Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Belum Bersedia? Wajib Ketahui 8 Cara Pencegah Kehamilan Ini!

BY Mia Sabrina Mahadir

Updated 01 Sep 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Korang tau tak apa persamaan wanita-wanita hot di atas ini? Ya, betul… Mereka semua beranak waktu tempoh lockdown yang tengah berlaku kat serata dunia!

Sambil kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah kat mereka semua, kena fikir juga… Kita ni bersedia ke kalau nak beranak dalam keadaan sekarang ni? Dengan lockdown dan ekonomi merosot? Maklumlah...tak semua mampu macam selebriti, kan?


Bagi yang tak mampu tu, kena lah cari hobi lain kalau boring waktu PKP ni...

Bukan je masa PKP, ramai daripada wanita Malaysia sebenarnya tak merancang untuk ada anak dalam masa terdekat ni, dan mereka ada sebab-sebab tersendiri. Ada nak fokus pada kerjaya, ada masih menunggu waktu sesuai, dan ramai juga tak nak atas sebab personal. Ye lah kan, dengan keadaan sosial, ekonomi, dan politik Malaysia sekarang ni, ramai wanita yang belum betul-betul bersedia dari segi mental, fizikal, dan emosional. Memang understandable!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tapi persoalannya: camne sebenarnya nak amalkan perancangan keluarga (family planning) ni? Pertama sekali, of kos lah kita semua tahu tentang kewujudan kondom, kan? Kondom ni bukan je murah, siap boleh beli kat memana je. 

Kalau you alls masih ingat dalam kelas sains tingkatan 3, ada belajar dua cara lagi, iaitu kaedah penarikan (withdrawal method), dan juga rhythm method, di mana kita tulis kitaran haid dalam satu kalendar, supaya tahu waktu bila perlu elak dari bersama dengan pasangan.


Kondom juga wujud dalam pelbagai warna.

Tapi kan, ramai sebenarnya tak suka guna kondom. Nak percaya withdrawal dan rhythm method pun tak boleh -cuma 78%-88% efektif sahaja. Memang risiko ada anak tu tinggi!

Selain dari tiga kaedah admin sebut kat atas ni, ramai wanita (dan lelaki) sebenarnya tak tahu kaedah-kaedah pencegahan kehamilan lain yang ada kat negara kita ni. Berdasarkan artikel ni, sebanyak 20% dari wanita Malaysia tak tahu ada cara lain, dan mereka gamble je dengan risiko kehamilan.



Sis, jangan camtu sis! Takpe takpe, kalau sebelum ni you alls tak tahu, meh sini kami ajarkan. Kami ada borak dengan beberapa orang tentang pengalaman mereka, dan siap rekomen lagi tempat murah dan best untuk korang dapatkan servis ini. Jom kita tengok senarai ni!
 

1. Pil Kontraseptif

Apakah?
Biasanya dipanggil pil pencegah kehamilan. Cara makan macam ubat, setiap hari kena ambik waktu sama (Yang ni penting!). Ada dua jenis dalam pasaran, satu ada hormon estrogen dan progesterone, dan satu lagi ada progesterone je. 

Cara pil ni berfungsi adalah dengan naikkan kandungan hormon dalam badan yang akan mengelakkan pengeluaran sel ovum. Depends  pil apa korang makan, kalau terlepas waktu makan, korang perlu makan 2 pil pada hari esok atau buang terus dan makan pek baru. Kebanyakan pil ni boleh dimakan selama 24 hari dengan 4 pil plasebo untuk 4 hari bila datang haid. 

Kebaikan: Pil ni 91% - 95% efektif jika dimakan dengan betul. Sesetengah jenama macam Yaz jugak boleh kurangkan jerawat. Pil ni direkomen untuk wanita yang waktu periodnya tak menentu.

Keburukan: Kena makan pil waktu sama setiap hari! Pil ni jugak ada kesan sampingan macam migrain, kenaikan berat badan, darah beku, payudara bengkak, dan kehilangan libido.

Boleh beli di farmasi ke? Boleh. Jenama biasa dibeli adalah Yasmin, Yaz, Diane, Mirogynon dan Regulon

Harga: RM30 - RM60 setiap kotak, setiap bulan (harga mungkin naik ikut masa)

Tempat yang Disyorkan: Mana-mana farmasi
 

“Saya tinggal kat Sabah, jadi kadang-kadang boleh habis stok. Jadi sebab dah pernah berlaku, saya selalu beli extra,” - Cik Annie Choong*.

*nama telah diubah untuk menjaga privasi
 


Nampak macam gula-gula, tapi makan sebiji je sehari ye!

 

2. Implan Kontraseptif

Apakah?
Sama macam pil kontraseptif, implan atau nama jenamanya, Implanon akan masukkan hormon progestin ke dalam badan. Kena pergi hospital atau klinik kalau nak masukkan benda ni. Nanti, doktor akan buat prosedur kecil - masukkan 1 batang plastik sepanjang 4 cm dalam lengan korang. 

Plastik ni yang akan keluarkan sejumlah kecil hormon dalam badan korang selama 3 tahun. Implanon ni berfungsi dengan mengelakkan pengeluaran ovum (hilangkan telur dari dimasuki sperma), menebalkan lendir serviks (ibarat tambah “pagar depan” supaya susah sperma masuk), dan nipiskan lapisan rahim (elak telur yang dimasuki sperma dari terlekat kat rahim).  

Kebaikan: 99% efektif. Sesuai untuk wanita yang mengalami haid yang berat dan sakit atau yang tak boleh ambik estrogen. Prosedur kemasukan sangat mudah, dan tak perlu risau pasal mengandung selama 3 tahun.

Keburukan: Sesetengah wanita akan kena kesan sampingan teruk macam mood swing, rambut botak/gugur, kehilangan libido, dan naik berat badan.

Boleh beli di farmasi ke? Tak.

Harga: Serendah RM500 kat fasiliti perubatan gomen, dan RM800 - RM900 kat private, bertahan selama 3 tahun

Tempat yang Disyorkan: Mana-mana Klinik Nur Sejahtera yang berdekatan (senarai harga penuh di sini), atau Dr. Zaharuddin KL Gynaecologist @ Sunway Medical Centre

 

“Untuk kontraseptif jenis lama camni, korang kena cakap dengan doktor dulu, sebab tak semua boleh. Macam akak ni, apa pun tak boleh! Akak cuma boleh pakai kaedah kalendar je, sekarang ni dah anak dua dah,” - Cik Devi Kumar*

 

 

3. Suntikan Kontraseptif

Apakah?
Suntikan progestin (Depo-Provera) ke dalam badan. Sama macam Implanon, hormon dalam suntikan ni berfungsi dengan cara yang sama - elak dari pengeluaran ovum, tebalkan lendir serviks, dan nipiskan lapisan rahim.  

Kaedah ni jugak sesuai untuk wanita yang tak boleh ambik estrogen atau yang selalu lupa makan pil. Lebih-lebih lagi kalau tak selesa masukkan objek pelik dalam badan, lebih sesuai kalau guna suntikan ni.

Kebaikan: 96% efektif, sesetengah wanita tak akan haid langsung dengan kaedah ni (kelebihan lah tu, kan?)

Keburukan: Kena hadir ke klinik setiap 3 bulan untuk terima suntikan, dan tak semua suka kena suntik ya! Antara kesan sampingan adalah mood swing, kegelisahan, dan naik berat badan.

Boleh beli di farmasi ke? Tak.

Harga: Serendah RM18 untuk setiap suntikan kat fasiliti perubatan gomen, dan RM80 - RM90 kat private, bertahan selama 3 bulan (setahun, 4 suntikan)

Tempat yang Disyorkan: Klinik Kesihatan Malaysia (hanya perlu bayar RM1 untuk suntikan free!), ATAU Liew Clinic, 10 Boulevard

 

“Saya naik berat badan sikit lepas kena suntikan ni, tapi tak pasti lah sebab hormon ke atau sebab banyak makan kerana stres,” - Cik. Shanthini Gunosegran*

 

 

4. Intrauterine Device (IUD)

Apakah?
IUD adalah sehelai tali dengan hujung plastik berbentuk T yang akan dimasukkan ke dalam uterus. Ada 2 jenis: IUD tembaga dan IUD hormon. 

Kalau nak tahu, IUD tembaga adalah penyahsperma semulajadi (Wow, baru tahu!). Ion dari tembaga akan bereaksi dengan sperma untuk melembabkan pergerakannya, sekaligus elakkan sperma dari berenang ke lendir serviks. IUD hormon pulak disaluti dengan progestin - berfungsi cara yang sama dengan implan dan suntikan.

Kebaikan: 99% berkesan. Alatan IUD ni boleh dikeluarkan bila korang dah ready untuk beranak.

Keburukan: Kemasukan IUD ke dalam uterus agak menyakitkan. Bayaran agak mahal (perlu dibuat sekaligus!). Ada jugak risiko IUD ni terkeluar dari uterus so korang kena selalu check talinya masih bergantung tak - lebih kurang sama cara check tali tampon.

Boleh beli di farmasi ke? Tak.

Harga: Untuk IUD tembaga, serendah RM80 - RM110 satu kat fasiliti gomen, dan sehingga RM600 setiap suntikan kat private. Boleh bertahan selama 3 - 5 tahun. IUD hormon pulak hanya ada kat fasiliti persendirian, harganya RM1.200 dan boleh bertahan selama 5 tahun

Tempat yang Disyorkan: Klinik Kesihatan Malaysia/Klinik Kesihatan Ibu dan Anak - caj RM1 untuk pendaftaran dan IUD percuma ATAU boleh ke Dr Tan and Partners clinics.

 

5. Pil Kontraseptif Kecemasan (Morning After Pills)

Apakah?
Bayangkan kuasa pil kontraseptif tadi, tapi 30x lebih kuat. Pil ni adalah untuk kegunaan kecemasan je - boleh makan pagi selepas ada hubungan seksual tanpa perlindungan. Pil ni perlu dimakan dengan secepat mungkin sebab hanya berfungsi dalam 72 jam je. 

Kebaikan: 90% efektif kalau dimakan dalam 72 jam

Keburukan: Pil ni hanya untuk situasi “kecemasan” je, tak boleh makan camtu je… Ya lah, ada kandungan hormon yang tinggi yang boleh ganggu kitaran haid korang. Siap boleh datangkan pelbagai masalah kesihatan kalau lebih dari dos yang disyorkan. Antara kesan sampingan adalah loya, muntah-muntah, sakit perut dan pening kepala. Yang  jarang berlaku pulak termasuklah keletihan, kelendutan payudara dan gangguan perdarahan haid.

Boleh beli di farmasi ke? Boleh.

Harga: RM5 - RM20, jenama biasa kat Malaysia adalah Postinor-2, Escapelle, Ella

Tempat yang Disyorkan: Mana-mana farmasi yang berdekatan 


Harapnya lepas baca artikel ni, korang boleh kurang situasi “kecemasan” macam ni ya!

 

6. Cincin Kontraseptif

Apakah?
Juga dipanggil vaginal ring, cincin ni adalahplastik telus dalam ketebalan 4 mm dan diameter 5.5 mm yang akan diletakkan dalam faraj selama 21 hari. Hanya ada satu saiz dan akan keluarkan estrogen dan progesteron sedikit demi sedikit selama 3 minggu. Selepas habis tempoh, cincin ni akan dikeluarkan selama 7 hari untuk period datang dan tukar dengan yang baru.

Kebaikan: 99% kalau guna dan tukar ikut jadual. Mudah digunakan dan boleh seimbangkan kitaran haid.

Keburukan: Sebab cincin ni ada hormon yang sama macam pil kontraseptif, akan ada kesan sampingan yang sama. Lagi satu, cincin ni tak mudah bergerak bila bersetubuh, tapi kalau terkeluar, masukkan je balik dalam masa 3 jam untuk elak dari hamil.

Boleh beli di farmasi ke? Tak.

Harga: RM40 - RM60, jenama yang biasa diguna adalah NuvaRing

Tempat yang Disyorkan: Mana-mana hospital atau klinik persendirian yang berdekatan


Bukan cincin nikah dan tunang yang penting dalam perkahwinan ya...

 

7. Diaphragm

Apakah?
Diaphragm adalah cakera berbentuk kubah yang dibuat dari getah atau silikon. Dia akan dimasukkan ke dalam faraj sebelum berlakunya persetubuhan. Kiranya benda ni macam kondom untuk wanita lah… 

Tapi bezanya, diaphragm ni perlu dipakai sekali dengan spermicide (penyahsperma) macam admin sebut tadi. Spermicide ni boleh didapatkan dalam pelbagai bentuk: krim, gel, filem dan lain-lain. Hanya kena pakai spermicide ni sekali dengan diaphragm antara 5 - 90 minit sebelum buat seks.

Kebaikan: Harga murah, dan cuma dipakai bila  bersetubuh je. Takde hormon berlebihan yang akan ganggu sistem tubuh badan korang.

Keburukan: Cuma 88% efektif dan tak boleh digunakan tanpa spermicide. Perlu kekal dalam faraj sekurang-kurangnya 6 jam selepas persetubuhan. Tak dilupakan jugak, getah latex dan spermicide boleh menyebabkan kegatalan.

Boleh beli di farmasi ke? Tak.

Harga: Serendah RM3 sekeping

Tempat yang Disyorkan: Mana-mana klinik kesihatan wanita berdekatan, atau dapatkan percuma daripada FRHAM (Federation of Reproductive Health Association Malaysia)



 

8. Pemandulan (ligation)

Apakah?
Ligation adalah pembedahan untuk memandulkan organ pembiakan wanita untuk jangka masa lama. Pembedahan ni akan dijalankan dengan potong dan tutup atau ikat tiub fallopian untuk stop pengeluaran ovari. 

Ligation ni lahsatu-satunya kaedah kontraseptif kekal yang ada, Dia pun sesuai untuk wanita yang betul-betul konfem tak nak anak. 

Walaupun camtu, ligation ni boleh undo balikdengan bukak ikatan tu. kiranya, dia akan benarkan tiub fallopian untuk tumbuh dan cantum semula.

Kebaikan: 99.5% efektif (ada 0.5% risiko untuk ikatan terbuka dan tiub fallopian korang bercantum balik. Tengok nasib...)

Keburukan: Nama pun pembedahan, jadi korang akan lalui kesan sampingan pembedahan macam biasa seperti sakit perut, sakit bahu, penat, pening atau perut kembung. Korang jugak kena banyak berehat dan pastikan luka pembedahan sentiasa kering dan bersih selama sekurang-kurangnya 48 jam.

Boleh beli di farmasi ke? Tak.

Harga: RM1,500 - RM2,000.

Tempat yang Disyorkan: Mana-mana klinik atau hospital persendirian



 

Untuk wanita-wanita kat luar sana, harga mungkin isu utama korang dalam pilih kaedah kontraseptif yang terbaik…Tapi, pape pun korang pilih, kitorang cadangkan jumpa dulu pakar sakit puan dan minta pendapat pakar!

Perlu diingatkan jugak bahawa semua hormon pencegah kehamilan yang disebut kat atas ni ada bawak risiko darah beku (risiko sangat rendah tapi boleh beri kesan kepada 3 - 9 dalam 10,000 wanita). Terutamanya kalau korang suka merokok dan berumur 35 tahun ke atas. 

Apa-apa pun, kitorang harap korang jumpa lah kaedah yang terbaik dari senarai ni, dan selamat mengelakkan kehamilan sepanjang PKP ni ya!

NOTA: Sila ingat fasiliti gomen mungkin akan bertanya lebih banyak soalan jika pesakit ialah wanita Islam yang belum berkahwin, walaupun pesakit masih akan diterima dan diberikan rawatan. Kalau korang tak selesa dengan prosedur ni, kami syorkan pergi terus ke fasiliti persendirian.

BACA JUGAK: 5 Inisiatif Untuk WANITA Korang Patut Tahu
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Mia Sabrina Mahadir



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)