Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

3 Teknik Selamat Balik Kampung Sewaktu PKP (Macam Yes)

BY Nisya Aziz

Updated 11 May 2021




Pejam celik pejam celik, dah setahun lebih kita dalam musim pandemik Covid-19 ni ye. Kalau bukan PKP, kita dalam PKPB atau PKPP - lepas tu ulang balik semula.  

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pun dah tak lama lagi. Tapi tu lah, ni dah 2 tahun raya takde feel sebab kes Covid-19 semakin bertambah naik. PKP macam tak berkesan, kes turun kejap pastu naik. Nak harap vaksin, lambat lagi baru semua orang dapat. Memang mood tahun ni potong lagi lah!

Yang buat lagi sedih bila gomen buat announcement kita kena PKP 3.0 balik. Bukan saja, perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung masa cuti perayaan Aidilfitri TAK DIBENARKAN, nak ziarah rumah jiran sebelah pun TAK BOLEH. Aduh!

*cue lagu Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf*

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Tapi takpe, kami ada terjumpa video kat Youtube oleh BAGEROWTH ONE pasal teknik balik kampung masa PKP. Admin pun rasa tertarik untuk nak share dengan korang. Emm… dia ada pesan supaya tak viralkan teknik ni, tapi takkanlah admin nak simpan benda ni sorang-sorang. Sharing is caring, kan? 

Lagi satu, teknik ni ada kelebihan dia yang tersendiri tau. Contohnya, boleh sampai ke destinasi dengan cepat dan jimat, pergerakan secara selamat dan sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Malahan, teknik ni jugak takkan bagi masalah untuk korang balik ke tempat kerja lepas Hari Raya nanti. Best ke tak?

Haaa… semoga teknik yang admin nak dedahkan ni bermanfaat untuk korang time-time tengah stress k. Tenangkan diri dan teruskan membaca.

 

Ini dia teknik balik kampung dalam PKP yang di-share-kan tu:

1. Pintu Destinasi



Mungkin korang dah lupa pasal animasi Doraemon. Kalau korang tak ingat, Doraemon kan ada sebuah poket ajaib dan korang boleh mintak pintu destinasi ni untuk balik ke kampung. Yang bagusnya pintu ni, korang boleh singkatkan jarak dari satu tempat ke satu tempat - jimat masa dan tenaga. Cuma ada satu masalah, pintu ni masih tak dapat dicari dalam dunia nyata - ianya masih teori dan Doraemon tu hanya animasi.
 

2. Pergerakan melalui udara



Selalunya pergerakkan ni akan dilakukan oleh seorang penyelamat (baca: superhero!) untuk menyelamatkan masyarakat yang dilanda masalah (korang). Mesti korang tengah terfikir siapa individu ni, kan?  

Dia mempunyai rambut separa bulan melekat kat dahi, siapa lagi kalau bukan Superman. Dia adalah antara manusia yang sanggup untuk menolong masyarakat yang ditimpa kesusahan. Maksudnya dia dapat menolong korang untuk menyelesaikan masalah balik ke kampung. Tapi cons dia kat sini ialah Superman ni tak wujud.

Sebelum korang sebut Marvel atau Avengers, harapan je lah. Ada yang tengah sibuk hidup dalam dunia ilusi dan ada tengah lawan musuh baru. Dr Strange pulak tengah sibuk bermeditasi - tak boleh nak bukak portal. Iron Man apatah lagi, dah meninggal, lagi tak dapat tolong!

 

3. Pergerakan sepantas kilat



Teknik ni hanya ada pada seorang individu je. Tau tak siapa? Goku dari Dragon Ball. Dia pelajari teknik ni di sebuah planet selepas berjaya mengalahkan dan membunuh musuh dia, Frieza. Point dia ialah pergerakan ni dapat membawa kita balik kampung yang dijamin selamat dan tak perlu masa yang lama. Cuba korang bayangkan…

 

Ala, janganlah kecam pulak ye...

Admin cuma nak bergurau, ceriakan hati yang sayu sebab tak dapat beraya di kampung. Jangan lupa share artikel ni dengan kawan dan keluarga - buat gelak bersama. 

Tapi, ingat - walaupun tak dapat balik, duit raya kena jalan jugak. Kalau tak, menunggu je lah anak-anak buah dan saudara-mara kita tu. In case korang tak tahu berapa nak bagi, boleh baca artikel ni untuk bajet duit siap-siap.

Apa-apa pada sesiapa yang masih tak renew insurans kereta/motosikal, jangan tunggu lama-lama. Siapa nak cover nanti kalau apa-apa tak diingini berlaku?  Lagipun sekarang semua dah boleh buat online. Kalau nak renew boleh klik DI SINI.

Akhir kata, kami, Team Loanstreet, nak mintak maaf lah kalau ada apa-apa yang kurang. Kami akan cuba untuk menjadi lebih baik. Selamat Hari Raya!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)