Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pengelasan Isi Rumah: B40, M40 & T20. Korang Kumpulan Mana?

BY Faiz Rahim

Updated 21 Nov 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Bottom 40 (B40), middle 40 (M40) dan top 20 (T20) - kita sentiasa dengar istilah-istilah ni lagi-lagi bila gomen dan PM bagi bantuan kewangan. Tak dari situ, kita dengar dari mulut orang-orang politik dan ekonomi pasal bagi bantuan, garis kemiskinan negara dan lain-lain.

Tapi, berapa ramai yang betul-betul tahu apa tu B40, M40 dan T20? Paling penting, tahu tak korang berada kat pengelasan isi rumah yang mana? Well, jangan risau. Ni admin nak explain.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Pengelasan isi rumah tu apa?

 

Kalau korang tak familiar, setiap isi rumah rakyat Malaysia ni akan dikelaskan dalam salah satu kategori (sama ada M40, B40 atau T20) mengikut pendapatan bulanan yang diterima.

Dia camni - setiap tahun gomen akan keluarkan laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan juga Kemudahan Asas (PPIR & KKA). Dari maklumat-maklumat ni lah gomen boleh pantau, buat plan dan jalankan pelbagai subsidi dan inisiatif yang sesuai untuk membantu rakyat negara ni, macam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Kewangan COVID-19 (BKC) dan sebagainya.

Jumlah bantuan pun boleh dinilai jugak, contohnya seperti bantuan RM1,800 akan diterima oleh B40, manakala bantuan maksimum RM1,200 untuk M40. Jadi ada perbezaan di situ.

Ni dia penjelasan ringkas berkenaan pengelasan isi rumah:
 

Pengelasan isi rumah Penerangan Jumlah pendapatan isi rumah sebulan
B40 Kumpulan berpendapatan rendah. Mewakili 40% dari rakyat Malaysia. RM1 - RM4,850
M40 Kumpulan berpendapatan sederhana. Mewakili 40% dari rakyat Malaysia. RM4,851 - RM10,970
T20 Kumpulan berpendapatan tinggi. Mewakili 20% dari rakyat Malaysia.  Melebihi RM10,970 dan ke atas

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Boleh ke pengelasan isi rumah ni diubah dari semasa ke semasa?

 
 

BOLEH. Dari 2016 sampai 2020, gomen ada kemaskini pengelasan isi rumah ni sebanyak 2 kali. Cam admin cakap tadi, gomen kena lah adjust pengelasan isi rumah bila perlu so that mereka boleh bagi bantuan dan subsidi yang rakyat perlukan. Mana taknya, banyak boleh berubah dalam beberapa tahun tu macam pendapatan isi rumah. Lebih kurang bila update software kat laptop korang untuk berfungsi lebih baik.

Untuk yang sedang berjalan, diorang boleh tengok berkesan ke tak program sedia ada. Diorang siap boleh rancang plan yang betul-betul spesifik untuk satu kategori.

Cuma, pada tahun 2020, gomen memperluaskan lagi kategori pengelasan isi rumah dengan tambah 10 sub kategori. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin cakap yang perincian pengkelasan ni adalah supaya perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan untuk kurangkan jurang pendapatan antara isi rumah. Boleh tengok table bawah ni:

Sejarah pengelasan isi rumah Malaysia:

Pengelasan isi rumah Tahun 2016 Tahun 2019 Tahun 2020
B40 RM1 - RM4,360 RM1 - RM4,850 B10 Kurang daripada RM2,500
B20 RM2,500 - RM3,169
B30 RM3,170 - RM3,969
B40 RM3,700 - RM4,849
M40 RM4,361 - RM9,619 RM4,851 - RM10,970 M10 RM4,850 - RM5,879
M20 RM5,880 - RM7,099
M30 RM7,110 - RM8,699
M40 RM8,700 - RM10,969
T20 Melebihi RM9,619 ke atas Melebihi RM10,970 ke atas T10 RM10,970 - RM15,039
T20 Melebihi RM15,039 ke atas

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


Had pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 ni boleh bertambah atau kurang (boleh tengok beza dari tahun 2019 ngan 2016) - ikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dalam beberapa tahun tu, kos sara hidup kita semakin bertambah (tak termasuk inflasi lagi!). So, walaupun ada yang naik gaji, tak guna jugak sebab kos barang pun bertambah.  

 

Mesti korang tertanya-tanya, apa metrics yang gomen guna untuk dapatkan klasifikasi ni? 

 

Malangnya kan, had pendapatan ni bukan penanda aras yang gomen guna untuk rangka bantuan kewangan. Yang diorang guna adalah nilai median pendapatan isi rumah bila susun semua pendapatan isi rumah dalam keadaan menaik (ambik yang nombor tengah!). Ni kerana median pendapatan isi rumah adalah lebih sesuai dalam tolong gomen lancarkan inisiatif.

Sebagai contoh, dalam konteks lebih kecik, satu isi rumah ada 7 individu yang berpendapatan sebanyak RM2,500, RM3,800, RM1,800, RM4,500, RM6,700, RM1,200 dan RM7,300. Kalau susun secara menaik, yang tengah-tengah tu adalah median pendapatan isi rumah - RM3,800!

Jadi, katakan korang nak tahu korang berada kat pengelasan isi rumah yang lebih tepat, tengok nilai median berapa. Especially, kalau dalam 1 rumah tu ada korang, adik beradik, abang kakak ipar dan mak ayah. Korang tak boleh main tambah je gaji semua orang berapa.
 

Pengelasan isi rumah Sub-kategori Jumlah had pendapatan Median had pendapatan
B40 B10 Kurang daripada RM2,500 RM1,929
B20 RM2,500 - RM3,169 RM2,786
B30 RM3,170 - RM3,969 RM3,556
B40 RM7,000 - RM4,849 RM4,387
M40 M10 RM4,850 - RM5,879 RM5,336
M20 RM5,880 - RM7,099 RM6,471
M30 RM7,110 - RM8,699 RM7,828
M40 RM8,700 - RM10,959 RM9,695
T20 T10 RM10,960 - RM15,039 RM12,586
T20 Melebihi RM15,039 ke atas RM19,781

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


Walaupun camtu, median had pendapatan untuk negara tak semestinya sama untuk semua negeri. Ya lah, kos sara hidup mesti berbeza. Kalau korang duduk Selangor atau KL, kos sara hidup memang tinggi. Jadi, kalau median pendapatan isi rumah tinggi, hidup boleh lah selesa sikit. Kalau kurang, struggle sikit lah. Boleh ke website ni untuk tahu lebih lanjut.


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia


In case korang mencari bantuan-bantuan gomen yang layak untuk apply, boleh cari kat website ni. Hanya perlu isi beberapa maklumat dan korang boleh tahu yang mana boleh mohon!

BACA JUGAK: 16 Perkara PEMULIH Bantu Rakyat B40, M40, T20
 

“Chup, jadi apa yang bekas PM cakap haritu pasal B50?”


BETUL - bekas PM kita ada haritu yang kebanyakan dari golongan M40 akan jatuh kepada B40. Sebab tu lah akan wujudnya bottom 50 (B50). *Pebenda lah B50 yang dicakapkan ni.




Kalau korang nak tahu COVID-19 punya pasal, sebanyak 600,000 lebih isi rumah M40 jatuh kepada golongan B40. Kesan dia sampai separuh rakyat Malaysia kini berpendapatan rendah, B50. Yang berpendapatan sederhana pun turun dari 40% ke 30%. Nasib baik, so far takde dengar pasal golongan T20 jatuh susah sampai jatuh ke M40 atau B40. 


Jangan kalut, gomen masih belum buat pengumuman rasmi berkenaan B50 ni, so kita relax dulu lah kot. Tapi, sekiranya betul akan officially wujudnya B50, ni anggaran table pengelasan isi rumah yang baru:
 

Kategori Pengelasan isi rumah (sebelum COVID-19) Pengelasan isi rumah (selepas COVID-19)
1 B40 B50 (bertambah)
2 M40 M30 (berkurang)
3 T20 T20 (maintain)
 

Kalau betul situasi camni akan berlaku, mungkin pengelasan isi rumah bukan cara yang sesuai untuk gomen based on dalam kasi bantuan. Dari dulu, gomen banyak kasi bantuan kepada B40, bukan kepada M40 dan dari sini nampak yang diorang pun perlukan tolongan jugak.


Lagi satu, kemampuan isi rumah tak boleh nak tahu dari had pendapatan saje. Katakan satu isi rumah M40 ada 2 anak, kemampuan diorang ada lebih banyak sikit dari isi rumah M40 yang ada 6 anak. Tolak bayar komitmen, tanggungjawab, ada berapa je lah yang tinggal.


Nak tak nak, kita perlu tengok di sebalik pendapatan isi rumah. Kalau boleh, kena betul-betul reflect keadaan rakyat marhen yang sekarang. Baru lah gomen boleh memanfaatkan data sedia ada so that bantuan yang diberikan lebih mantap!

 

BACA JUGAK:

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta