Maksud deposit dan jenis deposit yang wajib korang ambik tahu!
Deposit ni maksud dia bayaran pendahuluan dalam bentuk wang yang korang bagi dekat owner rumah sebelum start menyewa. Kebiasaannya jumlah deposit ni lain-lain, dia ikut jumlah sewa bulanan rumah yang korang nak tu sendiri.
Sebagai contoh, korang nak sewa satu rumah ni harga sewa bulanan dia RM1,500. So segala jenis deposit yang owner dah tetapkan akan ikut harga sewa bulanan rumah la. Ini dia jenis-jenis deposit rumah sewa yang biasa guna dekat negara kita ni untuk guide korang.
Jenis Deposit | Peranan |
---|---|
Deposit Sekuriti | Deposit sekuriti biasa digunakan untuk menjamin sebarang syarat dalam kontrak yang ditetapkan oleh tuan rumah diikuti penyewa. |
Deposit Utiliti | Deposit utiliti ni senang cerita untuk maintenance rumah sewa, contohnya elektrik, pengairan, kumbahan, sampah serta perkhidmatan lain. |
Deposit Tempahan | Deposit tempahan ni sebelum korang masuk rumah, ni kira macam nak hold rumah sewa dari diberikan dekat bakal penyewa lain. |
Deposit Haiwan Peliharaan | Berfungsi untuk membersihkan kesan seperti kotoran atau bau haiwan peliharaan apabila tamat tempoh sewaan. |
Haa senang faham, kan? Tapi biasanya jumlah deposit lain selain deposit sekuriti ikut kepala owner jugak, ada bagi murah, ada yang nak ikut sewa bulanan rumah. Semua tu bergantung dengan jenis owner rumah yang korang jumpa.
Apa fungsi deposit awal rumah sewa?
Sekarang dah tahu jenis deposit, segala deposit tadi untuk apa ya? Secara umum, kebanyakan owner rumah minta bayaran deposit awal sebagai JAMINAN untuk apa-apa kejadian yang akan berlaku di masa hadapan.
Contohnya, letak posisi korang sebagai tuan rumah, dah beli rumah mahal-mahal nak sewakan dekat orang luar mesti kena build trust antara kedua belah pihak kan? Tapi nak bina kepercayaan tu kena ada safety net juga, dalam hal sewa rumah ni safety net itu adalah … duit!
Duit jaminan ini akan dibina berasaskan perjanjian sewa bertulis atau kontrak yang dilaksanakan oleh tuan rumah dan dipersetujui serta ditandatangani oleh bakal penyewa korang. Ni dia beberapa fungsi duit deposit:
1. Ganti Rugi Kerosakan
Dalam kontrak owner rumah dah pesan dia tak benarkan sebarang perabot, TV dan barangan milik tuan rumah dirosakkan dengan sengaja oleh penyewa. Maka jika perkara tu terjadi, pemilik rumah berhak untuk menggunakan duit deposit itu untuk cover balik kos barangan rumah yang dirosakkan.
2. Tempoh Menyewa
Kebanyakan tuan rumah menggunakan kontrak sebagai cara untuk elak penyewa bertukar banyak kali. Sebagai contoh, dah cakap dalam kontrak korang kena at least sewa rumah tu sampai setahun. Andai kata lepas 6 bulan korang decide nak angkat kaki, jadi owner rumah ada hak untuk tak pulangkan semula duit deposit korang sebab dah dikira langgar kontrak. Tapi, itu semua atas budi bicara tuan rumah jugak. Ada je yang pulangkan balik … ada yang simpan, ikut nasib.
3. Lewat Bayar Bil Utiliti
Sumber imej: Free Malaysia Today
Bil utiliti seperti elektrik dan air tu memang wajib dibayar tiap-tiap bulan. Kalau tak dia akan jadi masalah dekat owner rumah sebab semua bil-bil tu akan tertunggak. Mula-mula tertunggak sikit, lama-lama bukan setakat bukit boleh jadi gunung Everest. Jadi, duit deposit awal boleh la digunakan untuk penyewa yang gagal settlekan bayaran bil utiliti tiap bulan.
4. Lewat Bayar Sewa Rumah
Macam konsep point sebelum ni … kalau korang lewat bayar sewa bulanan sampai nak dekat 5 ke 6 bulan, owner boleh gunakan duit deposit tu untuk cover balik dengan bank kalau rumah tu pun owner masih belum habis bayar lagi. Haa lepas tu mungkin tendang korang keluar dari rumah.
Okay sekarang dah tahu maksud dan fungsi deposit rumah sewa, macam mana pulak cara-cara nak kira deposit awal rumah sewa? Boleh tengok contoh dekat bawah ni:
Cara kira jumlah bayaran deposit dengan mudah!
Sebelum nak start kira, kena tengok dulu kaedah mana yang owner rumah nak guna, korang boleh tengok dekat table bawah ni!
Deposit 2 + 1 | 2 : Dua Bulan Sewa (Deposit Sekuriti) + 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Utiliti) |
Deposit 1 + 1 | 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Sekuriti) + 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Utiliti) |
Deposit 2 + 1 + 1 | 2 : Dua Bulan Sewa (Deposit Sekuriti) + 1 : Satu Bulan Sewa (Deposit Utiliti) + 1 : Satu Bulan Sewa (Sewa Bulan Pertama) |
Contohnya jika sewa bulanan rumah ditetapkan ialah RM1200, jadi:
-
1+1 : RM1200 (deposit sekuriti) + RM1200 (deposit utiliti) = RM2400
-
2+1 : RM2400 (deposit sekuriti) + RM1200 (deposit utiliti) = RM3600
-
2+1+1 : RM2400 (deposit sekuriti) + RM1200 (deposit utiliti) + RM1200 (sewa bulan pertama) = RM4800
Mudah je kan cara nak kira deposit rumah? Ramai bakal penyewa yang komplen deposit rumah tinggi, tapi korang kena tahu makin have-have rumah korang nak sewa, makin tinggi la deposit rumah yang korang kena keluarkan. Kalau nak jimat duit takpe laa luar setinggan, asalkan dalam rumah macam kondo betul tak?
Macam mana pulak kalau owner rumah tak nak pulangkan duit deposit lepas contract dah tamat?
Kalau korang dah tamat tempoh menyewa dan berjaya patuh perjanjian sewa, tuan rumah wajib bagi balik duit deposit dekat korang. Jika owner gagal kembalikan duit deposit milik penyewa, maka korang ada hak sebagai penyewa untuk buat tuntutan. Sebenarnya, ramai tak tahu yang korang boleh failkan saman terhadap owner rumah dekat mahkamah dan tuntut hak korang balik. Tuntutan ni bergantung dekat situasi kontrak yang korang dah setuju sebelum start menyewa:
1) Surat kontrak perjanjian rumah dengan setem hasil
If surat perjanjian yang dah tandatangan tu ada setem hasil, korang boleh terus consult dengan lawyer pastu usulkan dekat mahkamah. Dengan bukti yang kukuh korang boleh dapat balik duit deposit, tapi pastikan bincang dengan lawyer korang samada berbaloi ke tak buat tuntutan di mahkamah.
2) Surat kontrak perjanjian tanpa setem hasil/ tiada surat perjanjian
Kalau takde kontrak yang kukuh kes dia rumit sikit dan korang hanya boleh buat tuntutan di bawah RM5,000 je. Korang boleh gunakan “Prosedur Tuntutan Kecil” yang ada dalam Aturan 93 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Cara dia just hadirkan diri di mana-mana Mahkamah Majistret Tempatan, isi borang dengan lengkap (dapatkan consultation kerani dulu), lampirkan semua bukti yang korang ada kemudian hantarkan satu salinan borang tersebut dekat owner rumah melalui pos berdaftar. Last sekali, datang ke mahkamah pada tarikh ditetapkan untuk buat tuntutan.
NOTA: Kesimpulannya, patut saling kompromi pasal hal sewa rumah ni. Bincang elok-elok sebelum deal bagi nak elak masalah macam tadi timbul.
Kalau korang rasa sewa rumah ni merugikan, boleh start plan untuk beli rumah dan ada aset korang sendiri. Tak tahu macam mana nak beli rumah? Boleh baca garis panduan untuk korang yang bercadang untuk miliki rumah pertama dekat SINI. Dah ready nak buat pinjaman rumah dengan bank?? Korang boleh jugak guna kalkulator pinjaman perumahan di Loanstreet untuk tengok loan mana yang best!
BACA JUGAK:
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.