Mengapa ia penting?
Perancangan kewangan membolehkan anda untuk mengubah pendapatan anda ke matlamat hidup yang sebenar. Mahukah anda mempunyai banglo yang besar tetapi anda tidak mampu untuk memilikinya buat masa ini? Bagaimanakah sebenarnya anda boleh mengumpul wang yang secukupnya bagi memiliki hartanah seperti ini? Perancangan kewangan memberikan anda petunjuk untuk berusaha ke arah mencapai matlamat anda.
Apabila melakukan perancangan kewangan anda , anda juga mungkin menemui sesuatu kekurangan bagi perancangan anda. Sebagai contoh, anda mungkin akan terkejut apabila menyedari bahawa kadar rata bagi akaun simpanan anda mahu pun semakin berkembang namun masih tidak cukup untuk menampung keperluan anda apabila tiba masa persaraan nanti.
Pendek kata, Merancang suatu kewangan harus dilihat sebagai panduan bagaimana anda perlu memperuntukkan harta milikan anda dan berfungsi sebagai sebagai satu kesedaran dalam mengetahui cekap atau tidak perancangan anda pada masa yang lalu.
Menjadi Perancang kewangan anda sendiri
Ia adalah perkara yang pasti untuk menjadi perancang bagi kewangan anda sendiri. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikuti bagi mewujudkan satu pelan kewangan untuk diri anda sendiri serta orang-orang yang anda sayangi
1. Buat Kunci Kira-kira
Masihkah anda ingat bagaimana anda telah mencipta satu lembaran imbangan bagi kerja/syarikat anda pada masa lalu? Kini sudah tiba masanya bagi anda untuk mewujudkan satu untuk anda serta kewangan anda.
Di bawah adalah contoh bagaimana sesuatu lembaran imbangan itu :
Sekarang anda tahu bagaimana keadaan kewangan anda, ia juga penting untuk memastikan anda untuk berjimat membelanjakan wang anda setiap bulan.
2. Pendapatan dan Perbelanjaan
Dengan menolak jumlah perbelanjaan bulanan anda daripada jumlah pendapatan bersih anda, anda boleh mengira berapa banyak wang tunai yang telah anda peruntukan bagi simpanan setiap bulan.
Selain daripada itu , anda juga boleh mengira nisbah hutang anda dengan mengambil jumlah komitmen bulanan anda dibahagikan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan anda. Nisbah hutang adalah penting untuk pengetahuan anda kerana anda tidak mahu dibebani hutang kerana ia akan memberi kesan kepada permohonan pinjaman anda pada masa akan datang , sekali gus menjejaskan perjalanan matlamat anda!
3. Matlamat
Tibanya masa untuk anda senaraikan beberapa matlamat anda:
Adalah amat penting bagi anda membahagikan ketiga-tiga matlamat ini
Matlamat untuk Jangka Masa Yang Pendek selalunya boleh dicapai dengan memperbetulkan perbelanjaan anda
Matlamat untuk Jangka Masa Yang Panjang selalunya boleh dicapai dengan memperbangunkan simpanan anda sekurang-kurangnya beberapa tahun.
Matlamat untuk Persaraan adalah perkara yang gagal bagi pemuda-pemudi titik beratkan. Apa yang membezakan matlamat ini berbeza dengan yang lain dimana anda akan mengalami kehilangan upaya bagi memiliki pendapatan kewangan bila anda sudah bersara nanti. Oleh itu bila anda perancangan bagi matlamat ini,anda perlu sentiasa berjaga-jaga.
Dan akhir sekali, ini adalah cara bagaimana anda mencapai matlamat anda.
4.Strategi
Bila merancang sesuatu strategi, tiada cara perancangan tertentu. Walau bagaimanapun, kami ada garis panduan umum bagi panduan anda. Strategi anda harus merangkumi 4 komponen penting ini:
-
Pelaburan
-
Simpanan
-
Perbelanjaan
-
Insuran (bukan sahaja produk insuran tetapi sebagai satu rancangan tambahan sekiranya anda tiada salah satu dari kategori di atas)
Dengan mengenal pasti dan perancangan melalui keempat-empat komponen ini, anda sepatutnya sudah boleh membentuk satu rancangan yang bagus dan satu panduan bagi menuju matlamat anda!
Haruskah anda buat perkara ini secara berseorangan?
Tatkala menjadi perancangan kewangan sendiri boleh menjimatkan, anda juga mungkin boleh pertimbangkan untuk mengupah seorang perancang kewangan yang profesional untuk anda. Ini kerana sesetengah perkara seperti pelaburan , taks dan insurans sangat sukar difahami oleh kita yang kebanyakannya bukan di dalam bidang tersebut.
Jika anda masih juga masuk mencipta serta menguruskan pelan kewangan anda , ada banyak sumber di laman sesawang yang dapat membantu anda. Satu lama sesawang yang popular di Malaysia hari ini adalah www.kclau.com dimana anda boleh muat turun tips wang percuma, dan mereka menawarkan pengguna nasihat persendirian di dalam pelbagai aspek kewangan persendirian melalui Webinar dan kemas kini yang teratur dengan warta berita mereka yang dapat membekalkan anda pengetahuan bagi anda menjadi perancangan kewangan sendiri.
Kesimpulannya
Setiap orang harus mempunyai satu pelan kewangan terutama bagi mereka baru memasuki bidang pekerjaan masing-masing. Lebih awal anda telah membuat perancangan kewangan, lebih awal anda maju menuju ke arah matlamat anda dengan berkesan. Bayangkan memiliki sebuah rumah dengan hanya berumur 30 tahun dibandingkan dengan memiliki sebuah rumah dikala usia mencecah 50 tahun, ini sangat menunjukkan perbezaan di antara mempunyai pelan kewangan awal dengan kemudian.