SUMBER PENDAPATAN YANG BOLEH DITEROKA
Ekonomi Digital?
Sememangnya, hasil pendapatan negara akan jatuh merudum pada tahun ni. So, apa yang kerajaan boleh lakukan adalah dengan meneroka sumber pendapatan baharu instead of bergantung kepada cukai pendapatan mereka yang makan gaji dan syarikat semata-mata akibat wabak ni. Antara kaedah yang nampak solid adalah dengan menerusi pemerkasaan ekonomi digital.
Kerajaan PN boleh meneruskan usaha murni kerajaan PH dalam memperkasakan ekonomi digital menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2020 lalu. NFCP ni dijangka akan memberikan manfaat kepada sehingga 4.14 juta premis di seluruh negara dan mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan. Malah potensi ekonomi digital ni besar dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK negara sebanyak 21% pada tahun 2022. Then, teknologi 5G pun dah ada sekarang, so why not kerajaan jangan lepaskan opportunity ni untuk revitalise ekonomi negara kita?
Kredit: BERNAMA
Apabila ekonomi digital kita rancak dan strategi percukaian digital juga dapat dikembangkan dan diselaraskan, kerajaan akan menerima hasil cukai pendapatan dan cukai yang berkaitan daripada industri ni. Malah, peluang pekerjaan yang wujud juga akan membantu rakyat untuk menambah sumber pendapatan dan akan dibelanjakan dekat shopping mall, kedai makan dan sebagainya, which is akhirnya industri ni akan dapat bayar corporate tax dekat government. Malah, pemerkasaan ekonomi digital ni akan beri manfaat dekat semua chain of supply dalam negara kita terutamanya local supplier. So, peluang pekerjaan memang akan mencanak naik sebab nak cover ramai yang hilang kerja baru-baru ni.
Baca juga: Influencers Pun Kena Bayar Cukai? Ini Info Pasal Ekonomi Digital
Come Back GST!
Kredit : https://www.thesundaily.my/
Satu lagi sumber pendapatan yang viable adalah pelaksanaan semula GST dengan kadar yang minimum dalam 2-4%. Masa GST diperkenalkan dulu, memang ramai orang marah sangat, namun ramai yang tak sedar masa tuh yang mereka dapat bantuan BRIM pun sebab dari hasil GST. GST ni bagi extra income RM20 bil dekat kerajaan pada masa tu.
Then, bila SST diperkenalkan semula oleh PH, hasil SST kurang 20 bil balik, which is sangat terkesan semasa wabak covid ni berlaku. Namun, nak implement semula GST ni kena ada kajian menyeluruh dan kena dengan masa yang sesuai. Kerajaan tak boleh buat suka-suka je memandangkan cukai adalah perkara yang sensitive di Malaysia. Siapa je yang suka bayar cukai kan?
Baca juga: Apa beza SST dan GST? Ini 5 Perkara Yang Ramai Salah Faham
Jimat, Rationalise & Telus?
Sumber pendapatan ni boleh datang dari pelbagai sumber antaranya penjimatan dan penyusunan semula Bajet 2020 mengikut keutamaan sektor, asalkan negara mempunyai lebihan wang dalam akaun. Pada ketika ni, sektor kesihatan dilihat sebagai sektor yang sangat penting dalam memerangi wabak pandemik. Hari ni mungkin Covid-19, esok lusa mungkin Covid- 20, 21,22 dan selanjutnya.
Jadi, seharusnya keutamaan patut diberikan kepada sektor ni dalam memastikan impak jangka panjang terhadap faktor kesihatan rakyat dapat dikurangkan. Selain itu projek-projek yang terkandas juga perlu diteruskan bagi merancakkan semula supply chain dan ekonomi kita ni.
Dalam hal ni, kerajaan perlu transparent agar rakyat tahu ke mana hasil negara dapat dibelanjakan. Barulah, rakyat happy dan akan membantu tahap pematuhan kepada pembayaran cukai. Cukai dapat, kerajaan pun happy!