Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Komponen Kos Semasa Membeli Rumah : Bolehkah Anda Menjimat Sebahagian Daripadanya?

BY Team Loanstreet

Updated 27 Jul 2021




Pembelian sebuah rumah bernilai RM500,000 bukan sahaja memerlukan RM500,000. Terdapat beberapa kos lain yang perlu ditanggung oleh pembeli untuk memiliki sebuah rumah. Dalam artikel ini kita akan berbincang tentang beberapa kos yang terlibat dan fungsi mereka.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Yuran Guaman

Yuran guaman merupakan bayaran yang dibuat oleh pembeli hartanah untuk tujuan menyediakan dan merekod dokumen rasmi.

Di Malaysia, terdapat 2 yuran guaman yang anda perlu sediakan iaitu untuk Perjanjian S&P dan Perjanjian Pinjaman.

Caj yuran guaman bagi kedua-dua perjanjian tersebut boleh dirujuk dalam jadual di bawah. Peratus dan kiraan kos untuk kedua-dua perjanjian adalah sama. Walau bagaimanapun, yuran guaman S & P adalah berdasarkan harga pembelian, manakala yuran guaman perjanjian pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman.

Komponen Kos Semasa Membeli Rumah : Bolehkah Anda Menjimat Sebahagian Daripadanya?

Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)

Yuran guaman SPA untuk RM 150, 000 yang pertama             = RM 150,000 * 1%      = RM 1500

Yuran guaman SPA untuk RM 350, 000 yang berikutnya         = RM 350, 000 * 0.7%  = RM 2450

Jumlah yuran guaman SPA                                                            = RM 3950

Yuran guaman pinjaman untuk RM 150, 000 yang pertama       = RM 150,000 * 1%      = RM 1500

Yuran guaman pinjaman untuk RM 350, 000 yang berikutnya   = RM 300, 000 * 0.7%  = RM 2100

Jumlah yuran guaman perjanjian pinjaman                                   = RM 3600

Jumlah yuran guaman  (SPA + pinjaman )                                       = RM 3950 + RM 3600 = RM 7550

2. Duti Setem

Duti setem merupakan cukai yang dikenakan atas pengiktirafan undang-undang untuk dokumen-dokumen tertentu, dan dalam kes ini, adalah Perjanjian Perjanjian S & P dan perjanjian pinjaman.

Caj duti setem untuk dokumentasi S&P boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Komponen Kos Semasa Membeli Rumah : Bolehkah Anda Menjimat Sebahagian Daripadanya?

Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)

Duti setem bagi RM 100, 000 yang pertama               = RM 100,000 * 1%      = RM 1000

Duti setem bagi RM 400, 000 yang berikutnya           = RM 400, 000 * 2%      = RM 8000

Jumlah duti setem                                                           = RM 1000 + RM 9000  = RM 9000

Caj duti setem untuk perjanjian pinjaman boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Komponen Kos Semasa Membeli Rumah : Bolehkah Anda Menjimat Sebahagian Daripadanya?

Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)

Jumlah duti setem  = RM 450, 000 * 0.5% = RM 2250

Nota: Sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan kos pemilikan untuk pembeli rumah kali pertama, sehingga 31 Disember 2014, untuk pembeli rumah pertama kali, kos duti setem akan dikecualikan sebanyak 50% bagi duti setem surat janji permindahan dan surat pinjaman untuk pembelian harta kediaman bernilai RM400,000 ke bawah.

*Baru: Berdasarkan Bajet 2015, had baru nilai hartanah dinaikkan ke RM500,000 untuk kelayakan pengecualian duti setem sebanyak 50% . Ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

3. Yuran Penilaian (Apabila penilaian formal diperlukan)

Yuran penilaian merupakan kos yang dibayar untuk menentukan nilai sesebuah aset. Kos ini perlu ditanggung apabila pembeli membeli daripada penjual yang bukan pemaju.

Jadual di bawah menunjukkan caj yang dikenakan untuk yuran penialian.

Komponen Kos Semasa Membeli Rumah : Bolehkah Anda Menjimat Sebahagian Daripadanya?

Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)

Yuran penilaian untuk RM 100, 000 yang pertama          = RM 100,000 * 0.25%   = RM 250

Yuran penilaian untuk RM 400, 000 yang seterusnya      = RM 400, 000 * 0.2%     = RM 800

Jumlah yuran penilaian                                                          = RM 250 + RM 800      = RM 1050

Kesimpulan

Kos kemasukan untuk membeli hartanah boleh berjumlah banyak. Salah satu cara untuk mengurangkan kos adalah dengan mencari pakej promosi pinjaman perumahan yang membiayai sebahagian daripada kos kemasukan peminjam. Salah satu contoh ialah Citibank Flexi Home Loan yang membiayai yuran guaman dokumen pinjaman anda, ditambah dengan rebat 0.28% daripada jumlah pinjaman anda sehingga RM10,000. Promosi ini adalah untuk  jumlah pinjaman sebanyak RM400,000 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada alat perbandingan pinjaman perumahan.

Selain itu, Loanstreet juga menyerap 35% peratus daripada yuran guaman setelah permohonan pinjaman perumahan yang dilakukan melalui Loanstreet diluluskan oleh bank.

Sekiranya anda ingin membuat anggaran kos kemasukan untuk hartanah anda, anda boleh mengguna kalkulator pinjaman perumahan  untuk menentukan jumlah yang anda perlu sediakan terlebih dahulu.

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan