1. Ahli Perniagaan Tempatan
Kelemahan Ringgit mendatangkan impak yang besar terhadap perniagaan tempatan; terutamanya bagi industri yang mengamalkan pertukaran antarabangsa. Walaupun rakan dagang antarabangsa dapat menjimat lebih banyak mata wang mereka, keinginan pedagang tempatan untuk mengekalkan harga yang ditetapkan masih merupakan satu persoalan. Pengeksport Malaysia kini mempunyai suatu keputusan untuk dilakukan.
Sebagai contoh, pengeksport kayu Malaysia menjual RM100 sekilo kepada Amerika Syarikat
Pada tahun 2012, harga dolar kayu ialah U$ 31.75 (MYR3.15: U$1).
Pada tahun 2014, harga dolar kayu kini U$ 28.74 (MYR 3.48:U$1).
Pengeksport kita mempunyai pilihan untuk meningkatkan margin keuntungan atau mengurangkan harga dalam mata wang asing. Mengekalkan harga asing pada U$ 31.75 pada tahun 2014 (atau meningkat kepada RM110.49) akan meningkatkan margin keuntungan manakala jika harga pasaran dunia digunakan, ia harus membawa kepada peningkatan kuantiti dijual.
Walaupun sesetengah perniagaan mengambil bahan mentah daripada pembekal tempatan, terdapat juga bahan mentah yang perlu diimport seperti barangan elektronik. Bagi mereka,susut nilai Ringgit bermaksud peningkatan kos bahan mentah. Pengimport elektronik perlu membayar lebih untuk membeli bekalan mereka, justeru membawa kepada margin keuntungan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, secara amnya kontrak industri elektronik dan elektrik kami menggunakan denominasi dolar AS, jadi kesan turun naik kadar pertukaran tidak begitu ketara. Sebaliknya, industri berasaskan sumber seperti pengeluaran dan eksport minyak sawit menghadapi impak yang lebih berat apabila menerima hasil dalam Ringgit.
Apabila menilai kesan kadar pertukaran ke atas penduduk tempatan, adalah penting untuk melihat sejauh manakah kesan itu dan mengapa susutnilai tidak semestinya membawa kepada keuntungan yang lebih tinggi.
2. Pelabur Pasaran Asing
Bagi pelabur Malaysia yang melabur di seluruh dunia, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia mendatangkan manfaat kepada anda sekarang! Mengapa? Disebabkan oleh kejatuhan nilai Ringgit Malaysia, mata wang asing lebih bernilai sekarang. Pelaburan dalam pasaran saham luar negara di Amerika, Singapura dan Hong Kong membolehkan pulangan dalam mata wang asing yang lebih kukuh berbanding Ringgit Malaysia.
Namun begitu, anda masih boleh menggunakan wang anda untuk melabur dalam pasaran saham Malaysia. Oleh sebab penurunan harga minyak mentah baru-baru ini, pasaran saham Malaysia telah menghadapi impak yang kuat terutamanya dalam industri petrol dan minyak. Oleh sebab Malaysia banyak bergantung kepada stok minyak, pegangan beberapa saham dalam industri minyak mungkin merupakan satu perkara yang baik. Sebagai contoh, harga saham SCOMI (sebuah syarikat dalam perniagaan minyak) ialah RM0.475 pada 18 Februari 2014. Sungguhpun begitu, pada 9 Dis 2014, harga saham tersebut jatuh mendadak kepada RM 0.245.
3. Ibu Bapa Yang Membiayai Anak Di Luar Negara
Kos bagi rakyat Malaysia untuk belajar di luar bukannya jumlah kecil, tambahan pula beban kini telah meningkat disebabkan oleh MYR yang susut secara lebih mendadak berbanding mata wang utama.
Kenaikan yuran pengajian menjadikan pendidikan di luar negara lebih mahal bagi rakyat Malaysia.Tambahan pula,pelajar antarabangsa perlu membayar yuran pengajian yang lebih tinggi berbanding pelajar yang berasal dari Kesatuan Eropah. Sesetengah universiti meningkatkan dan menyemak semula struktur yuran mereka setiap tahun dan menyebabkan tekanan yang lebih berat ke atas ibu bapa pelajar.
Selain daripada yuran pengajian, kos sara hidup di negeri asing kini semakin meningkat kerana rakyat Malaysia perlu mengambil kira faktor penurunan mata wang Ringgit.
4. Pekerja Malaysia Di Luar Negara
Sama seperti pelajar yang menuntut di luar negara, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara perlu membayar sewa dan kos hidup tetapi menghadapi impak yang lebih ringan disebabkan oleh pendapatan dalam mata wang yang lebih kukuh.
Ahli keluarga mereka yang bekerja di luar negara akan mendapat manfaat daripada susutnilai ini kerana menerima kiriman wang yang lebih banyak dari luar negara.
Sudah tentunya, manfaat ini hanya dapat dinikmati jika anda bekerja di sebuah negara yang mempunyai mata wang yang lebih kukuh berbanding Ringgit Malaysia.
Kesimpulan
Tidak seorang pun yang menjadi pemenang atau pengalah akibat susut nilai Ringgit, tetapi kedua-duanya, walaupun lebih kepada salah satunya.
Kita boleh memerhati bahawa pengusaha industri pelancongan menerima permintaan yang bertambah manakala penduduk awam mengadu tentang kekecutan kuasa membeli mereka.
Untuk mengurangkan impak susut nilai Ringgit, anda dinasihati untuk mengamalkan perbelanjaan yang baik dan membeli barangan tempatan yang tidak begitu terjejas oleh turun naik pertukaran asing seperti barangan asing.
Kadar pertukaran keseluruhan tidak akan menjadi faktor yang besar ke atasnya berbanding barangan import.
Membaca artikel 'Siapa Menang Dan Siapa Kalah Ketika Ringgit Menyusut' untuk mengetahui lebih banyak tentang kesan ringgit menyusut kepada negara kita.
Kendalikan wang anda dengan pintar dan sekiranya anda benar-benar memerlukan wang tunai tambahan untuk mengatasi kesukaran, gunakanlah alat perbandingan pinjaman peribadi untuk mendapatkan pinjaman peribadi terbaik di pasaran.