Ni dia cara untuk korang bayar hutang PTPTN secara online banking:
Ada beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian. Sebagai contoh, Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat dan juga Public Bank.
Ni contoh cara untuk bayar melalui CIMB Click:
Sumber: Fateha Fatin
- Pertama sekali, layari laman web CIMB Bank Berhad, https://www.cimbclicks.com.my.
- Login ID dan Password.
- Pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN.
- Pilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
- Kemudian akan keluar ruangan untuk isi nombor I/C dan juga nombor telefon.
- Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran pada ruangan ‘Amount and When’
- Klik √ pada ruangan ‘save a favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala
- Klik ‘Make Payment’
Kalau korang nak bayar PTPTN guna e-wallet pun, boleh jugak.
Ni dia cara nak bayar PTPTN guna e-wallet:
Touch 'n Go |
|
---|---|
Boost |
|
Selain dari perbankan online dengan e-wallet, boleh je korang nak bayar PTPTN secara online dengan JomPay, direct debit dan FPX.
Sumber: SSPNi Plus
Korang ikut langkah ni satu-persatu:
- Masuk ke laman web rasmi PTPTN, kemudian cari ikon ‘JomPay’.
- Masukkan no i/c. Nanti sistem akan tunjukkan ‘biller code’ dan ‘reference no’ untuk buat pembayaran PTPTN untuk korang isikan.
- Kemudian barulah korang akan masuk ke sistem ‘online banking’.
- Kalau nak buat transaksi pembayaran balik melalui ‘Direct Debit’ korang kena daftar dulu permohonan ‘Direct Debit’ kat laman web PTPTN.
- Akhir sekali, buat pengesahan maklumat akaun bank di ‘PTPTN Online Payment Gateway’, terima resit pembayaran dan cetak ‘Akuan Penerimaan Permohonan Direct Debit’.
Mudah, kan? Apa sekalipun cara pembayaran online pilihan korang, pastikan korang bayar tau hutang PTPTN, korang. Kalau bayar ansur-ansur pun takpe tau korang, asalkan hutang korang habis juga nanti.
Kalau korang tak bayar balik PTPTN, ni masalah yang bakal menyusahkan hidup korang:
1. Skor kredit terjejas
Melalui laporan CCRIS, pihak bank boleh tahu corak bayaran balik PTPTN yang tak konsisten dan korang akan disenarai hitamkan dalam laporan CCRIS. Bila dah jadi camni, susahlah korang nak buat loan macam perumahan, kereta, dan kad kredit.
2. Tidak boleh keluar negara
Kalau tak bayar hutang PTPTN, korang akan dimasukkan dalam senarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bukan setakat nak melancong, nak renew passport pun tak boleh!
3. Boleh didakwa
Pihak PTPTN akan keluarkan dua notis peringatan bayaran balik PTPTN dan juga notis tuntutan sekiranya korang tak buat bayaran balik. Kalau masih tak buat pembayaran atau sebarang perundingan, PTPTN akan dakwa korang kat mahkamah.
Jadi, kalau korang tak nak tak dapat susah, jadilah peminjam yang bertanggungjawab. Korang bolehlah slow-slow mula bayar hutang PTPTN korang.
Tapi sebelum nak bayar tu, pastikan korang kena semak dulu baki PTPTN. Korang boleh KLIK SINI untuk check baki PTPTN korang.
So, mana satu cara pembayaran PTPTN secara online pilihan korang? Jangan lupa share di komen FB post kami tau.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: