Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Ini SATU Tip Kad Kredit Yang Anda Tak Pernah Dengar!

BY Team Loanstreet

Updated 06 Dec 2022




Dengan kerjasama 

Apa yang buatkan anda memilih kad kredit yang sesuai untuk anda? Selalunya ada dua kriteria yang anda perlu pilih, sama ada kad yang meluas digunakan tapi tak banyak ganjaran ATAU kad yang sangat ekslusif tapi tak boleh digunakan di kebanyakan kedai.

Ini satu tip untuk membantu anda: apa kata pilih kad yang boleh buat kedua-duanya sekali?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Banyak ganjaran DAN digunakan secara meluas

UnionPay International (UPI) telah bekerjasama dengan pelbagai peniaga dan jenama tempatan bagi memastikan pemegang kad boleh menggunakannya di mana jua. Kini, 90% daripada ATM dan 80% daripada peniaga di Malaysia boleh menerima kad UPI untuk membuat bayaran!

Tiga bank kini mengeluarkan kad UPI bagi sesiapa yang ingin menjadi sebahagian daripada rangkaian kad antarabangsa ini iaitu Public Bank (PBB), Bank of China (BOC) dan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC).

Rakyat Malaysia kini memilih untuk menggunakan kad UnionPay bagi segala keperluan harian dan juga sewaktu bercuti. Tahukah anda, pada 2016, lebih daripada separuh urus niaga yang menggunakan kad UnionPay keluaran Malaysia berlaku di dalam negara dan juga di sekitar Asia Tenggara! 

Sudah tentulah ada sebabnya kenapa semakin rakyat Malaysia yang memilih untuk menggunakan kad UnionPay. Antara manfaat yang mereka boleh perolehi adalah tawaran bebas cukai di sekitar 100 lapangan terbang di seluruh dunia.

Dengan kehadiran di sekitar 170 negara dan rantau, anda boleh menikmati tawaran eksklusif di lebih daripada 10,000 peniaga dan lokasi yang terpilih. Juga dikenali sebagai "Global Shopping Fiesta", majoriti daripada diskaun dan tawaran yang diberi adalah antara yang tertinggi di peniaga masing-masing, semestinya peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Bagi sesiapa yang ingin mengikuti tawaran terkini daripada UnionPay, program U Plan menyediakan maklumat yang tempat buat para pelancong. Syarikat Malaysia sendiri, Valiram Group, adalah sebahagian daripada program ini, membenarkan rakyat untuk memilih daripada pelbagai jenama seperti Charles & Keith, Bath & Body Works, TWG dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, U Collection yang disediakan khas buat pemegang kad Platium dan Diamond juga menawarkan pengalaman mewah dengan pelbagai kategori iaitu U Dining, U Shopping, U Hotel, U Lifestyle, dan U Travel.

Antara tawaran tempatan yang boleh anda pilih termasuklah Legoland, Ramada Plaza Hotel, Jurlique, Trip.com dan Samy & Min.

Ambil kesempatan ini!

Dengan penggunaan UnionPay yang semakin meluas, datangnya satu lagi rangkaian kad kredit yang mampu memberi saingan yang sihat buat industri kewangan peribadi di negara ini, dan ini akhirnya akan memberi manfaat kepada pengguna. Untuk maklumat lanjut tentang kad UnionPay yang ditawarkan di Malaysia, lihat maklumat lanjut di sini.

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!