Jadi, apa yang kita boleh buat?
Kita selalu bising bila timbul isu penyelewengan duit zakat, tapi pernah ke kita fikir yang kita mungkin menyumbang kepada perkara ni?
Dari kita sibuk suruh orang atas teluskan pengurusan zakat, apa kata kita yang mula dulu. Admin cadangkan kita bayar je lah zakat dekat tempat kita kerja dan menetap. Kan lagi afdhal dan lagi berhak diterima oleh fakir miskin kat tempat kita cari rezeki.
Sumber artikel ini diperolehi dan telah diolah dari laman Twitter Faisal Rahim@acaiijawe.