Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Berapa Banyak Wang Yang Anda Salurkan Kepada Ejen

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2019




Berbeza dengan apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang hari ini, sebenarnya insuran hayat tidak perlu dianggap rumit atau sesuatu yang mahal. Di antara semua pemegang insuran hayat, hanya golongan muda menganggap idea untuk membeli insuran hayat atau mempelajari selok belok insuran yang agak teknikal serta menambah komitmen kewangan menyebabkan golongan muda antara golongan yang sering menganggap insurans hayat adalah tidak begitu penting daripada mempertimbangkannya ia sebagai keperluan.

Salah faham ini disebabkan oleh dua faktor: pertama, ejen insuran di Malaysia secara umum cenderung meletakkan perlindungan insuran hayat asas yang rendah dalam senarai keutamaan mereka sebaliknya meletakkan kadar premium yang tinggi, iaitu Pelaburan Berkaitan Polisi (ILP) kerana mereka akan memperolehi komisen yang tinggi.

Kedua, insuran hayat mudah diperolehi terutama bagi mereka yang tidak mempunyai tanggungan dan mereka tidak memerlukan kepakaran perunding. Di sini kita lihat pada isu akar umbi supaya perkara ini seharusnya menjadi lebih mudah bagi anda (pengguna).
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ejen Lebih Mengutamakan Komisen

Dalam konteks insuran hayat, ejen bertindak sebagai wakil untuk memberi nasihat dan mendidik pengguna mengenai mekaniknisma dan kepentingan produk mereka. Ini merangkumi jenis-jenis insuran hayat, nilai liputan insuran hayat serta pilihan-pilihan tambahan yang sesuai dan terbaik dengan keadaan kewangan pengguna.

Sebagai tambahan, pemegang polisi akan diterangkan mengenai butir-butir penting seperti nilai serahan polisi mereka, pecahan premium serta garis panduan dan tips-tips yang lain. Ejen insuran hayat pada dasarnya seharusnya mempunyai pengetahuan teknikal, etika serta keupayaan untuk menulis jaminan bagi menjual polisi.

Malangnya, dalam persekitaran Malaysia realitinya adalah ejen insuran hayat terdorong dengan komisen dan tidak selalu dapat menasihati pengguna mengenai polisi yang mereka benar-benar perlukan. Jika dikaji secara ringkas terhadap pendapatan insentif yang biasa diperolehi ejen, titik-titik ini dapat dihubung kait: 9-12% bagi premium-premium ILP yang tertentu, percutian yang ditaja sepenuhnya bagi pencapaian sasaran jualan, bonus bagi merekrut pekerja baru, bonus untuk pembaharuan polisi, bonus bagi jumlah polisi dan seterusnya.

Kadar komisen bagi polisi insuran hayat berada di sekitar 35%; kebiasaannya ejen-ejen tidak menghiraukannya memandangkan kadar premium yang agak rendah. Namun begitu, seseorang yang membayar bahagian ejen itu akan meningkatkan kadar premium. Secara ringkas khabar angin yang mengelirukan di dalam industri mengakibatkan berita yang buruk terhadap fungsi ejen.

Penyelesaian Yang Ringkas dan Murah

Industri insuran hayat di Malaysia sedang berkembang pesat kerana kerajaan telah menandakan ia sebagai salah satu daripada Projek Transformasi Ekonomi Program Kemasukan Mata (EPP) untuk menangani peningkatan masalah kemalangan, terkurang jumlah insuran yang diperlukan dan tiada insuran. Beberapa platform baru disediakan yang memberi akses yang mudah seperti platform pengurusan kewangan yang mesra pengguna serta ia membantu mengajar pengguna mengenai kelebihan insuran hayat di laman sesawang pada harga polisi yang kompetitif.

Salah satu contoh perkhidmatan yang disediakan adalah hasil dari evolusi 'UForLife' yang membolehkan pengguna untuk memintas ejen insuran dan membuat pembelian insuran untuk diri mereka sendiri adalah melalui talian. Tinjauan Loanstreet menunjukkan bahawa e-polisi boleh disesuaikan, disemak dan disahkan dalam masa 10 minit, kemudian perlindungan akan serta-merta berkuat kuasa. 'UForLife' adalah berdasarkan polisi jenis langkah demi langkah yang mana polisi akan meningkat sejajar dengan umur pembeli.

Oleh kerana syarikat yang menawarkan pembelian melalui atas talian yang hanya melibatkan kos penting sahaja maka mereka mempunyai kelebihan daya saing yang lebih tinggi apabila harga untuk insuran perlindungan hayat yang bernilai RM100,000 boleh dibeli dengan harga premium bermula dari hanya RM10/bulan – ia adalah jauh lebih rendah dibandingkan jika seseorang itu membeli polisi melalui ejen.

Selain daripada kecekapan dan kemampuan pembelian di atas talian, fungsi ejen diganti dengan soalan-soalan yang mudah di fahami yang disediakan di bahagian soal jawab (Q&A). Pembayaran pula dilakukan dengan segera melalui kad kredit atau kad debit, diikuti dengan pengesahan terus ke email pembeli; dan yang menjadi persoalan umum hari ini mengapa perkhidmatan ini hanya wujud pada masa sekarang.

Kesimpulan

Menjadi ejen insuran untuk diri sendiri tidak mudah seperti yang disangkakan tetapi ia mempunyai kelebihan yang lebih tinggi berbanding daripada mempunyai ejen insuran daripada beberapa syarikat dengan kadar yang lebih mahal.

Kini anda bertanggungjawab ke atas simpanan premium, kawalan penuh ke atas kewangan anda, ia adalah lebih baik mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai polisi insuran kerana anda tidak akan terpengaruh dengan kaedah pemasaran mereka yang lebih mengutamakan komisen daripada keperluan pengguna.

Banyak lagi maklumat terperinci mengenai penggunaan insuran hayat di "7 kesilapan umum dengan insuran hayat" dan apabila anda berasa cukup yakin, cubalah! Anda mungkin akan menjadi ejen insuran hayat untuk ahli keluarga serta rakan-rakan anda dan boleh berkongsi tips-tips yang berguna!

Anda juga boleh menjadi ejen untuk insurans kereta dan insurans motorsikal! Jika anda mahu tahu bagaimana insurans kereta dan insurans motorsikal berfungsi, lawati halaman insurans kami. Anda juga boleh mendapatkan sebut harga secara percuma, mungkin anda boleh ambil kesempatan ini untuk memperbaharui insurans bagi kereta dan motorsikal anda? Selamat mencuba!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover