Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Stress PKP 3.0? 11 Tempat Rawatan Psikiatri Berpatutan

BY Team Loanstreet

Updated 01 Sep 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.


Baru-baru ni, admin pasti korang tahu yang pihak kerajaan umumkan PKP 3.0 disebabkan kenaikan kes yang sangat mendadak. 6K hingga 7K sehari! Banyak tu! Tak campur lagi dengan kes kematian harian disebabkan Covid-19 tu.

Disebabkan PKP 3.0 ni juga lah, banyak kes bunuh diri kita boleh dengar hari-hari dekat media sosial kita. Ni semua rata-rata sebab kehilangan source of income untuk sara keluarga diorang. Mengikut Datuk Seri Abd Jalil Hassan, Ketua Polis Selangor, pada 1 Julai 2021, ada 281 lelaki dan 1,427 wanita yang telah bunuh diri daripada 2019 hingga Mei tahun ni.


Image source: Media sosial
Image source: Media sosial

Untuk kurangkan kes bunuh diri ni, trend “Kibaran Bendara Putih” diviralkan sebagai inisiatif untuk bagi tahu jiran-jiran yang diorang sangat memerlukan bantuan - tak kisahlah dari segi kewangan ataupun makanan. Mula-mula trend ni dapat sambutan daripada pihak atasan tapi lepastu diorang decide untuk ban trend tu. Ramai tak puas hati dengan tindakan ni sebab ni semua akan menjadi faktor external untuk buat orang rasa lagi tertekan dan kes bunuh diri pun naik.

Kalau korang rasa korang hilang semangat, tak boleh focus dan takda semangat untuk hidup, tu semua tanda-tanda awal kemurungan. So, kalau korang alami ni semua, admin syorkan untuk pergi jumpa pakar psikiatri. Ni admin listkan 11 tempat rawatan untuk kemurungan. Jangan risau, tempat yang dilistkan semuanya berpatutan yang golongan B40 pun mampu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Pusat Kaunseling Selangor (PKS)

Harga: Ada yang percuma/perlu bayar (RM200-sejam) 



Service di Pusat Kaunseling Selangor

Disebabkan sekarang PKPD di Selangor, so diorang akan membantu pesakit dari segi online sama ada melalui video call atau telefon je untuk gantikan face-to-face session. Korang juga boleh refer pada Facebook Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat untuk maklumat lebih lanjut.

Contact: 03 5519 050
WhatsApp: 013 300 9291

Apa yang best?
  • Sesuai untuk korang dapatkan khidmat nasihat dari staf professional.
Apa yang tak best?
  • Rawatan percuma mungkin tak cukup untuk severe depression so kena bayar RM200 sejam untuk rawatan lagi professional.
 

2. Befrienders

Harga: Percuma


Number telefon Befrienders dekat seluruh Malaysia.

Befrienders ni adalah sebuah khidmat talian bantuan dan sokongan emosi yang dikendalikan oleh sukarelawan. Kalau korang rasa takde tempat nak meluahkan perasaan, platform ni sesuai sangat sebab talian Befrienders ni aktif 24/7. Bagi yang tak percaya betul ke talian ni on sepanjang masa, relaks sebab admin dah try waktu tengah malam dan ada sukarelawan. Befrienders yang angkat call tu. Tapi ada juga yang complaints panggilan mereka tak dilayan so korang kena prepare ni, okay?

Tapi itu lah, bergantung kepada jumlah kes yang diorang terima, mungkin Befrienders tak mampu nak reply korang serta-merta.

Contact: 03 7627 2929
Email: sam@befrienders.org.my
Skype: BefKL Skype1


Feedback daripada pengguna Befrienders dekat Twitter.

Apa yang best?
  • Panggilan ke talian Befrienders adalah percuma kalau korang menggunakan Celcom, DiGi, Maxis, Telekom Malaysia, TIME dotcom, UMobile, Webe atau YTL.

Apa yang tak best?
  • Tak cukup untuk bergantung kepada platform ni je, pesakit masih perlu mendapatkan rawatan klinikal kat hospital.
  • Platform yang disediakan (talian sokongan, Skype dan emel) tak sesuai untuk semua pesakit.
 

3. The Help Talk

Harga:
RM200- face-to-face session (1 jam)
RM192- sebulan bagi online messaging dengan pakar terapi tanpa sebarang had dikenakan.


Image source: Google

Untuk yang rasa tak selesa untuk open up to strangers melalui panggilan telefon tu, admin syorkan untuk try The Help Talk ni. Konsep dia sama macam mana-mana online messaging.

Melalui platform ni, korang boleh chat dengan pakar terapi sepuas-puasnya. Cuma itulah, pakar terapi selalunya akan reply chat korang 2 kali sehari je, Isnin sampai Jumaat.

Jadi, mana yang nak try tu, korang boleh download app dia dekat Google Play secara percuma. Tapikan korang, app ni cuma available untuk Android users je. Yang guna iOS, harap bersabarlah ye.

Lagi satu, sebelum start chatting, korang kena jawab beberapa soalan dulu untuk pastikan pakar terapi korang match dengan masalah korang.

Apa yang best?
  • Subscription bagi online messaging boleh dibatalkan pada bila-bila masa.
  • Sesuai untuk pesakit yang lebih selesa dengan sesi terapi one-to-one.

Apa yang tak best?
  • Tak sesuai untuk pesakit yang berada dalam situasi kecemasan. Contohnya, ada fikiran untuk membunuh diri.
  • Chat korang akan lambat direply
  • Tak boleh dapatkan preskripsi ubat.
  • Hanya untuk pengguna Android.
 

4. Malaysian Mental Health Association (MMHA)

Harga:
RM100- satu sesi bersama certified counsellor
RM120- sesi pertama
RM150- sesi bersama pakar
RM180- sesi pertama bersama pakar


Logo MMHA

Kalau korang rasa sesi ni mahal, admin ada berita baik iaitu MMHA juga memberi subsidi kepada klien yang tak mampu untuk sesi rawatan di sana. Di sini juga terdapat pakar-pakar yang hebat yang akan merawat korang secara online semasa PKP 3.0 ni. Korang boleh buat appointment dekat sini.

Contact: 017-613 3039.


Feedback daripada Facebook.

Apa yang best?
              •  Pakar yang best ada dekat sini
Apa yang tak best?
              •  Kos rawatan mungkin terlalu mahal untuk sesetengah orang.
 

5. RELATE Malaysia

Harga:
RM120- ujian saringan (report keputusan ujian akan diberikan sekali)
RM45- satu sesi terapi individu selama 50 minit dengan pelatih
RM1500- sesi terapi individu selama 50 minit dengan pakar psikiatri

Source: Facebook Relate Malaysia

RELATE Malaysia tawarkan sesi terapi secara online je, so, sesuai sangat terutama masa PKP ni. Korang akan ada sesi secara online seperti video call dengan pakar terapi. Antara rawatan yang ditawarkan adalah ujian saringan, sesi terapi individu dan berkumpulan - bergantung yang mana korang rasa selesa.

Selalunya, pakar terapi RELATE Malaysia akan sarankan bentuk terapi yang sesuai dengan tahap masalah kesihatan mental korang. Contohnya, macam behaviour therapy, cognitivite therapy atau interpersonal therapy, tapi takda sebarang paksaan dalam rawatan yang diberikan. Korang bebas untuk pilih bentuk rawatan yang korang rasa sesuai dengan diri korang. Sebelum dapatkan rawatan, korang diwajibkan untuk ambil ujian saringan terlebih dahulu.

Boleh tengok website diorang di sini.
Email: inquiries@relate.com.my


Feedback daripada Facebook.

Apa yang best?
               •  Keputusan ujian saringan boleh digunakan sebagai surat rujukan untuk mendapatkan rawatan kat hospital.
Apa yang tak best?
               •  Tak boleh dapat preskripsi ubat.
 

6. Thrive Well

Harga: RM50 (satu sesi untuk B40)


Image source: Facebook Thrive Well

Thrive Well ni sebenarnya satu komuniti yang ditubuhkan untuk bantu semua orang yang mempunyai masalah mental tak kira bangsa, status income dan juga umur sebab sekarang ni even kanak-kanak pun ada yang ada masalah mental, kan? So institusi ni sesuai untuk sesiapa yang, terutamanya, daripada golongan B40.

Kenapa?

Sebab Thrive Well dah beri subsidi fee pada golongan B40 sebanyak RM50.
Tapi, harga rawatan juga depends pada status income korang sama ada korang layak atau tak untuk dapat subsidi tu.

Contact: +6018-900-3247
Email: info@thethrive.center


Feedback daripada Facebook users.

Apa yang best?
  • Sesi rawatan hanya RM50 je untuk B40.
Apa yang tak best?
  • Harga rawatan tak sama mengikut status income so mungkin sesetengah M40 tak mampu.
 

7) Cara Cara Mental Fitness

Harga:
RM50- Sesi dengan trainee counsellors
RM80- Sesi dengan pakar

Image source: Facebook Cara-cara.

Cara-cara tawarkan rawatan tak mengira agama, budaya, sexual preference dan jantina. Diorang juga mempunyai harga yang sangat murah untuk rawatan mental, so, kepada sesiapa yang tak mampu atau takda budget, boleh juga visit tempat ni. Untuk PKP 3.0 ni, diorang tawarkan online sessions dengan pesakit tapi sekarang ni, mereka hanya buka rawatan untuk orang yang dah register je sebab dah terlalu ramai book.

So, korang kena selalu usya website atau media sosial diorang kalau nak update untuk sesi kaunseling. Korang boleh book session korang di sini.

Email: caracara.space@gmail.com 



Feedback daripada customers diorang.

Apa yang best?
  • Kos rawatan yang sangat murah dengan pakar-pakar.
Apa yang tak best?
  • Sesi diorang dah fully book buat masa sekarang so kena tunggu untuk register for next batch.
 

8. MY Confidential

Harga: RM50-250 (satu sesi)

Image source: Facebook MY Confidential.

MY Confidential ni sebuah private NGO yang ditubuhkan untuk one-to-one sesi kaunseling dengan  interns dan students yang pakar dalam bidang psikologi dan juga pakar mereka. Harga berubah mengikut kepakaran kaunselor diorang. Diorang juga beroperasi daripada 10am hingga 9pm secara online.

Contact: 018-913 6688
Email: booking.myconfidential@gmail.com.



Feedback daripada customers.

Feedback daripada customers.

Apa yang best?
  • Harga yang sangat berpatutan untuk sesiapa kurang budget.
Apa yang tak best?
  • Tak dapat preskripsi ubat untuk yang memerlukan.
 

9. The Mind Faculty (TMF)

Harga: RM80-RM350

Image source: Facebook The Mind Faculty.

Walaupun ni klinik swasta, tapi The Mind Faculty tawarkan harga yang sangat berpatutan untuk korang reach out for help atau memerlukan rawatan psikologi. Mereka ada 20 pakar dalam bidang psikiatri, psikologikal, sesi kaunseling ataupun complimentary therapy. Mereka juga ada pakar daripada TMF. Wow, kan?? Korang perlu call untuk buat appointment ya! Walaupun sesi korang secara online.

Contact:  03-6203 0359.

Feedback daripada customers.

Apa yang best?
  • Mereka juga memberi preskripsi ubat kalau korang memerlukan.
  • Buka pada hari Sabtu.

Apa yang tak best?
  • Harga mungkin terlalu mahal untuk sesetengah orang.
 

10. MentCouch Psychology Centre

Harga:
RM100- trial session
RM 200- sesi pertama
RM299- sesi kedua dan keatas

Image source: Facebook MentCouch Psychology Centre.

MentCouch Psychology Centre ni pula sebuah pertubuhan yang membantu bukan je orang dewasa tapi juga kanak-kanak dari segi kaunseling, sesi one-to-one, sesi secara berkeluarga dan diorang juga akan tolong korang cara pernafasan dan cara relax yang betul untuk tolong mengurangkan kemurungan korang. Diorang juga ada buka kelas yoga untuk bantu korang atasi masalah mental korang semuanya secara online. Selain tu, diorang juga ada tawarkan Virtual Reality Therapy session. Cool, kan??

Contact: 03-2712 9372
Email: services@mentcouch.com



Feedback daripada customers.

Feedback daripada customers.


Apa yang best?
  • Diorang juga beroperasi pada hari Sabtu.
  • Ada sesi yoga dan meditation.
Apa yang tak best?
  • Takda preskripsi ubat.
  • Harga yang quite mahal untuk sesetengah orang.
 

11. HumanKind Community Counselling

Harga: RM50 (satu sesi)


Image source: Facebook HumanKind.

HumanKind Community Counselling ni sebuah mental health service yang famous dengan harga sesi diorang yang sangat affordable so admin yakin ramai yang mampu ni, kan? Dengan harga daripada RM50 je, diorang tawarkan kos-kos lain seperti pengunaan ruang di tempat diorang dan juga lain-lain. Diorang juga setia untuk terima klien yang ada masalah kewangan untuk bayar walaupun harga sesi diorang dah cukup murah. Korang cuma perlu bagitahu diorang tentang masalah kewangan korang, then, you’re good to go! Diorang ni tak discriminate customers so sebab tu diorang terima je klien yang tak cukup duit pun. Dengan harga yang murah, korang boleh dapat sesi daripada pakar secara online. Korang boleh book appointment korang di sini.

Email: communitycounseling@humankind.my


Feedback daripada customers.

Apa yang best?
  • Harga yang murah dan diorang juga bantu untuk orang yang tak mampu nak bayar.
Apa yang tak best?
  • Takda preskripsi ubat.
 

Dengan Tu, Admin Nak Suggest Cara-Cara Untuk Korang Kawal Stress Korang Kalau Terlalu Overwhelm.

Admin syorkan korang untuk try:

  • teknik jumping rope. Mengikut satu sumber daripada BBC News, teknik ni dapat mengurangkan stress wanita tu dan teknik ni juga dah selamatkan dia daripada berasa tertekan.
  • take a 30-min walk di luar rumah korang. Kalau korang keluar dan dapat Vitamin C dan Vitamin D daripada matahari pagi dan hirup udara segar, boleh bantu untuk kurangkan stress korang.
  • berzumba. Admin personally rasa teknik ni sangat membantu kalau admin rasa stress. So, korang boleh try teknik ni sambil dengar lagu upbeat atau apa-apa lagu favourite korang.
  • kurangkan caffeine intake. Kalau korang ada anxiety, admin suggest untuk korang kurangkan coffee intake sebab ni boleh trigger lagi anxiety korang tau.
Teknik ni semua admin dah try dan admin rasa sangat membantu untuk mengurangkan anxiety dan stress, so, admin harap korang cuba juga, okay?


Image source: Google


Lagi satu, kalau korang nak kepastian apa yang korang tu rasa hanya stress ataupun memang betul-betul tertekan, admin nak suggest untuk korang cuba 21 soalan untuk  DASS Test (Depression Anxiety Stress Scale test) ni. Tapi ingat, ni bukan diagnosis cuma untuk reference je.

Take care. Kita jaga kita.



*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
















 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)