Apa sebenarnya perbankan digital ni?
Secara asasnya, bank digital (aka neo-banks) adalah istilah untuk semua bentuk transaksi kewangan dengan penggunaan teknologi.
Pendek kata, segala operasi bank yang sebelum ni dibuat secara fizikal, beroperasi dengan teknologi macam Artificial Intelligence atau AI (Kecerdasan Buatan), Blockchain, Keselamatan Biometrik, untuk jalankan tugas pentadbiran dan pemprosesan data.
Sumber: HarakahDaily
Selain dari tu, penambahan bank digital ni selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, bertujuan untuk penetapan semula ekonomi, mengukuhkan keselamatan, kesejahteraan dan keterangkuman, dan memajukan kemampanan untuk mempermudahkan akses perkhidmatan kewangan.
Apa beza perbankan digital dengan perbankan online?
Untuk pengetahuan korang, perbankan online ni lebih kepada operasi perbankan harian. Contohnya, kalau korang nak beli barang tapi malas nak keluarkan duit, korang boleh transfer je duit tu atau beli je barang secara online.
Perbankan digital ni pulak fokus kepada urusan yang sebelum ni memerlukan korang tandatangan dokumen, cop rasmi dan segala benda yang melibatkan urusan face-to-face dengan pegawai bank.
Jadi, dengan adanya teknologi pintar ni, korang tak perlu dah susah-susah nak beratur kat kaunter bank untuk uruskan portfolio kewangan, semak skor kredit atau dapatkan pinjaman yang telah diluluskan, sebabnya teknologi pintar ni dah mudahkan segala urusan korang tadi.
Ni dia kelebihan perbankan digital yang korang kena tahu:
1. Menjimatkan masa berurusan
Korang perasan tak, kalau korang nak buat pinjaman, korang nak kena ada slip gaji, caruman KWSP segala? Lepas tu, nak dapatkan semua dokumen ni, korang nak kena pergi satu tempat ke satu tempat. Leceh, kan?
Sumber: Manis-app
Tapi dengan perbankan digital, korang mungkin cuma perlukan pembayaran bil atau resit beli-belah sebagai satu bentuk penilaian risiko kredit. So, kat sini senanglah nak trace balik sebab semuanya setempat dan korang cuma perlu download je dokumen yang korang perlukan.
Sumber: CIMB Bank
Lagi satu, bila korang nak buka akaun bank. Nak cari parking dah satu masalah negara, lepas tu korang nak kena isi pulak beberapa dokumen dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam untuk pihak bank sediakan akaun korang.
Dengan perbankan digital, contohnya macam N26 The Mobile Bank, semuanya senang sebab korang sekadar upload gambar IC, buat pengesahan cap jari, dan proses akaun bank korang siap dalam masa 8 minit je!
2. Memudahkan akses kewangan
Menurut firma perunding global, Bain & Company,
Kira-kira 55% daripada populasi dewasa Malaysia masih kekurangan wang dan tidak mempunyai akaun bank. Ini termasuk individu yang bekerja sendiri, peminjam kali pertama, pesara dan mereka yang baru menyertai tenaga kerja; orang yang kurang celik kewangan, di lokasi luar bandar, atau kelainan upaya.
Maksudnya kat sini, ramai yang duduk kat luar bandar, ada masalah untuk dapatkan maklumat kewangan yang boleh dipercayai. Sebab tulah ramai jugak yang terjebak dengan ah long, sebab kurangnya pengetahuan, kat mana tempat yang lebih selamat dan terjamin untuk buat pinjaman secara formal.
Sumber: BNM
Dengan wujudnya perbankan digital, nasib golongan luar bandar ni lebih terbela dan memudahkan urusan diorang untuk dapatkan akses perkhidmatan kewangan formal.
Kalau korang nak tahu, pendapat dari sesetengah pakar menunjukkan yang kemasukan kewangan melalui perbankan digital boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Asia Tenggara sebanyak 6%.
Ini bermaksud, sekiranya golongan yang kurang berkemampuan ni tahu kat mana diorang boleh kembangkan pendapatan diorang, misalnya dengan cara melabur di platform yang betul atau pun buat simpanan tetap, tanpa bersusah payah nak ke bandar, jurang kewangan dan ekonomi negara pun akan bertambah baik dan seimbang antara bandar dan luar bandar.
3. Menjimatkan kos operasi
Perasan tak, yang proses manual institusi kewangan tradisional sebenarnya menanggung kos buruh dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi. Yelah, nak kena bayar gaji pekerja lagi, bangunan lagi, kan?Kajian oleh McKinsey menunjukkan:
Institusi kewangan di negara sedang membangun boleh menjimatkan sehingga USD400 bilion setiap tahun.
Sebenarnya, perbankan digital yang bersifat automatik ni jauh lebih jimat dan sistematik berbanding proses secara manual. Secara tak langsung, kesilapan pun dapat dikurangkan dan orang ramai pun lebih yakin kalau nak buat pelaburan dalam yang banyak dalam institusi tu.
Contohnya, kalau deposit sebanyak USD4.2 trilion, takkanlah korang nak angkut guni duit pergi bank dan kira secara manual pakai mesin yang sedia ada tu, kan?
Melalui perbankan digital, pengguna cuma perlu buat transaksi deposit secara online dan jumlah deposit tu kemudiannya boleh ditukar kepada pinjaman untuk lebih ramai orang.
4. Melangkaui produk kewangan
Yeoh Xin Yi, ketua pengurusan risiko kewangan KPMG Malaysia berkata:
“Kategori yang tidak diberi perkhidmatan dan kurang diberi perkhidmatan daripada kumpulan B40 harus dimasukkan ke platform perkhidmatan kewangan yang boleh membantu pengurusan aliran tunai mereka, membolehkan simpanan mikro atau deposit, menawarkan mikro- insurans untuk melindungi keperluan asas mereka serta menawarkan produk kewangan asas untuk mengatasi masalah kewangan mereka.”
Dapatan kajian daripada laporan KPMG: Perbankan Digital: Agenda Inklusif, menunjukkan yang perbankan digital ni jugak boleh meningkatkan kualiti gaya hidup kita. Mesti korang perasan, bank yang sedia ada ni selalu buat program dengan hadiah-hadiah menarik, kan? So, samalah dengan perbankan digital.
Sumber: Alliance Bank
Bukan setakat ganjaran je, korang boleh dapatkan nasihat kewangan, pantau tabiat perbelanjaan pun boleh! Tak payah susah-susah buat appointment dengan pakar kewangan segala.
Benda-benda macam nilah sebenarnya yang boleh dikatakan sebagai inovasi yang melangkaui produk kewangan semasa yang disediakan oleh bank.
Tapi, korang kena terimalah, perbankan digital pun, ada jugak kelemahannya.
Ni pulak kelemahan perbankan digital kat M’sia:
1. Keselamatan siber Malaysia
Sumber:PDRM
Tang ni memang bahayalah. Kalau tak kena dengan cara, data tambahan pengguna boleh diceroboh dan disalahguna! Misalnya, gologan scammer, hackers ni boleh godam sistem keselamatan dan curi duit simpanan korang.
Kajian pada tahun 2020, menunjukkan 21% daripada serangan keselamatan siber ditujukan kepada bank di Asia Tenggara. Korang ingat lagikan insiden terbaru yang mangsa scam yang menyamar dari bank negara?
Hmm… nampaknya, sistem yang ada pun tak berapa selamat, kan? Buat masa ni, rancangan yang ada pun masih berada di peringkat akar umbi di bawah Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024.
Jadi, apa jaminan yang ada untuk bakal pengguna perbankan digital ni untuk pastikan akaun diorang selamat?
2. Kesediaan infrastruktur internet negara
Sumber: CFM
Memang betul, perbankan digital ni boleh memudahkan golongan ada kat kawasan luar bandar. Tapi masalahnya, macam mana nak memudahkan urusan kalau infrastruktur internet pun suam-suam kuku?
Sepatutnya, kalau nak memperluaskan perbankan digital hingga ke kawasan luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kena bekerjasama baik dengan pihak berkuasa tempatan untuk sediakan infrastruktur yang sewajarnya.
Korang ingat lagi tak, kisah Veveonah Mosibin, yang terpaksa duduk atas pokok, semata-mata nak jawab exam online?
Itulah realitinya, takde internet. Penduduk luar bandar masih tak dapat gunakan khidmat perbankan digital dan takde apa pun yang berubah.
Apa-apa pun, sebelum kita bergerak ke arah perbankan digital, pastikan kita dah cukup bersedia dari segala aspek yang ada. Settlekan betul-betul masalah yang ada, barulah semuanya lancar dan mudah.
Korang ada tak pengalaman atau pendapat pasal perbankan digital ni? Jangan lupa share di fb post kami!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: