Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

“5G for ALL”, Rangkaian 5G untuk Seluruh Rakyat M’sia

BY Team Loanstreet

Updated 30 May 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Pada korang yang selalu merungut pasal internet, lepas ni tak payahlah korang nak bersidai kat tempat-tempat pelik semata nak dapatkan internet ya. Untuk pertama kalinya, Yes yang merupakan anak syarikat YTL Communications, tawarkan rangkaian 5G kat Malaysia dengan kempen ‘5G for All’.

Dengan adanya kempen ni, senanglah korang nak akses rangkaian 5G ni tak kira masa dan tempat. Diorang ada jugak buat pengumuman baru pasal pelan-pelan Infinite yang katanya  paling murah dalam pasaran. Bukan setakat dapat internet 5G dengan harga termurah, korang siap boleh dapat free phone 5G lagi bila korang daftar pelan Infinite tau!

Kalau nak diikutkan, memang negara kita berada dalam fasa inflasi dan harga baang pun boleh tahan mahal. Tapi demi memudahkan urusan akses internet korang, Yes sanggup turunkan harga pelan data sebanyak 300% (RM.30 per GB), siap dengan peranti 5G percuma lagi dengan pelan Infinite. Dahlah pelan murah, data pun 20 kali ganda lagi laju. Best, kan?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



loanstreet-pelancaran-5g-for-all

Kempen ‘5G for all’ ni bukan takat nak memudahkan urusan komunikasi korang je, tapi dalam pada masa yang sama dapat ubah gaya hidup korang baik dari segi kerja, pembelajaran dan keseronokan. Yelah, sanggup ke korang panjat pokok, redah panas dan hujan semata-mata tak nak line internet korang sangkut?


Perintis standard baru industri: Pelan mudah alih Yes Infinite dan Infinite+

loanstreet-pelancaran-5g-for-all

Buat pertama kalinya dalam industri, Yes Infinite dan Infinite+, dah tetapkan sebuah standard perkhidmatan yang baru, yang boleh dikatakan lagi berbaloi dari pelan tanpa had yang sedia ada kat pasaran dengan tawaran:
  • Pengalaman ‘tanpa batasan’ yang sebenar

  • Tanpa sebarang gangguan pada kadar kelajuan tinggi ‘tanpa batasan’ Yes bagi rangkaian 4G dan 5G. 

  • Pelan 300%  lebih murah daripada standard pasaran 4G.

Paling penting, pelan Infinite ni dicipta khas ikut keperluan dan kesesuaian korang. Dahlah 20 kali ganda lebih laju, harga pun murah, pastu korang dah tak payahlah risau nak top-up atau beli pelan extra lagi cam dulu.

Harga pelan yang ada pun, setiap satunya dah dihadkan secara efektif tau. Maksudnya, lagi banyak korang guna lagi banyak korang jimat!


Pelan Infinite dan Infinite+: 

Kalau smart phone korang tak support rangkaian 5G, jangan susah hati tau. Kontrak 36-bulan Yes Infinite+ membolehkan korang memiliki smart phone 5G secara PERCUMA je!

Tak payahlah fikir pasal nak bayar duit muka, caj tersembunyi atau bil yang tak masuk akal. Tinggal korang nak pilih je smart phone 5G PERCUMA, ikut jenis pelan Yes Infinite+ yang korang daftar. Korang boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Ekosistem kerjasama peranti strategik yang mantap

loanstreet-pelancaran-5g-for-all

Dah daftar pelan terbaik, mestilah phone free yang korang dapat tu pun terbaik jugak, kan? Dengan kerjasama strategik dengan jenama femes macam Oppo, Samsung, Vivo dan Xiaomi, Yes komited untuk pastikan korang dapat phone yang mantap untuk kegunaan 5G.

Bila dah lengkap capaian 5G, phone pun boleh support kegunaan 5G, barulah kita faham yang kempen ‘5G for All’ ni sebenarnya secara tak langsung dah lengkapkan kita untuk fasa peralihan dari 4G ke 5G. Sekurang-kurangnya, fasa peralihan ni dapat membantu dalam memacu akses 5G yang lebih baik untuk kegunaan setiap rakyat Malaysia. 

Jangan tunggu lagi! Switch to 5G menerusi pelan mudah alih Infinite dan Infinite+ Yes. Pra-daftar menerusi dalam talian di www.yes.my, dan para pelanggan boleh mendaftar di semua cawangan Yes, OPPO, Samsung, vivo, Xiaomi dan rakan-rakan kongsi yang mengambil bahagian mulai 9 Jun 2022.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)