1) Gunakan kad kredit anda seperti kad caj
Disebabkan jadual bayaran bil bulanan kad kredit dan tempoh bebas faedah, bergantung kepada hari anda membuat transaksi , anda boleh menikmati tempoh bebas faedah diantara 15-50 hari dengan menggunakan kad caj / kad kredit. Ia seumpama anda membuat pembelian tetapi membayar 50 hari kemudian!
Daripada kita menggunakan wang tunai untuk melaksanakan transaksi, gunakan kad caj / kad kredit sekerap mungkin. Pastikan anda membayar amaun keseluruhan apabila penyata tiba.
2) Gunakan kad kredit ganjaran / pulangan tunai
Sekiranya 15-50 hari bebas faedah tidak mencukupi bagi anda, menggunakan kad kredit Ganjaran / Pulangan Tunai secara asasnya memberi anda diskaun kepada SEMUA transaksi yang anda buat menggunakan kad kredit. Bagi mereka yang menggemari kad ganjaran, anda juga boleh berfikir bahawa mata ganjaran bernilai seumpama wang tunai.
Bonust Tip #1 : Bayar Bil Bulanan Selewat Mungkin Menggunakan Kad Kredit
Kebanyakan bil utiliti memiliki tempoh 30 hari untuk pembayaran. Membayar bil menggunakan kad kredit pada saat akhir membolehkan anda memanjangkan tempoh percuma sehingga 45-75 hari.
3) Batalkan dan mohon semula kad kredit sebelum 1 tahun
Kebanyakan bank kini menawarkan pengecualian cukai servis tahunan RM 50 jika anda memohon kad kredit . Gunakan ini secara membatalkan kad kredit sebelum tempoh 1 tahun untuk memastikan anda tidak mebayar sebarang cukai kepada kredit kad anda.
4) Laksanakan transaksi IBG pada pagi hari berkerja
Apabila anda melaksanakan pemindahan secara IBG, bank akan menolak amaun dari simpanan serta merta. Tiada faedah akan dikira pada hari tersebut. Tetapi pemindahan IBG hanya akan dilaksanakan pada pagi hari berkerja sahaja. (Isnin – Jumaat, tidak termasuk cuti umum). Sekiranya anda membuat transaksi pada petang jumaat, anda telah kehilangan pengiraan faedah selama 3 hari.
Pada masa hadapan, cuba lakukan transaksi IBG pada pagi hari bekerja . Tidak ada lagi kehilangan faedah.
5) Gunakan kemudahan membuka dan menutup simpanan tetap di atas talian dengan RHB
Simpanan tetap (FD) memberi kadar faedah yang lebih baik. Tetapi masih ramai meletakkan wang mereka didalam akaun simpanan / semasa untuk aliran tunai dan kemudahan. FD pula memerlukan individu berada di bank untuk mengeluarkan dana.
RHB Now sekarang membenarkan pelanggan membuka FD didalam internet. Apa yang lebih penting, anda juga boleh mengeluarkan FD dari dalam talian. Tidak perlu lagi pergi ke cawangan.
Gunakan kelebihan ini untuk mendapatkan 40 kali ganda kadar faedah dengan memasukkan wang kedalam FD. Masukan / simpanan anda kedalam FD menggunakan perbankan internet dan keluarkan ia apabila perlu.
Tip Bonus#2 : Letakkan FD Anda Dalam Pecahan Kecil
Melalui cara ini, apabila anda perlu menggunakan wang, anda boleh jumlah yang diperlukan sahaja, menghalang dari kehilangan faedah dari keseluruhan wang anda
6) Masukkan wang kedalam akaun semasa pada saat terakhir
Akaun semasa biasanya tidak menjana apa apa faedah . pindahkan wang apabila anda menjangkakan cek akan ditunaikan. Pastikan anda memasukkan pada masa yang betul untuk mengelakkan penalti RM 50 – RM 100 disebabkan ketidakcukupan baki!
7) Bayar pinjaman rumah seawal mungkin setiap bulan
Sekiranya anda memiliki pinjaman perumahan, bayar seawal mungkin untuk berjimat dari faedah. Ini kerana faedah bagi pinjaman perumahan adalah dikira berdasarkan kadar harian ataupun pengurangan baki.
8) Bayar pinjaman peribadi dan kenderaan selewat mungkin
Sebaliknya, lakukan sebaliknya bagi pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi. Bayar hanya pada hari akhir . ini kerana pinjaman seperti ini mempunyai pengiraan faedah secara tetap ataupun rata.
9) Gunakan laman web prrbandingan seperti Loanstreet untuk mendapatkan produk yang sesuai
Apabila mencari pinjaman perumahan, pembiayaan semula , pinjaman peribadi ataupun kad kredit, and tidak perlu lagi pergi ke bank untuk mendengar kelebihan produk bank dari sebelah pihak sahaja. Anda boleh menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan, alat perbandingan pinjama peribadi dan alat perbandingan pembiayaan semula pinjaman perumahan dan mempunyai kuasa untuk memilih. Gunakan kelebihan untuk mendapatkan produk terbaik bagi anda