Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tips Untuk Jimat & Dapat Ganjaran Ekstra Dengan BonusLink di Shell

BY Team Loanstreet

Updated 10 Jun 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.
 

Dengan kerjasama

 

 


Melainkan korang ada rancangan untuk beli kereta elektrik, korang masih kena pakai duit untuk isi minyak. Jadi, why not manfaatkan kad mata ganjaran BonusLink di Shell? Kalau korang ni kerap bawak kereta/motosikal, kami cadangkan korang untuk dapatkan ganjaran lebih sikit dari kos isi minyak tu. Lagi pun, benda free, tak perlu bayar sesen pun untuk pendaftaran.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tapi, chup. Korang familiar ke dengan nisbah perolehan mata ganjaran dan faedah guna kad BonusLink kat Shell ni?

 
Berapa nisbah perolehan mata ganjaran? 1 liter minyak = 1 mata ganjaran

1 litre of V-Power Racing = 1.25 mata ganjaran

RM1 dibelanjakan kat Shell SELECT, deli2go & Costa Coffee = 1 mata ganjaran

BONUS:
  • Dapatkan 25 mata ganjaran bila korang isi minyak sebanyak 125-250 liter/sebulan
  • Dapatkan 75 mata ganjaran bila korang isi minyak sebanyak 251-500 liter/sebulan
  • Dapatkan 150 mata ganjaran bila korang isi minyak lebih dari 125-250 liter/sebulan
Berapa nisbah tebusan mata ganjaran? Untuk setiap 100 mata ganjaran = RM1
Boleh ke gunakan kad ini untuk kumpul/tebus mata ganjaran kat tempat lain? Selain menggunakan mata ganjaran untuk pembelian minyak Shell & jugak barangan seperti makanan ringan, kopi & barangan runcit kat Shell SELECT/deli2go, korang jugak boleh tebus untuk dapatkan gajet, F&B dan banyak lagi dari katalog Bonuslink. 
Mata ganjaran terkumpul boleh luput ke? YA, mata ganjaran Bonuslink sah selama 3 tahun. Selepas bulan ke-36, mata ganjaran terkumpul akan tamat tempoh secara bulanan. 
 

Setiap mata ganjaran tu bernilai. Jadi, boleh ke Shell BonusLink bagi nilai keseluruhan yang terbaik?

 

Yang bestnya, Shell BonusLink offer nilai keseluruhan yang terbaik daripada perbelanjaan duit korang; tak terhad untuk isi minyak ataupun apa-apa pembelian kat stesen minyak je.

Meh kami bagi pencerahan sikit. Sekali pandang, mata Shell BonusLink yang dikumpul mungkin nampak macam ciput je.Tapi, kalau korang isi minyak lebihi 125 liter sebulan, korang boleh dapat ekstra mata ganjaran. Memang bagus sangat kalau kereta korang jenis banyak makan minyak.

Lagi satu, kalau korang ambil kira nisbah penebusan yang instant iaitu 100 mata ganjaran untuk minyak ataupun item dari Shell SELECT/deli2go bernilai RM1, korang actually dah boleh buat penebusan pertama dalam beberapa minggu je!

 


 

Lagi best, Shell tengah tawarkan insentif terhad dari 1 November hingga 31 Disember 2021, di mana bagi setiap 200 mata yang dikumpul dalam masa sebulan, korang akan diberi baucar tunai Shell RM5 melalui aplikasi BLINK yang korang boleh gunakan untuk isi minyak atau beli produk kat Shell SELECT.
 

“Camne nak kumpul 200 mata ganjaran BonusLink ni?”

Ada banyak cara nak kumpul mata ganjaran tu laju-laju. Boleh rujuk kat bawah ni untuk beberapa cadangan:

 

 

Kami nak ingatkan yang ni cuma beberapa idea cara kumpul 200 mata ganjaran BonusLink dalam masa sebulan kat Stesen Minyak Shell supaya korang  boleh nikmati baucar tunai Shell RM5. Korang bebas untuk memadankan item korang mengikut kehendak dan keperluan korang.

Selain tu, untuk ganjaran yang lebih hebat, korang jugal diberi kelonggaran untuk memperoleh dan menebus mata ganajaran daripada rakan kongsi BonusLink lain macam KK Mart, Ambank, Agoda dan Parkson, atau item lain daripada katalog BonusLink.

Kalau belum, jangan lupa muat turun aplikasi BLINK. Pastu, gunakan kod referal: B214419233 untuk mendaftar; boleh dapat extra 100 mata ganjaran dan baucar Shell bernilai RM4. Jangan cakap kami tak payung kay.  

Jadi, apa pendapat korang? Rasa-rasanya, kat mata ganjaran Shell BonusLink ni akan jadi pilihan korang ke? Kongsikan dengan kami kat ruangan komen FB. Jangan lupa untuk cek update harga minyak mingguan kami setiap hari Rabu.

Sambil-sambil isi minyak tu, jangan lupa pasal mata ganjaran tau. Pandu elok-elok, semua!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta