Okay, tapi apa benda OPR ni?
Kepada yang tak sure apa benda lah OPR ni - dia adalah benchmark untuk pinjaman komersial dan kadar deposit yang akan dicaj oleh Bank (pemberi) kepada Bank lain (peminjam) untuk pinjaman dana.
Lepastu kan, kadar yang ditetapkan bukan lah random ye, tapi macam-macam faktor ekonomi dipertimbangkan macam inflasi, perkembangan ekonomi, risiko yang berkemungkinan untuk jadi - basically, tinjaun keseluruhan ekonomi negara kita. BNM akan adjust kadar tu mengikut berapa banyak wang mengalir versus berapa banyak dalam simpanan negara.
Macam mana dia akan affect korang, dari segi kewangan? Selain Ringgit yang makin lemah…
1. Kos untuk pinjaman akan semakin berkurang
Kadar OPR yang lemah akan mendorong bank tempatan untuk adjust kadar dasar pinjaman (BLR) dan juga kadar dasar kewangan (BFR). Ini akan menjejaskan kadar faedah - maksudnya, kos yang rendah untuk pinjaman atau refinancing pinjaman rumah sedia ada.
Sebagai contoh, kadar dasar untuk Maybank ialah 2.75% sebelum diorang announce penurunan OPR. Sekarang, jadi 2.5% pulak. Dengan ni, kadar faedah untuk kadar pinjaman sedia ada akan di-adjust mengikut kadar yang bersesuaian, maksudnya peminjam akan nampak pengurangan dalam monthly payment diorang. Dan, pinjaman yang baru akan ikut kadar semasa.
So, sama ada pinjaman kereta ke, pinjaman peribadi ke, pinjaman rumah atau kredit kad ke, korang akan dapat manfaat daripada low OPR ni. Sebagai seorang pengguna, korang punya kapasiti perbelanjaan akan meningkat dan boleh lah korang save. Lepastu, dapat pulak korang bayar semula dalam tempoh yang singkat.
2. Pendapatan faedah dari simpanan dan simpanan tetap (FD) akan berkurang.
Kalau korang ada simpanan dengan hasil faedah yang tinggi atau korang invest dalam simpanan tetap (FD) ke, perkara ni mungkin akan buat korang tak happy sebab OPR yang rendah akan menyebabkan kadar faedah dalam akaun korang ni berkurang (sama ada ada potongan atau kadar faedah yang rendah).
Jadi, admin nak suggest supaya korang semak balik saving atau strategi pelaburan korang supaya boleh dapat pulangan yang optimum. Tapi, kalau korang letak duit korang sebelum kadar diubah, nilai pulangan akan still sama.
3. Ni lah waktu sesuai untuk invest dalam Dana Pelaburan Hartanah Malaysia (M-REIT).
Disebabkan kadar faedah pembayaran dah berkurang, maksudnya semua pelabur akan dapat lebih banyak saving dan jana lebih banyak pendapatan. Dengan tu, korang juga boleh tambah investment korang lah.
Masa tahun 2020, Affin Hwang Capital Research dah share yang dalam masa yang panjang, OPR yang rendah akan mengurangkan kos kewangan M-REIT dan dapat menjana pendapatan, walaupun ada impact yang kecil pada keuntungan jangka pendek.
So, apa pendapat korang pasal OPR baru ni? Share la dengan admin.
BACA JUGA:
-
Moratorium Pinjaman BNM Nak Tamat. Ni Apa Korang Perlu Buat!
-
Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.