Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Adakah Perjanjian Penyewaan Benar-Benar Diperlukan?

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Penyediaan perjanjian penyewaan boleh menelan kos yang banyak sekaligus mengurangkan margin keuntungan. Namun, rasional untuk mempunyai perjanjian penyewaan sama dengan mana-mana kontrak yang lain; untuk merekod syarat-syarat secara sah untuk mengelakkan kesangsian. Dalam artikel ini kita akan berbincang tentang kepentingan mempunyai perjanjian penyewaan kepada kedua-dua pihak.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Kadar Sewa Dan Tempoh Yang Tetap Untuk Penyewa

Perjanjian penyewaan dapat mengelakkan pemilik rumah daripada menaikkan bayaran sewa secara sesuka hati sepanjang tempoh sewaan. Penyewa dilindungi daripada apa-apa ketidaktentuan kadar sewa sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam perjanjian. Tanpa perjanjian yang jelas tentang kadar sewa dan tempoh, pemilik boleh meningkatkan kadar sewa dengan tiba-tiba dan penyewa terpaksa mematuhinya atau berpindah dan ini menyebabkan anda memburu pinjaman perumahan. Dengan perjanjian sewa-menyewa yang sah, penyewa dilindungi dalam parameter yang ditetapkan perjanjian.

2. Melindungi Deposit Penyewa

Perjanjian penyewaan penting sebagai bukti bahawa penyewa telah meletakkan sejumlah wang di tangan pemilik sebagai deposit yang boleh dipulangkan. Tanpa perjanjian tersebut, pemilik boleh menafikan sebarang transaksi yang telah berlaku sebelumnya. Pemilik juga boleh memutuskan untuk tidak memulangkan deposit kepada penyewa kerana tiada sebarang bukti.

Tambahan pula, perjanjian penyewaan juga menjelaskan tanggungjawab penyewa dan pemilik sepanjang tempoh penyewaan. Jika kondisi yang dinyatakan tidak dipatuhi oleh pemilik, sebarang bayaran yang sepatutnya tetapi tidak dibayar oleh pemilik boleh menyebabkan kesukaran kepada penyewa.

3. Meningkatkan kuasa meminjam pemilik rumah

Salah satu kriteria yang bank pertimbangkan semasa menyemak skor kredit ialah pendapatan pemohon.Seseorang pemilik boleh menghantar kepada bank suatu perjanjian penyewaan yang sah sebagai bukti pendatan tambahan. Dengan pendapatan sewa, pemohon boleh mempunyai kelayakan yang lebih baik dan peluang kelulusan pinjaman yang lebih tinggi.

Nota : Untuk menentukan kelayakan  pinjaman perumahan anda, sila gunakan kalkulator kelayakan pinjaman perumahan Loanstreet.

4. Perlindungan untuk pemilik

Jikalau berlakunya kes di luar jangkaan, perjanjian sewa-menyewa mempunyai klausa yang melindungi pemilik rumah. Sebagai contoh, jika pemilik rumah mahu menuntut semula premisnya apabila penyewa gagal membayar sewa, pemilik rumah boleh memfailkan saman pengusiran di mahkamah menggunakan perjanjian penyewaan sebagai bukti. Apa-apa pertikaian antara pemilik dan penyewa akan dirujuk kepada kontrak penyewaan. Perjanjian penyewaan juga memberikan hak kepada pemilik untuk menggunakan deposit yang diberi oleh penyewa sekiranya berlaku kerosakan harta benda. Hak untuk tidak memulangkan deposit juga memastikan penyewa mematuhi tempoh masa penyewaan. Ini adalah kerana jika penyewa berpindah keluar dengan tiba-tiba tanpa notis, deposit tersebut tidak akan dipulangkan kepadanya.

5. Adakah Apa-apa Sebab Untuk Tidak Mempunyai Perjanjian Penyewaan?

Terdapat beberapa sebab perjanjian penyewaan tidak dibuat. Sekiranya tempoh sewa ialah kira-kira 3 hingga 6 bulan, anda mungkin keberatan mendrafkan perjanjian itu. Tambahan pula, penyewa yang lebih berminat dengan penyewaan jangka pendek sementara menunggu kerja pengubahsuaian rumah sendiri untuk selesai mungkin lebih gemar akan tempoh penyewaan yang fleksibel.

Terdapat juga pihak yang ingin menjimatkan kos duti setem yang boleh menjangkau hingga beberapa ratus ringgit. Ada juga yang tidak menyediakan perjanjian penyewaan semata-mata untuk mengelakkan kerumitan.

Kesimpulan

Alasan untuk tidak menyediakan perjanjian penyewaan sebenarnya remeh. Kebaikan mempunyai perjanjian tersebut jelasnya melebihi alasan tersebut jadi kami sangat menggalakkan anda untuk menyediakan perjanjian tersebut. Memandangkan kita sedang berbincang tentang penyewaan, anda mungkin juga berminat untuk mengetahui tentang beberapa faktor yang anda harus pertimbangkan sebelum menyewakan premis anda.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan