Apa tu ekonomi digital?
Menurut laman web LHDN, ekonomi digital ni didefinisikan sebagai:Ekonomi digital adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada ekonomi berdasarkan penggunaan teknologi digital.
Sebarang transaksi perdagangan yang dijalankan menerusi teknologi digital, termasuk aktiviti pemberian maklumat, promosi dan pengiklanan, pemasaran, pembekalan atau penghantaran barangan atau perkhidmatan, meskipun pembayaran dan penghantaran berkaitan transaksi ini mungkin dijalankan di luar talian.
Secara mudahnya kalau korang nak faham adalah apa sahaja aktiviti yang melibatkan sumber pendapatan yang korang boleh buat duit daripada penggunaan teknologi digital walaupun korang dibayar secara luar talian. Sebagai contoh mudah, kalau korang ni instafamous yang membantu mempromosikan produk di laman sosial korang dan menerima bayaran, korang wajib isytihar pendapatan korang dan bayar cukai tau kalau perlu!
SEKTOR | CATATAN | AKTIVITI |
---|---|---|
Jualan Runcit | Dropship, ejen, stokis | Terima tempahan, ambil tempahan, pembungkusan produk, menerima bayaran dan penghantaran. |
Pengangkutan dan lojistik | Sewa kenderaan, tiket atas talian, perkhidmatan pos | Tempahan perkhidmatan, bayaran, Insuran, Penghantaran |
Perkhidmatan Kewangan | Bank, Payment Gateway, Wang digital, kredit kad, debit kad, kad keahlian, kad kesetiaan | Pengesahan status kewangan, mengeluarkan pengesahan |
Pembuatan dan pertanian | Cetakan 3D | Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran. |
Pembuatan dan pertanian | Cetakan 3D | Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran. |
Pendidikan | ebook, tutor dalam talian, tutorial dalam talian | Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran. |
Penjagaan kesihatan | Doktor atas talian, farmasi atas talian | Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran. |
Penyiaran dan Media | Memuat naik video (youtube), fotografi (perkhidmatan sebagai jurukamera dan menjual gambar) | Penciptaan kandungan , memuat naik video, terima bayaran |
Sharing Economy | Menyediakan platform, apps dan mengenakan caj (airbnb, uber, grab) | Tempahan perkhidmatan, Bayaran |
Langganan | Komik dalam talian, akhbar dalam talian, streaming video, penstriman audio | Pendaftaran, bayaran |
Perkhidmatan | Infrastruktur sebagai perkhidmatan, perisian sebagai perkhidmatan, pengurusan acara/program, perancang perkahwinan | Tempahan perkhidmatan, Bayaran |
Pengiklanan | Blogger, instafamous, insta review | Penciptaan kandungan, muat naik, bayaran |
Crowdsourcing | Mengumpul dana melalui pelancaran sesuatu projek. Contohnya projek pembangunan aplikasi | Penciptaan kandungan, pembuatan prototaip, muat naik, terima dana/bayaran |
Menjual produk digital | Data, ebook, aplikasi | Penciptaan kandungan, muat naik, bayaran |
Mata wang digital | Jual beli dan menghasilkan wang digital (Bitcoin, Ripper,Ethereum etc) | Penjual, Pembeli dan Pelombong (miner) |
Sumber: LHDN
Peraturan tentang cukai bagi ekonomi digital ini sama je macam pendapatan daripada perniagaan biasa yang tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kalau korang/syarikat korang tertakluk kepada kategori di atas, terdapat beberapa perkara yang korang kena patuhi iaitu:
- Berdaftar dengan LHDNM dan mempunyai nombor cukai pendapatan
- Melaporkan pendapatan/kerugian yang diterima daripada aktiviti perniagaan dan aktiviti ekonomi digital
- Melengkapkan dan menghantar Borang e-B (borang cukai) secara e-Filing
- Membuat bayaran cukai (ByrHASiL)
Apa yang menarik, terdapat perbelanjaan yang digunakan untuk perniagaan korang yang boleh dituntut iaitu:
Dibenarkan | Tidak dibenarkan |
---|---|
Perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan. Contoh:
|
1. Perbelanjaan domestik dan persendirian. Contoh: Bil elektrik dan bil air rumah kediaman 2. Perbelanjaan beli aset peribadi Contoh:
|
Korang tahu tak bahawa korang boleh dapatkan potongan Elaun Modal dan juga insentif kerajaan yang lain?

i. Elaun modal
Potongan Elaun Modal atas aset perniagaan boleh dituntut dan ditolak selepas pengiraan pendapatan larasanKadar Elaun Modal

ii. Tolakan khas bagi kos perbelanjaan pembangunan laman web sebanyak 20% selama 5 tahun. (PU (A) 101 Rules 2003)
iii. MSC Status Company daripada Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. (MDEC)
Syarikat hendaklah memenuhi syarat kelayakan aktiviti MSC seperti berikut:
- Penerusan penyelidikan, pembangunan dan penyediaan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan perkhidmatan / penyelesaian berasaskan Web yang berkaitan dengan carian, direktori dan pengiklanan.
- Penyediaan sokongan profesional, teknikal, latihan dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan penyelesaian / perkhidmatan berasaskan Web.
iv. Taraf Perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
Syarikat yang mendapat MSC Malaysia Status Company layak untuk memohon Taraf Perintis dibawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
v. Elaun Cukai Pelaburan (ECP) di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Syarikat yang mendapat MSC Malaysia Status Company layak untuk memohon Elaun Cukai Pelaburan bagi perbelanjaan modal yang dilakukan (CAPEX).
Jika korang menawarkan perkhidmatan digital kepada negara luar dari Malaysia dan keliru adakah korang akan dikenakan cukai, korang boleh merujuk kepada jadual kat sini.
Tidak kira sama ada korang ingin menuntut perbelanjaan atau tidak, berikut adalah senarai dokumen dan rekod yang perlu disimpan oleh korang selama 7 tahun sebagai bukti kepada pihak LHDN:
- Penyata dari payment gateway (Paypall, ipay88, MOL, dll)
- Perbelanjaan domestik dan persendirian
- Penyata bank
- Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan (seperti Nuffnang, Google Adsense, dll)
- Invois jualan dan rekod belian
- Pengesahan jualan dan belian melalui e-mel, dll
- Dokumen perjanjian
- Resit asal bagi setiap pelepasan / belanja yang dituntut, dll
Tak kira lah sama ada korang ni bekerja dengan perkhidmatan digital atau tidak, korang tetap kena tunaikan tanggungjawab korang untuk membayar cukai sekiranya perlu. Kalau korang perlu lebih tips mengenai cukai ni, korang boleh baca banyak lagi artikel lain mengenai cukai dekat sini.
Akhir sekali, admin harap korang akan lebih alert dengan tanggungjawab korang sebagai membayar cukai walaupun korang buat perkhidmatan secara digital dan jangan sampai ada lembaga (Lembaga Hasil) datang dan buat suprise untuk korang pulak.
BACA JUGAK:
- 9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!
- Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan
- Bayar Zakat Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?
- 5 Cara Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan 2019