Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa beza SST dan GST? Ini 5 Perkara Yang Ramai Salah Faham

BY MK Zainal

Updated 06 Dec 2022




Sebelum kita mula artikel ni, ini dia perbezaan ringkas antara sistem percukaian GST dan SST. Buat tatapan umum, sesuai untuk semua lapisan masyarakat:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Goods and Services Tax (GST) Sales and Service Tax (SST)
Cukai berperingkat bagi semua pihak di rantaian bekalan, peniaga boleh claim balik GST Cukai di peringkat kilang sahaja
Skop pelaksanaan yang luas, hampir semua barang dikenakan dengan GST (kecuali dinyatakan) Dikenakan pada produk dikilangkan dan produk diimport tertentu sahaja, serta perkhidmatan tertentu sahaja. 
  • Kadar: 6%
  • Sesetengah bekalan dikenakan GST sifar atau dikecualikan
  • Cukai jualan: 5% atau 10% (masih dalam perbincangan)
  • Caj perkhidmatan: 6%
Merangkumi 60% daripada Kumpulan Barangan dan Perkhidmatan Indeks Pengguna

Merangkumi 38% daripada Kumpulan Barangan dan Perkhidmatan Indeks Pengguna

Bila Menteri Kewangan mengumumkan yang SST akan diperkenalkan semula untuk menggantikan GST, maka ramailah netizen yang tiba-tuba jadi pakar percukaian dan buat kira-kira tentang mana satu yang akan buatkan barang jadi lagi murah. Masalahnya, kira-kira ni semua adalah berdasarkan teori sahaja, dan cuma relevan di dunia sempurna. Tapi apakan daya, dunia kita hanyalah sementara dan penuh dengan perkara-perkara lagha. Sebab bila SST kembali dilaksanakan, ini sebenarnya soalan-soalan yang kita perlu tanya:

1. Boleh ke korang dikenakan kedua-dua cukai 10% dan 6%?

Secara teknikalnya, pengguna hanya membayar cukai 6% bagi perkhidmatan yang tertentu. Cukai 10% tu pulak hanya dikenakan di peringkat kilang.

Tapi sesetengah orang memang nak kira daripada awal rantaian bekalan. Katakanlah korang beli air tongkat ali kat restoran lima bintang, air tu dah kena cukai jualan 10% kat kilang, lepas tu restoran kenakan lagi cukai perkhidmatan 6%. Walaupun cukai ke atas pengguna bukanlah 16%, ada yang anggap harga akhir dah dipengaruhi oleh cukai awal.

Tapi GST pun boleh sebabkan harga yang mahal jugak. Dengan GST, setiap pihak kena bayar cukai 6% yang mereka boleh claim balik daripada kerajaan. Tapi proses claim balik ni ambil masa. Tiap-tiap bulan kena bayar 6% kat kerajaan, tapi lepas berbulan-bulan baru dapat bayaran balik. Jadi ada peniaga yang tingkatkan harga untuk jaga cashflow masing-masing. 

Pendek kata, janganlah order air tongkat ali kat restoran lima bintang.

2. Betul ke cukai jualan dikenakan di satu peringkat sahaja?

Kerajaan menyatakan caj jualan 10% akan dikenakan ke atas produk yang dikilangkan dan produk import yang tertentu sahaja. Tapi macam mana pulak kalau kilang tu guna barang daripada kilang yang lain? Kalau kilang laptop Acer beli microchip daripada kilang Intel, kena cukai jualan dua kali ke?

Buat masa sekarang kita hanya boleh menunggu Rang Undang-undang untuk tahu apa yang dicukaikan dan apa yang tidak.

3. Boleh ke peniaga kenakan caj lain selepas SST?

Ya, boleh. GST atau SST adalah cukai yang dibayar kepada kerajaan. Tapi ada sesetengah peniaga yang mengenakan caj perkhidmatan yang mereka gunakan untuk pekerja masing-masing (kira macam upah atau tip la). Selalunya jenis perniagaan yang terlibat adalah 'hospitality' macam restoran, hotel, dan spa. Mereka boleh tetapkan caj perkhidmatan sendiri, tapi masih perlu dinyatakan kepada pengguna (biasanya dalam bil/invois).

Kenapa tak naikkan gaji pekerja terus? Sebabnya, oleh kerana caj ni bergantung kepada hasil jualan/perkhidmatan, ia akan menaikkan semangat mereka untuk bekerja keras. 


4. Adakah harga barang akan lebih murah lepas SST?

Ini soalan yang paling ramai nak tahu sebenarnya, tapi paling susah nak jawab. Sebab tak kiralah cukai apa pun yang dilaksanakan, peniaga masih boleh guna pelbagai alasan untuk naikkan harga.

Apa yang kita tahu, setakat ni kerajaan mengumumkan yang pengenalan semula SST hanya akan melibatkan 38% bakul barangan berbanding GST yang melibatkan 60% bakul barangan. Kita semua masih menanti-nanti senarai barangan apa yang dikecualikan, tapi harap-harapnya ia adalah barangan keperluan harian, terutamanya untuk golongan sederhana dan golongan miskin.

Antara barang yang disebut akan dikecualikan adalah sardin, insurans kesihatan individu, dan susu formula bayi. Benda yang akhir sekali tu memang penting, korang yang ada anak pasti tahu betapa sakitnya nak beli susu budak tiap-tiap bulan.

5. Betul ke sistem GST lebih telus daripada SST?

Ya, seperti yang disahkan oleh Menteri Kewangan sendiri. Sistem GST lebih telus sebab setiap pihak dalam rantaian bekalan nak tuntut balik cukai yang dibayar. Dengan SST, mana-mana pihak (yang bukan pengilang) boleh naikkan harga sesuka hati, malah pengilang boleh berpakat dengan syarikat-syarikat lain untuk "lari daripada cukai".

Tapi seperti yang dinyatakan tadi, perlaksanaan GST sebelum ini adalah tidak efisien. Peniaga kena tunggu berbulan-bulan untuk claim GST. Malah ada peniaga-peniaga kecil yang tak berdaftar pun dengan GST sebab tak mampu nak bayar kos mengambil akauntan, melatih pekerja, pergi kursus dan sebagainya.

SST boleh dilaksanakan selagi mendapat pantauan teliti

Adakah pemansuhan GST sebenarnya satu langkah politik bagi kerajaan PH untuk menjatuhkan BN? Mungkin ya, mungkin tidak. Apa yang penting, kerajaan baru kena sangat teliti dalam melaksanakan sistem ini supaya ia tidak membebankan lagi pengguna. Ini termasuklah membuat pantauan terhadap setiap rantaian pembekal dan membuat pengecualian terhadap barang-barang yang sepatutnya.

Kita sebagai rakyat pun perlu peka kepada peniaga yang mengambil kesempatan. Sebelum ni kami ada tulis artikel pasal cara-cara elak kena tipu lepas cukai baru dijalankan, di mana ada pelbagai website untuk periksa harga barang. Jadi kalau korang perasan resit korang naik dua tiga kali ganda, jangan harapkan viral kat Facebook je, pergi lapor ke pihak berkuasa!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)