… mari terokai Elemen Residences @ Tropicana Aman dengan lebih lanjut

Pemandangan tepi tasik
Sebuah projek yang dimajukan oleh Tropicana Corporation Berhad, Elemen Residences dibangunkan di atas 26.49 ekar tanah di dalam kawasan Tropicana Aman - sebuah perbandaran serba lengkap dengan keluasan 863 ekar yang terletak di Kota Kemuning, selatan Shah Alam.
Mungkin korang terfikir, “Kota Kemuning? Serius lah?”. Sabar… baca dulu. Kota Kemuning ni sebenarnya dah menjadi alamat pilihan bagi yang mahukan keseimbangan antara ciri urban dan alam sekitar. Jadi, korang pun patut pertimbangkan lokasi ni.

Selain itu, lokasi ni juga dihubungkan dengan lebuh raya utama seperti Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Utara - Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Bukan tu je, ia bakal dihubungkan dengan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).
Maksudnya, takdelah susah korang nak ke mana-mana. Dari sini, korang boleh ke Subang Jaya (15km), Bandar Sunway (20km), Petaling Jaya (24km), Shah Alam (12km), Klang (18km), Kuala Lumpur (29km), dan KLIA (45km). Lokasi ni sangat strategik sebenarnya - jauh dari kesesakan tapi masih boleh akses bandar-bandar besar yang lain.
Tiada siapa yang akan cakap “TAK NAK” untuk kediaman tepi tasik berkonsepkan tropikal moden ni

Pemandangan dari bilik tidur utama
Bayangkan bangun setiap pagi untuk melihat kemegahan matahari terbit di tasik, menikmati suasana nyaman dan kehijauan di taman. Setiap hari pasti akan terasa macam percutian walaupun sebenarnya korang berada di rumah! Best kan? Inilah ketenangan yang korang perlukan dalam hidup.
Sebuah fasa kediaman tepi tasik yang pertama (rumah superlink 2 tingkat) di Tropicana Aman, Elemen Residences ni menawarkan 235 buah unit yang bercirikan tropikal moden dengan sentuhan resort yang semestinya meningkatkan suasana hidup korang.

Dengan ciri keselamatan komuniti berpagar dan berpengawal (gated and guarded), Elemen Residences ni mempunyai dua jenis susun atur - Dual-frontage Lake Homes (menghadap tasik) dan rumah konvensional Garden Homes (menghadap taman).
Kedua-dua jenis susun atur dibina dengan built-up yang luas dari 3,013.89kps ke 3,172.12kps. Perbezaan lain ialah Dual-frontage Lake Homes mempunyai 4+1 bilik tidur dan 4+1 bilik mandi manakala, jenis Konvensional Garden Homes pulak menyediakan 4+1 bilik tidur dan 5 bilik air. Lagi satu, korang dah tak perlu nak berebut parking pasni sebab kediaman ni ada sediakan ruang anjung kereta (porch) yang berbumbung yang boleh muat 3 bijik kereta.

Laman belakang
Dari segi reka bentuk pulak, Tropicana Corporation ni memang dah buat research yang mendalam rasanya. Selalunya lah, kita ada taste tersendiri dalam memilih rekaan yang kita nak. Contohnya lah, ada yang nak gunakan susun atur set kayu pallet atau keluli besi dan kaca yang boleh digabungkan dengan perabot mewah. Haaa… di Elemen Residences, semuanya boleh dicapai dengan mudah melalui konsep terbuka antara ruang tamu dan ruang makan. Ianya memberikan lebih fleksibiliti dalam susun atur perabot dan reka bentuk dalaman.

Satu lagi pekara yang best pasal kediaman ni ialah tingkapnya yang besar. Aspek ni mampu memberikan aliran udara dan pencahayaan semula jadi yang bagus untuk kesihatan untuk seisi keluarga.
Selain tu, Tropicana Aman adalah tempat dimana persekitaran holistik dan kemudahan lengkap bertemu
Senang cerita, bila korang dah menetap kat Elemen Residences ni, korang dah tak perlu susah-susah keluar dari perbandaran ni untuk bersosial atau bersantai. Kenapa? Kan kami ada cakap yang kawasan bandar ni serba lengkap, ingat lagi tak?
Hab Rekreasi
Masih tak percaya? Tempat ni ada sediakan kemudahan komersial, sebuah Hab Rekreasi berkeluasan 5 ekar dengan fasiliti mewah serta taman yang dipanggil Central Park yang bersaiz 85 ekar yang sesuai untuk keluarga korang beriadah. Taman Sentral ni turut mempunyai laluan sepanjang 7km yang boleh digunakan untuk berjalan, berjoging dan berbasikal.

Central Park
Tambahan lagi, tempat ni juga mempunyai sekolah antarabangsa yang tersendiri iaitu Tenby International School serta sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Tapi jangan risau, masih ada sekolah-sekolah lain yang berdekatan dengan kawasan bandar sekiranya korang mahukan pilihan sekolah lain.
Buat yang minat main golf, korang juga boleh try swing kat Kota Permai Golf & Country Club ataupun kat Bukit Kemuning Golf & Country Resort yang terletak dalam kawasan Kota Kemuning sendiri. Kemudahan lain yang ada di kawasan terdekat termasuklah restauran/kafe, klinik, kedai runcit, Columbia Asia Hospital, AEON Big Hypermarket dan banyak lagi.
Korang terpikat tak dengan Elemen Residences ni?
Secara keseluruhannya lah - lokasi, keluasan, fasiliti dan termasuklah kemudahan di kawasan sekeliling, Elemen Residences ni adalah sebuah pembangunan yang dirancang dengan baik. Bukan tu je, ia juga adalah tempat yang nyaman dan indah di mana korang dan keluarga tersayang boleh menikmati keseimbangan hidup.Untuk maklumat lanjut mengenai Elemen Residences atau menikmati GANJARAN EARLY BIRD, layari laman web Tropicana Aman atau hubungi 1700 81 8868.
p.s. Jangan lupa check kelayakan pinjaman perumahan korang dulu ye. Kang tak pasal-pasal permohonan kena reject dengan bank pulak.