Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Inisiatif Untuk WANITA Korang Patut Tahu

BY Caitlyn Ng

Updated 17 Mar 2021




*Artikel ini telah diterjemah dari “5 Initiatives for WOMEN You Didn’t Know About!” oleh Faiz Rahim.

Bukan senang jadi wanita ni (even kat zaman moden). Bukak berita, mesti ada news jenayah cam gangguan seksual terhadap wanita hampir setiap hari. Tu tak termasuk lagi isu jurang gaji, hak penjagaan kanak-kanak dan diskriminasi kat tempat kerja. 

Kat negara lain, siap ada isu wanita kena bayar cukai bila beli barang-barang keperluan peribadi seperti pad dan tampon. Nasib baik lah, wanita kat Malaysia ni dah tak payah bayar dah. Tapi malangnya, bukan tu je diskriminasi yang berlaku kat diorang. Last-last, pihak wanita yang terpaksa lawan untuk ada perubahan.

Dia banyak sangat sampai tema Hari Wanita Sedunia tahun ni adalah “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”. Boleh tu memang boleh, cuma kena sedar mesti ada yang perlukan sokongan dan pertolongan dari gomen. Jadi, kena lah provide...

Dalam semangat kempen ni, kami decide untuk tengok 5 inisiatif yang dapat bantu, perkasakan dan bagi perubahan positif kepada golongan wanita kat negara ni.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Pemeriksaan kesihatan PERCUMA 

Korang tahu tak yang wanita lebih senang untuk dapat kanser berbanding lelaki? Mengikut kajian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Cancer Survival (MySCan)), majoriti dari pesakit kanser adalah wanita (59.8%) - sebanyak 43,621 kes! 

Dari statistik ni je, memang clear yang golongan wanita kena lebih proaktif dalam mengenal pasti sebarang simptom penyakit dengan cepat. Jenis kanser yang senang kena pun dah 3 (payudara, serviks dan ovari), memang kena alert lah!

Nak check kat mana? Haa, why not manfaatkan Program Saringan Kesihatan PERKESO (kalau korang buat caruman)! Diorang akan kasi baucar ni bila korang dah sampai umur 40 tahun. Bila dah dapat, korang boleh terus buat pemeriksaan mamogram dan pap smear. Malangnya, program ni sedang ditangguhkan buat masa sekarang untuk Program Saringan Prihatin PERKESO (thanks pembaca kita, Sook Ngee Belinda Sim sebab bagitau!)

FYI, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia bekerjasama dengan Etiqa ada launch Program Mammogram Percuma - Fasa 4 untuk 6,000 wanita kurang bernasib baik berumur 40 tahun ke atas. Diorang cakap, program satu tahun ni bernilai RM2.04 juta dan jatuh bawah Etiqa Cares.

In case korang layak untuk join, boleh contact NCSM kat 03-2698 7300 untuk sebarang persoalan.

 

 

2. Ibu-ibu tunggal, korang tak berseorangan...

Kalau pasangan ibu bapa rasa susah jaga anak, apatah lagi ibu tunggal. Ya lah, ramai expect korang untuk buat semua benda dengan betul (bukan senang tu!). Nasib baik lah ada KPWKM sebab korang boleh apply bantuan kewangan sementara (selama 1 tahun) untuk senangkan hidup

Kalau nak tahu, amaun minimum yang akan diberikan adalah RM100 untuk sorang anak. Katakan korang ada lebih dari 4 anak, setiap bulan akan dapat amaun maksimum iaitu RM450.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun ada untuk tolong. Diorang akan bagi sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga RM1,000 sebulan (paling banyak!). Cuma, ikut pecahan ni:

  • RM200 seorang bagi berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan

 

Selain tu, ibu-ibu tunggal pun boleh mohon bantuan kewangan kat negeri masing-masing. Cuma, amaun bantuan tu ada beza lah sebab dia depends peruntukan dan syarat-syarat kelayakan.

Contohnya. Negeri Selangor ada program kebajikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk ibu-ibu berpendapatan rendah (golongan B40). Kalau layak, pemohon boleh beli barang-barang keperluan guna kad bernilai RM200 setiap bulan kat kedai dan supermarket yang berdaftar.

 

 

3. Suri rumah, janda/balu dan ibu tunggal boleh ada akaun KWSP

Insentif ni khas untuk suri rumah, janda/balu dan ibu tunggal yang ada dalam Bank Data Kemiskinan Nasional​​ eKasih. Kiranya, siapa yang ada dalam list ni boleh register untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) - hanya perlu deposit minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun dalam akaun. 



Takde beza sangat pun dengan caruman lain, diorang still boleh enjoy kelebihan yang sama. Ni semua termasuklah dividen tahunan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60. Sama jugak dengan pengeluaran kalau berlaku kemalangan dan kematian. 

BACA JUGAK: Apa Kelebihan & Kekurangan Keluar Duit KWSP Akaun 1 (i-Sinar)?

 

 

4. Ada pembiayaan khas dari SME Bank untuk usahawan wanita

Usahawan wanita, ni lah masa untuk tunjuk siapa bos sebenar! Caranya? Korang boleh dapat enjoy funding khas untuk usahawan wanita yang nak kembangkan bisnes - MySMELady dari SME Bank



Korang boleh dapat amaun pembiayaan kewangan sebanyak RM500,000 hingga RM3 juta. Cuma, korang kena lah lepas syarat-syarat kelayakan ni dulu:

  • Pemilik ekuiti bisnes adalah 51% wanita 
  • Pemilik yang uruskan bisnes
  • Kena patuh syariah
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa
  • Dah beroperasi sekurang-kurangnya setahun
  • Memenuhi kelayakan skim jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

Dalam Belanjawan 2021, gomen jugak telah memperuntukkan banyak duit untuk tolong usahawan wanita. Antaranya adalah: 

  • RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas melalui Tekun Nasional (Tekun), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan AgroBank
  • RM50 juta bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk sokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

 

 

5. Pengecualian cukai untuk wanita yang kembali bekerja

Dalam Belanjawan 2020, gomen ada cadang untuk kasi pengecualian cukai selama setahun untuk wanita yang kembali bekerja setelah 4 tahun berhenti kerja. Pada 30 Januari 2020, arahan pengecualian ni automatically dilaksanakan. 



Kalau korang nak apply pengecualian cukai ni, boleh mohon kat Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) antara 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2023. Kiranya, pengecualian cukai ni boleh diguna sampai untuk Tahun Taksiran 2024. Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut!

 

 

Memang hebat lah wanita!

Memang bukan benda calang-calang untuk wanita berjaya dalam masyarakat yang pentingkan lelaki. Mengikut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), 56% wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk diskriminasi kat tempat kerja. Tak ke teruk kalau camtu?

Harapannya, dengan inisiatif-inisiatif dari ni, dapat lah tolong golongan wanita untuk hidup diorang lebih senang. Walaupun banyak lagi yang perlu dibuat, at least ada lah jugak penambahbaikan kat situ.

Semoga akan ada lebih banyak inisiatif-inisiatif khas untuk wanita di masa depan. Selamat Hari Wanita Sedunia!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Caitlyn Ng



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!