Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kadar Faedah Tetap Vs Kadar Faedah Terapung

Updated 19 Oct 2018 – By Loanstreet


Sebagai peminjam, antara perkara pertama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih pinjaman adalah kadar faedah (atau kadar keuntungan bagi pembiayaan Islam). Komponen kadar faedah pinjaman itu sendiri boleh menjadi kadar tetap ataupun terapung (juga dikenali sebagai berubah).

Kadar faedah tetap tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Oleh kerana itu, peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran setiap bulan. Ini adalah yang paling sesuai untuk peminjam yang tidak mahu apa-apa kejutan dalam komitmen bulanan mereka.

Kadar faedah terapung adalah berdasarkan Kadar Rujukan (contohnya BLR, BFR, OPR, KLIBOR) yang boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman. Kadar Rujukan ini dikawal oleh bank (contohnya BLR) atau ditentukan pasaran (contohnya OPR) dan boleh berubah pada masa itu juga, yang melibatkan pengiraan faedah pinjaman. Perubahan dalam faedah yang perlu dibayar boleh menjejaskan 2 perkara:

  1. Peningkatan dalam jumlah pembayaran bulanan.
  2. Peningkatan dalam tempoh pembayaran pinjaman

Satususunan kadar faedah / keuntungan terapung biasanya kelihatan seperti ini:

Kadar Rujukan (+ ATAU -) x%

Bersama-sama dengan Kadar Rujukan itu, Komponen (+ ATAU -) dan 'x%' menentukan bagaimana murah / mahal pinjaman itu. Apabila membandingkan antara pinjaman yang berbeza, peminjam biasanya mementingkan kedua 2 komponen, memandangkan komponen Kadar Rujukan biasanya sama di antara bank-bank yang berbeza. Sebagai contoh:

  • Bank A - BLR (6.6%) - 2%
  • Bank B - BLR (6.6%) - 2.1%

Bedasarkan contoh di atas, Bank B mempunyai pakej pinjaman yang murah. Dan kadar faedah aktif pada masa pengiraan untuk Bank B menjadi 4.5%.

Kesimpulan

Secara umunya, kadar faedah lebih rendah pada masa-masa yang bermasalah dan lebih tinggi dalam masa yang baik. Pilihan yang paling biasa yang diambil oleh peminjam hari ini adalah Kadar Pinjaman Terapung disebabkan oleh kadar faedah yang lebih murah pada paras semasa berbanding dengan pakej Kadar Tetap yang ada hari ini. Tetapi jika anda mencari sesuatu yang boleh diramal, maka pakej Kadar Tetap mungkin lebih sesuai untuk anda.

Jika anda tidak pasti, gunakan wizard perbandingan milik Loanstreet untuk memutuskan sama ada untuk memilih Kadar Tetap atau Terapung. Dengan cara ini, anda boleh membandingkan pakej yang terbaik yang ditawarkan oleh kedua-dua pilihan.

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Boss Tak Bayar Gaji On Time, INI Apa Yang Korang Boleh Buat

Boss Tak Bayar Gaji On Time, INI Apa Yang Korang Boleh Buat

Kesan dan langkah elak muflis

Berapa senang nak diisytiharkan sebagai muflis?

Budget Bajet 2019

Bajet 2019: 8 Perkara Yang Bagi Kesan Pada Anda