Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

BY Team Loanstreet

Updated 29 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini telah diterjemah dari “[UPDATED] Avoid Being Cheated by These BLACKLISTED Property Developers!” oleh Faiz Rahim.  Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Nak buat pelaburan hartanah ni bukannya mudah. Entah-entah, peluang sekali seumur hidup je. Kalau boleh, bila dah pilih syarikat yang kita rasa sesuai, janganlah kelentong-kelentong. Tu penting jangan ‘over excited’ sangat dengan janji-janji manis pemaju hartanah. Nak tak nak, kena hati-hati sebab ada yang dah di blacklist.

Kalau korang tengah dalam proses survey beli rumah ke apa, haa stop dulu untuk baca artikel ni. Lagi-lagi, kalau tak nak kena tipu dengan pemaju hartanah. Katakan pulak korang dah ditipu, ni admin nak bagitau apa yang patut korang buat!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum beli rumah, kena semak status pemaju hartanah dulu.

Sebagai langkah berhati-hati, korang kena buat pemeriksaan dulu kat pemaju hartanah sebelum beli. Mana lah tahu, diorang pernah ada kes perumahan terbengkalai ke apa. 

Baru-baru ni, Jabatan Perumahan Negara (JPN) ada keluarkan senarai ter-latest pemaju hartanah yang dah di senarai hitam (pada Mac 2024) mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 [Akta 118].

Kalau nak tahu, senarai ni dibahagikan mengikut 4 kategori:

 

1) Pemaju hartanah tanpa lesen


FYI, pemaju hartanah kena ada lesen dan permit yang sah sebelum start projek perumahan dan jual kepada orang ramai. Memang salah lah kalau pemaju hartanah takde dua benda ni mengikut Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan). Selalunya, diorang akan display lesen dan permit kat pamphlet, brochure atau kat galeri jualan.
 

Antara pemaju hartanah yang ada dalam list adalah:
 

  • SPS Setia Sdn. Bhd.
  • Syahira Development Sdn. Bhd.
  • Sinar Fadzilat Sdn. Bhd. / Lurah Pantas Sdn. Bhd.
  • SL Works Force Development Sdn. Bhd.
  • Andaman Timor Sdn. Bhd.
  • Cosmic Master Sdn. Bhd.


Nak senarai penuh? Klik sini: Senarai Pemaju Perumahan Tanpa Lesen (setakat 31 Jan 2024).

 

2) Pemaju hartanah yang ada projek terbengkalai


Ada banyak sebab untuk satu projek boleh jadi terbengkalai. Mungkin atas sebab syarikat pemaju yang baru, plan marketing hancur, masalah kewangan, ekonomi, pengurusan dan lain-lain lagi. Kurang pengawasan dari pihak berkuasa pun boleh jadi sebab jugak.

Mengikut Berita Harian, ada sebanyak 79 projek perumahan swasta yang terbengkalai dalam tahun 2021, bernilai RM5.57 bilion. Semua ni consist ada 17,724 unit rumah dan 11,824 pembeli (hanya kat Semenanjung Malaysia je tau!).
 

Antara pemaju hartanah yang ada dalam senarai adalah:
 

  • Coral Land Corporation Sdn.Bhd.
  • Haji Embong Sdn.Bhd.
  • Juta Permai (M) Sdn.Bhd
  • Luxstar Housing Development Sdn. Bhd
  • Rui Development Sdn. Bhd.


Nak senarai penuh? Klik sini: Senarai Pemaju Terlibat Dengan Projek Perumahan Terbengkalai (setakat 31 Jan 2024).

 

3) Pemaju hartanah yang tak hormat award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)


In case korang tak tahu, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah ada sediakan servis yang senang, murah dan cepat untuk selesaikan sebarang masalah antara pembeli dan pemaju. Kiranya, memang bagus lah benda ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca FAQ dari Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 

Antara pemaju hartanah yang ada dalam senarai adalah:
 

  • ABRA DEVELOPMENT SDN BHD
  • BISTARI LAND SDN BHD (REDEZ PROPERTIES)
  • KS PROPERTY SDN BHD
  • MACVILLA SDN BHD
  • PERUDA DEVELOPMENT SDN BHD
  • THIRTY THREE DEVELOPMENT SDN BHD


Nak senarai penuh? Klik sini: Senarai Pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTP) (setakat 12 Jan 2024).

 

4) Pemaju hartanah yang gagal setel bayar saman tertunggak 


Kalau korang nak tahu, pemaju hartanah boleh kena saman antara RM5,000 hingga RM50,000 - depends jenis kesalahan. Ada tiga jenis iaitu:
 

  1. Kesalahan pemaju perumahan berlesen di bawah seksyen 7 dan 18 (c) Akta 118.
  2. Izin Iklan dan Penjualan sesuai dengan peraturan 5 (Peraturan Pembangunan Perumahan (Pengendalian dan Perlesenan) 1989.
  3. Kesalahan pengurusan dan penyelenggaraan Akaun Pembangunan Perumahan (HDA) di bawah Peraturan Pembangunan Perumahan (1A), 5 (6), 6 Akaun Pembangunan Perumahan) 1991.


Antara pemaju hartanah yang ada dalam senarai adalah:
 

  • AUSTRAL DEVELOPMENT SDN BHD
  • DINDING DEVELOPMENT SDN BHD
  • GLOTRACO SDN BH
  • KELLAND DEVELOPMENT SDN BHD
  • SKT CONSTRUCTION SDN BHD 


Nak senarai penuh? Klik sini: Senarai Pemaju Gagal Membayar Kompaun (setakat 8 Mac 2024).

 

“Alamak, saya ada terbeli hartanah dari pemaju yang kena blacklist. Nak buat buat apa, ek?”


Untuk jawab soalan ni, kami ada contact KPKT. Malangnya, jawapan yang dapat tu tak membantu sangat. Diorang kata tak boleh buat pape. Nak tak nak, korang yang kena cari lawyer untuk buat tuntutan mahkamah.

Takkan camtu je, kan? So, kitorang pun engage dengan lawyer hartanah Khairul Anuar Sharudin dari Khairul, Suhaila & Hazlina untuk dapat jawapan lagi mendalam. Rupa-rupanya, korang boleh je cancel perjanjian jual beli (SPA) tu.

1) Untuk pemaju hartanah berlesen:


Kalau ikut Akta Pemaju Hartanah (Kawalan dan Pelesenan) 1996 [Akta 118], pembeli rumah boleh tarik perjanjian SPA tu kalau projek perumahan takde tunjuk sebarang improvement dalam 6 bulan selepas sign kontrak. Korang hanya perlu dapatkan approval dari Kementerian dan kebenaran bertulis dari pihak bank je.

Selain tu, korang patut tahu jugak yang tukang modal (financier) tak boleh nak halang dari setuju untuk batalkan perjanjian tu. Bila proses dah selesai, pemaju hartanah sepatutnya bayar balik duit korang dalam masa 30 hari (tanpa faedah).

 

2) Untuk pemaju hartanah yang takde lesen:


Korang boleh buat komplen Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata di KPKT. Ni termasuklah sebarang masalah yang korang hadapi dengan pemaju hartanah yang tak berlesen tu.

 

Tu pentingnya check dulu before korang beli! 

 


Kami faham - korang mungkin pilih nak beli hartanah tu sebab harga murah ataupun lokasi dia strategik. Tapi, kalau nak selamat, korang kena lah buat background check terlebih dulu. Sekarang ni je, dah ada lebih 100 pemaju hartanah yang dah kena blacklist. Tak kira lagi yang belum kena!

Tak kisah lah korang jumpa pemaju hartanah ni kat pameran atau shopping mall, double-check jugak dengan KPKT dan profil CTOS diorang. Walaupun cliche, tapi mencegah tu memang lebih baik dari merawat.

Haa, kalau korang tengah nak buat pinjaman perumahan, why not guna Loanstreet punya perbandingan pinjaman perumahan untuk tengok yang mana sesuai. Korang siap boleh dapat laporan penuh kelayakan pinjaman perumahan.

Selamat membeli rumah!

 

BACA JUGAK:


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Fleksi Pinjaman Perumahan

8 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?