Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Perkara Yang Perlu Anda Memberi Perhatian Semasa Mengambil Pinjaman Perumahan

BY Team Loanstreet

Updated 03 Aug 2021




Seperti pepatah, rumah merupakan satu tempat yang akan memberi keselamatan dan kebahagian kepada individu. Membeli rumah sendiri merupakan salah satu keputusan yang terbesar sepanjang hayat kita kerana ia terlibat jumlah wang besar. Kebanyakan orang akan membiayai rumah mereka dengan pinjaman perumahan tanpa mengira mereka hendak melaburkan atau untuk mendiamai. Ia agak mencabarkan anda untuk membandingkan  pinjaman perumahan yang berbeza yang dapat muat kepada keperluan anda tanpa mempunyai panduan.  Sebagai contoh, anda perlu mempertimbangkan kadar faedah, pilihan pengeluaran dan lock-in-period.

Adakah anda berada dalam situasi tersebut? Sebelum anda membuat sesuatu keputusan, marilah melihat beberapa soalan yang umum seperti berikut.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Yang Mana Bank Menawarkan Kadar Faedah yang Terbaik?

‘Yang mana bank menawarkan kadar pinjaman perumahan yang terbaik’ adalah soalan yang paling umum semasa menyebut pinjaman perumahan.  Walau bagaimanapun, tidak terdapat jawapan yang mutlak untuk soalan ini kerana kadar faedah akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, rekord kredit dan sebagainya. Secara umumnya, ia adalah benar bahawa pembayaran anda akan lebih rendah jika terdapat kadar faedah yang rendah.  Namun begitu, anda mungkin akan mempunyai keputusan yang suboptimal jika anda hanya mempertimbangkan kadar faedah sahaja. Ingatkan anda juga perlu memberi perhatian kepada syarat (T&C) kerana ia juga akan mempengaruhi jumlah ansuran pinjaman anda. Sebagai contoh, bayangkan T&C mencatat pinjaman anda mempunyai lock in period selama 5 tahun dan 5% ganti rugi. Ia bermakna anda tidak boleh membiayai atau membayar baki hutang pinjaman anda dalam 5 tahun sekiranya anda tidak membayar 5% ganti rugi yang berdasarkan baki hutang anda.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud kadar faedah tidak memainkan peranan yang penting dalam perjanjian pinjaman. Kadar faedah dalam ansuran bulanan akan menunjukkan jumlah yang perlu anda membayarkan. Dalam erti lain, perbezaan antara kadar faedah akan menentukan ansuran pinjaman bulanan anda dan akan menjadi sejumlah yang besar pada akhir tempoh pinjaman.

 

Yang Mana Bank Menawarkan Pinjaman Fleksi (Full Flexi Loan)?

Sesetengah individu tidak akan menyedari kesan daripada pinjaman fleksi, pinjaman semi fleksi dan pinjaman bukan fleksi semasa membandingkan pinjaman perumahan. Pilihan yang fleksible membenarkan anda meletakkan wang tambahan yang dikeluarkan dalam akaun pinjaman anda. Pinjaman fleksi  membenarkan anda memgeluarkan wang tanpa mengenakan apa-apa caj manakala pinjaman semi fleksi akan caj semasa anda mengeluarkan wang. Bacakan artikel Pilihan Pinjaman Hartanah Fleksi vs Bukan Fleksi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pilihan yang berlainan.

Kami mencadangkan anda mengambil pinjaman fleksi sekiranya anda mempunyai wang tambahan untuk membuat bayaran pendahuluan agar mengurangkan baki tertunggak anda. Di samping itu, baki tunai dalam akaun akan dikecualikan daripada baki tertunggak semasa mengira faedah. Hal ini akan memberi lebih banyak flexisibiliti kepada anda dan dapat membantu anda menjimat lebih banyak wang! Namun begitu, anda mngkin mempunyai keperluan yang berlainan, jadi tiada salahnya jika anda mengambil pinjaman bukan fleksi kerana ia terdapat kadar faedah yang rendah.

Bagi sesiapa yang berminat mengambil pinjaman fleksi, anda boleh merujuk jadual berikut untuk bermula memilih pinjaman yang sesuai dengan anda.

Pinjaman Perumahan Flexi

*Jadual di atas menunjukkan pakej pinjaman berdasarkan harta kediaman bernilai RM 500,000 dengan tempoh 20 tahun dan 90% margin kewangan.

 

Yang Mana Pakej Pinjaman Mempunyai Lock-in-Period yang Paling Pendek?

Lock-in-period merupakan faktor lain yang perlu anda mempertimbangkan. Seperti namanya, lock-in-period merupakan tempoh masa yang akan mengenakan bayaran denda sekiranya anda membayar pinjaman lebih awal. Bayaran denda juga akan dikenakan jika anda membatal atau membiayai perjanjian pinjaman. Secara umumnya, bayaran denda adalah di antara 2% hingga 5% daripada baki pinjaman. Ingatkan ia adalah lebih baik untuk memilih lock-in-period yang paling pendek kerana terdapat bayaran denda yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, sesetengah bank tidak akan mengenakan dendaan jika akan memberikan notis terlebih dahulu. Selain daripada itu, anda juga perlu mengetahui bahawa pakej pinjaman yang tidak mempunyai lock-in-period mungkin mempunyai kadar faedah yang tinggi sekira berbanding dengan pakej pinjaman yang mempunyai lock-in-period. Anda boleh menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan kami untuk membuat perbandingan dengan lock-in-period yang ditawar oleh bank yang berlainan.

 

Yang Mana Bank Meluluskan Permohonan Pinjaman Dalam Tempoh yang Singkat?

Ia agak susah menentukan mana bank meluluskan permohonan pinjaman dalam tempoh yang singkat kerana bank yang berbeza  mempunyai prosedur dan keperluan yang berbeza untuk permohonan. Biasanya, bank akan menggunakan kira-kira satu hingga dua minggu untuk meleluskan permohonan pinjaman anda sekiranya anda menyerahkan dokumen yang lengkap.  Sentiasa bersedia untuk menyediakan dokumen yang bank perlukan agar dapat mengelakkan penangguhan.

 

Kesimpulan

Membeli rumah merupakan satu perkara yang besar dalam kehidupan anda, jadi anda perlulah mempunyai perancangan sebelum anda memilih pinjaman perumahan. Walaupun pinjaman perumahan membenarkan anda membayar bayaran dalam tempoh masa yang panjang, tetapi masih terdapat pemimjam tidak dapat membayar ansuran bulanan dalam masa yang tetap kerana tidak merancangnya dengan teliti. Jadi, bincangkan dengan pakar sebelum anda mengambil pinjaman agar tidak mengalami sebarang masalah kewangan.

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?