Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pembiayaan Peribadi vs. Kad Kredit: Jom Pilih Dengan Bijak!

BY Team Loanstreet

Updated 20 Jan 2026




Dengan Kerjasama

 
Jujur cakap, siapa je tak pernah terperangkap dalam situasi macam ni? Yuran sekolah nak kena bayar, emergency perubatan mak ayah, kereta kesayangan buat hal sebelum gaji masuk, atau akhirnya anda dah bersedia nak pindah rumah sendiri. Apa jua pun sebabnya, anda confirm perlukan duit lebih, dan anda perlukannya cepat.

Maka, datanglah soalan yang famous ni: Patut ke saya swipe kad kredit je, atau terus mohon pembiayaan peribadi?

Memang susah nak buat keputusan, betul tak? Panduan ini, yang dibawakan khas oleh Co-opbank Pertama (CBP), akan tolong anda selesaikan dilema ni dengan pendekatan dua langkah yang mudah difahami, tak kira bank mana pun yang anda pilih.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Langkah 1: Kad Kredit Berbanding Pembiayaan Peribadi



 

Bila Nak Guna Yang Mana? Kad Kredit VS Pembiayaan Peribadi

 
a.    Kad Kredit Paling Best Bila:
  • Anda boleh langsaikan hutang tu sepenuhnya dalam masa sebulan dua.
  • Anda perlukan duit serta-merta (on the spot).
  • Jumlah yang diperlukan kecil je (bawah RM2,000).
  •  Anda nak kumpul mata ganjaran atau cashback yang lumayan.
  • Anda perlukan perlindungan pengguna untuk barangan yang dibeli.
     
b.    Pembiayaan Peribadi Lebih Sesuai Untuk:
  • Jumlah yang besar (RM5,000 dan ke atas).
  • Perbelanjaan yang dah dirancang dan anda perlukan tempoh bayaran balik 1 hingga 3 tahun.
  • Nak satukan hutang lama (debt consolidation) kad kredit yang banyak tu.
  • Urusan besar (major life events) seperti yuran pendidikan, kos perubatan, atau repair rumah.
  • Anda lebih suka bayaran bulanan yang tetap dan tak berubah-ubah.
 

Realiti Kos

 
1. Kad Kredit
  • Selalunya 15-18% setahun
  • Faedah boleh dikompaun kalau anda tak bayar penuh
  • Cash advance ada yuran tambahan (biasanya 5%) dan kadar faedah lebih tinggi
  • Kalau bayar minimum je, anda mungkin terikat dengan bebanan hutang pada jangka masa yang lama
     
2.    Pembiayaan Peribadi
  • Kadar tetap: Berbeza ikut penyedia (biasanya 3-8%)
  • Tiada kompaun—anda tahu total kos dari hari pertama
  • Pembayaran balik yang tersusun tu bagus untuk disiplin kewangan
  • Lebih sesuai untuk keperluan jangka sederhana hingga panjang
     
 

Perbandingan Ringkas

 
Ciri Kad Kredit Pembiayaan Peribadi
Faedah/Keuntungan Tinggi, dikompaun kalau tak bayar Tetap, tak ada kompaun
Bayaran Balik Fleksibel (tapi berisiko) Tersusun dan boleh dijangka
Paling Sesuai Untuk Jangka pendek, jumlah kecil Komitmen besar, yang terancang
Ketelusan Kos Boleh jadi mengelirukan Sangat telus dari awal
Tahap Risiko Tinggi kalau tak clear penuh  Rendah kalau anda buat perancangan

Contoh Situasi: Abang Adam Kena Pindah


Adam, seorang penjawat awam, kena pindah kerja ke Sabah dan perlukan RM5,000 untuk deposit sewa, tiket kapal terbang, dan perabot asas. Jom kita tengok dua pilihan dia.



Pilihan A: Guna Cash Advance Kad Kredit
  • Faedah: ~17% setahun
  • Yuran cash advance: ~5% (RM250)
  • Kalau Adam bayar RM200 sebulan, baki faedah terus dikompaun
     
Anggaran total kos: ≈ RM6,800 (dalam tempoh 30+ bulan)

Pilihan B: Mohon Pembiayaan Peribadi
  • Contoh kadar untuk penjawat awam: serendah 3.45%
  • Ansuran bulanan tetap
  • Jadual bayaran balik yang jelas

Anggaran total kos (tempoh 3 tahun): ≈ RM5,540 (RM154/bulan)
 

Pecahan Kos

 
Senario Kad Kredit Pembiayaan Peribadi
Duit Yang Diperlukan RM5,000 RM5,000
Total Kos ~RM6,800 ~RM5,540
Bayaran Bulanan Berubah-ubah RM154 (tetap)
Jenis Bayaran Balik Fleksibel, dikompaun Tersusun, mudah dijangka
Kesimpulan: Kad kredit memang superb kalau anda bayar balik penuh setiap bulan. Tapi, untuk jumlah besar yang anda akan bawa untuk tempoh yang panjang, pembiayaan peribadi selalunya akan jimatkan duit dan kurangkan stres kewangan anda.

Nota: Angka yang diberi cuma contoh sahaja. Kadar sebenar bergantung pada profil anda, rekod kredit, dan polisi penyedia pembiayaan.
 

Langkah 2: Pembiayaan Islamik vs. Pembiayaan Konvensional


Dah settle isu kad kredit vs. pembiayaan peribadi? Sekarang, kita masuk fasa kedua: Nak pilih yang mana, Islamik atau Konvensional?



 
●    Pembiayaan Islamik (Patuh Syariah)
Pendekatan ini ikut prinsip Syariah, fokus pada keadilan dan ketelusan. Ia guna model kadar keuntungan berbanding faedah (riba). Kos telah ditetapkan secara tetap dari awal. Anda tahu total bayaran anda, dan tak ada kejutan tersembunyi.

Ramai rakyat Malaysia pilih ini sebab pegangan agama, tapi ada juga yang pilih kerana ia lebih telus dan senang diramal.

●    Pembiayaan Konvensional
Ini adalah cara perbankan tradisional yang biasa kita dengar. Ia menggunakan kadar faedah, sama ada tetap atau berubah-ubah. Selalunya ada pelbagai struktur pinjaman dan pilihan bayaran balik.

Kalau anda selesa dengan perbankan standard dan terma yang ditawarkan ngam dengan situasi anda, pembiayaan konvensional pun boleh jadi pilihan yang bagus.
 

Perbandingan Ringkas

 
Ciri Pembiayaan Islamik Pembiayaan Konvensional
Struktur Patuh Syariah, beretika Berasaskan faedah
Jenis Kadar  Kadar keuntungan tetap Boleh tetap atau berubah-ubah
Ketelusan  Sangat Tinggi Bergantung pada produk
Sesuai Untuk Ketelusan + keadilan Anda yang selesa dengan perbankan standard
Kata Akhir: Tak ada satu pun yang lebih baik. Pilihan anda bergantung pada keutamaan peribadi dan tawaran mana yang memberi terma yang paling menguntungkan untuk situasi kewangan anda.
 

Pilihan Yang Wajib Anda Pertimbangkan: Pembiayaan Peribadi i-Lestari CBP


Kalau anda ni kakitangan kerajaan atau profesional yang bekerja dalam sektor awam di Malaysia, tawaran CBP mungkin paling kena dengan situasi anda.

CBP memang pakar dalam menyediakan pembiayaan Islamik kepada penjawat awam, kakitangan GLC, dan pekerja badan berkanun, yang direka khas mengikut keperluan kerja kerajaan.
 
Ambil semula kawalan kewangan anda. Jom mohon Pembiayaan Peribadi i-Lestari Co-opbank Pertama (CBP) hari ini.


Apa Kelebihan CBP?


a.    Memang Khas untuk Kakitangan Kerajaan
Syarat kelayakan mengambil kira struktur gaji dan kontrak kerajaan yang berbeza:
 
Jika anda berjawatan tetap:
  • Layak dengan pendapatan minimum RM1,500 (termasuk elaun)
  • 3 bulan perkhidmatan pun dah boleh mohon
  • Kadar serendah 3.45%
     
Jika anda berkontrak:
  • Pendapatan minimum RM2,000 (termasuk elaun)
  • Perlukan 1 tahun perkhidmatan
  • Kadar bermula dari 4.00%
     
Ini termasuklah kakitangan GLC, badan berkanun, dan profesional sektor awam, tak kira jawatan tetap atau kontrak

b.    Kadar Tetap, Terma Clear
Sebab guna struktur Patuh Syariah, anda dapat kadar keuntungan yang tetap tanpa kompaun. Ansuran bulanan anda kekal sama dari mula sampai habis, dan tiada yuran tersembunyi yang akan buat anda terkejut di kemudian hari. Kontrak yang telus—memang apa yang anda nampak, itulah yang anda bayar.

c.    Proses Yang Hormat Masa Anda
Kalau dokumen lengkap, kebanyakan permohonan boleh diluluskan dalam masa 3-4 hari je. Memang direka untuk memudahkan urusan anda.

d.    Pendekatan Koperasi
CBP beroperasi sebagai bank koperasi, jadi penekanan diberikan pada pembiayaan yang bertanggungjawab—membantu ahli meminjam mengikut kemampuan sebenar, bukan sekadar nak bagi pinjaman maksimum.
 

Pembiayaan Peribadi vs. Kad Kredit: Panduan Ringkas

 
Bila Pilihan Ini Sesuai Huraian
Kad Kredit Berbaloi  Bila jumlah yang diperlukan kecil (bawah RM2,000), dan anda yakin boleh langsaikan hutang tu secepat mungkin. Atau anda perlukan cash segera/ingin kejar ganjaran kad.
Pembiayaan Peribadi Pilihan Terbaik Bila jumlah besar (RM5,000 ke atas), dan anda perlukan tempoh lama untuk bayar balik. Anda nak gabungkan hutang sedia ada. Anda membiayai perbelanjaan penting yang dirancang (seperti pendidikan atau perubatan). Anda sukakan bayaran bulanan yang stabil tanpa kejutan.
Pilih Pembiayaan Islamik Anda nak urusan kewangan yang Patuh Syariah. Atau, anda lebih suka struktur yang telus, beretika, dan kadar tetap tanpa pengkompaunan.
Pilih Pembiayaan Konvensional  Anda selesa dengan cara bank tradisional beroperasi. Ciri-ciri produknya memang menepati keperluan anda. Anda dah bandingkan terma dan ia memberikan manfaat yang paling best.
 

Buat Pilihan Dengan Ilmu di Dada

 
Cara kita urus duit ni memang penting...



...memahami beza antara swipe kad kredit dan mengambil pembiayaan peribadi boleh selamatkan ribuan ringgit dan mengurangkan tekanan mental juga penting. Sama juga dengan perbezaan antara pilihan Islamik dan konvensional.

Tak kisah la anda pilih CBP i-Lestari atau mana-mana penyedia, pastikan anda ingat perkara ni:
  • Tahu kos sebenar yang anda bayar.
  • Pastikan ansuran bulanan tak bebankan bajet anda.
  • Pinjam untuk perkara yang betul-betul beri manfaat atau selesaikan masalah besar.
  • Kena ada pelan yang jelas macam mana nak bayar balik.
     
Keputusan pembiayaan yang bijak akan bagi anda ruang bernafas untuk hadapi cabaran hidup, bukannya menambahkan masalah!

Penafian: Artikel ini diterbitkan semata-mata untuk tujuan pendidikan. Semua angka dan data yang dipaparkan adalah sebagai ilustrasi. Kadar sebenar, fi (yuran), kriteria kelayakan, dan terma adalah tertakluk kepada penilaian individu dan polisi CBP yang berkuat kuasa. Sila dapatkan pengesahan tawaran terkini secara langsung daripada CBP atau institusi kewangan pilihan anda.
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2026

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2026

Azam Tahun Baru Nak Menabung? 7 Cara Simpan Duit Yang Realistik & Tak Menyeksakan

Azam Tahun Baru Nak Menabung? 7 Cara Simpan Duit Yang Realistik & Tak Menyeksakan