1. Sediakan Bajet Bulanan
Disebabkan bulan puasa ni keperluan dia agak berbeza dengan bulan-bulan sebelumnya, pastikan korang agihkan perbelanjaan korang terlebih dahulu.
Sumber: FB Nur Aliah Mohd Nor
Kalau korang perasan, "50/30/20 rules of thumb" ni memang biasa kami syorkan bila nak mula rancang kewangan. Sebenarnya rules ni pun korang modify sikit bila korang nak kira bajet puasa tau.
Ni cara untuk korang agihkan perbelanjaan korang:
50% keperluan. | Contohnya: barang dapur, duit minyak, bil elektrik, bil air |
---|---|
30% keinginan |
Contohnya: Baju raya branded, kuih raya pelbagai jenis, buffet ramadhan kat hotel |
20% matlamat. | Contohnya: Simpanan untuk kecemasan, insurans dan perlindungan |
Bila korang dah agihkan perbelanjaan, barulah korang boleh rancang menu setiap minggu ikut bajet yang korang dah tetapkan.
2. Masak sendiri juadah berbuka puasa
Kadang-kadang, masa bulan Ramadhan nilah kita dok “teringin” nak makan juadah istimewa. Bila korang teringin, ada baiknya kalau korang masak sendiri juadah yang korang nak makan.
Sumber: Portal Rasmi Myhealth
Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je. Kalau korang masak sendiri, korang dah jimat banyak. Tak caye?
Cuba korang bayangkan, dengan kos RM100, korang mungkin boleh beli bahan-bahan masakan untuk sekeluarga dalam 3 hari ke seminggu.
Sumber: Rasa.my
Kadang-kadang, bahan-bahan yang korang beli boleh je guna dalam beberapa lauk lain. Bandingkan perbelanjaan kalau korang beli kat bazaar hari-hari?
Misalnya, sehari korang belanja kat bazaar adalah dalam RM20, kalau seminggu? Dah RM140. Kalau sebulan korang belanja kat bazaar, korang dah habiskan RM600 tau!
Kalau korang takde pilihan jugak, korang boleh guna tips ni masa pergi bazaar nanti:
3. Pergi Bazaar bila waktu berbuka dah dekat
Haish sedapnya kuih-muih dekat bazaar, tapi apakan daya, RM1.00 dapat 2 ketul je. Kuihnya pulak, sekali ngap, hilang terus.
Sumber: Sarawakvoice.com
Sebab tu lah korang kena pergi beli juadah berbuka bila dah nak masuk waktu berbuka. Selalunya penjual akan turunkan harga sebab diorang nak kasi habis semua makanan.
Kalau tak habis jual, basi pulak. Air yang berwarna-warna bak pelangi senja tu pun sama, semua jadi murah, tak pun percuma terus.
Sumber: Air Balang
Contohnya, sebungkus air kat bazaar harga dia RM4.00, tapi kalau korang beli time bazaar dah nak tutup cuma RM2.00 (separuh harga kot!).
Apa-apa pun, ada baiknya korang buat perbandingan harga sebelum nak beli juadah berbuka. Pastikan harga yang ditawarkan berpatutan dan setimpal dengan hidangan yang ditawarkan.
4. Bawak duit cukup-cukup je bila pi bazaar Ramadan
Pegi bazaar hujung-hujung waktu pun tak guna jugak kalau korang bawak duit berkepuk.Yelah, kalau dah semuanya murah, lagi syok la korang memborong juadah berbuka.
Jadinya, untuk elakkan korang lupa daratan, setkan bajet cukup-cukup. Contohnya, untuk yang bujang, kalau bajet makan bulanan korang tu RM300.00, RM10.00 sehari untuk berbuka memang dah ngam.
Dengan RM10, ni contoh juadah yang korang boleh dapat:
-
Nasi ayam, RM6.00
-
Kuih 3 biji, RM1.50
-
Air balang, satu cawan, RM2.50
So, korang beli je lah apa yang korang mengidam sepanjang hari tu, asalkan tak lebih bajet.
5. Rajin-rajin bukak puasa dengan saudara-mara
Nama pun bulan mulia, manfaatkan lah bulan ni untuk eratkan silaturrahim. Dapat jugak eratkan duit dalam bank akaun korang.
Sumber: Suara.com
Yang bestnya, kalau keluarga korang besar, lagi macam-macam jenis juadah berbuka korang boleh kongsi, kalah buffet ramadhan. Meh kita buat kira-kira, berapa banyak korang boleh jimat.
Kalau makan sorang:
Nasi Berlauk: RM7.00
Air: RM4.00
Murtabak: RM5.00
Jumlah: RM16.00
Tapi kalau makan ramai-ramai, korang cuma beli nasi bungkus korang je. Air dengan kuih/murtabak boleh kongsi.
Kos Air: 4 bungkus air x RM4.00 = RM16.00/10 orang = RM1.60
Kos Murtabak: 2 keping murtabak x RM5.00 = RM10.00/10 orang = RM1.00
RM7.00 + RM 1.60 + RM1.00 = RM9.60 (Tengok, tak sampai RM10 pun)
Makna nya, cukuplah bawak RM10 pergi bazaar Ramadan.
Kalau parents atau pakcik makcik korang suka masak banyak-banyak, korang bawak jelah buah ke kuih. Buat syarat je.
Kalau nak pergi bazaar pun tak sempat…
6. Buka puasa kat masjid
Peluang ni sekali setahun je tau, kalau tak manfaatkan sebaiknya, rugilah. Bagus apa berbuka puasa kat masjid. Pahala berbuka dapat, pahala masuk masjid pun korang dapat tapau sekali.
Sumber: Musafir Kehidupan
Lauk-pauk berbuka pun boleh tahan gempak. Kalau nasib korang baik, ada je dermawan yang sumbangkan makanan sedap-sedap. Mekdi pun ada!
Dah habis terawih jangan lah balik terus, ade moreh kot. Disebabkan COVID-19, kebanyakan Masjid akan bungkus makanan.
Tak payah malu-malu, ambik je apa yang ada. Kalau boleh, bawak plastik atau beg sekali - boleh ambik lebih untuk sahur nanti.
Sebenarnya, tak salah pun kalau korang nak beli barang raya awal. Cuma, pastikan korang:
7. Bezakan antara keperluan dan keinginan
Misalnya, kalau korang nak beli baju raya, korang boleh tanya soalan-soalan camni:
-
Baju ni boleh pakai banyak kali tak?
-
Kalau beli warna ni, boleh match dengan aksesori lain tak?
-
Kalau beli mahal-mahal ni, berbaloi tak? Ke setakat dapat brand je?
Bila korang tanya soalan-soalan ni, secara tak langsung korang dapat bezakan samada korang ni berbelanja ikut keperluan atau nafsu semata-mata.
Ukur baju kat badan sendiri, bukan kat badan jiran sebelah. Biar berjimat, asal jangan berhutang kemudian hari.
Jimat, jimat jugak. Zakat, sedekah dan amal jariah jangan dilupa…
Jimat dengan bakhil tu lain ye kawan-kawan. Bila kita berjimat, tak bermaksud kita lupa terus tanggungjawab kita pada golongan yang fakir.
Pastikan korang ada sediakan peruntukan untuk bayar zakat fitrah. Seelok-eloknya bayarlah awal, sebelum hari raya. Nak lagi berkat, tambahkan sedekah dan amal jariah semampu yang boleh. Dalam rezeki kita tu, ada jugak rezeki orang lain.
So, sekarang ni, korang dah fahamlah apa yang patut korang buat, kan?. Sekurang-kurangnya, lepas raya nanti takdelah korang azab sangat sebab duit dah habis, tak gitu?
Korang ada tak tips berjimat yang lain? Jangan lupa share dan komen di FB post kami tau.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
-
Duit Raya: Berapa Nak Kena Bagi? Ini Panduan Untuk Nak Bajet
-
Cara Menjadi Pengguna Yang Bijak Menjelang Musim Perayaan Aidilfitri
-
Nak Balik Kampung Dengan Senang Hati? Korang Cubalah Tips Ni