Kalau korang pun rasa was-was, ni langkah-langkah umum sebelum nak buat ibadah korban luar negara:
1. Pastikan organisasi yang anjurkan program korban luar negara tu berdaftar
Semak dulu sama ada syarikat yang tawarkan pakej tu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tak. Sekurang-kurangnya, kalau ada masalah penipuan, korang boleh terus login akaun SSM, beli "Business Profile" dan korang boleh terus buat laporan polis.
Tak tau camne nak semak? KLIK SINI untuk semak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej.
Kalau keluar tanda amaran, jauhkan diri dan laporkan terus kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk pastikan yang iklan tersebut disekat.
2. Semak dan bandingkan pakej ibadah korban luar negara
Sumber Imej: ezQ & Aman Palestin
Kalau korang pilih pakej korban, semak dulu latar belakang syarikat penganjur dan review daripada orang ramai untuk dapatkan gambaran sebenar perkhidmatan untuk elakkan korang dari ditipu.
Sekiranya pengendali pakej tak bagi tahu korang harga sebenar satu bahagian korban dan kadar upah yang yang diambik sampailah selesai proses penyembelihan, akad wakalah tersebut mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) yang boleh menyebabkan ibadah korban korang jadi tak sah.
3. Pastikan ada dokumen hitam putih
Benda yang paling mustahak adalah kontrak wakalah — satu borang yang korang kena isi dulu sebelum proceed dengan ibadah korban luar negara. Wakalah kat sini bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.Jadi kontrak wakalah ni macam satu persetujuan antara dua pihak lah. Kalau ada apa masalah boleh rujuk balik terma-terma kontrak yang dah ditentukan. Terjamin sikit lah ibadah korban luar negara korang tu.
Sumber Imej: Tabung ibadah qurban YaPEIM
Ni dia perkara yang kena ada dalam kontrak wakalah:
- Jenis Perkhidmatan (Korban / Akikah
- Harga perkhidmatan yang ditawarkan
- Cukai Perkhidmatan (SST)
- Caj Pengurusan / perkhidmatan yang dikenakan.
- Tempahan & jual beli lembu / kambing korban.
- Penyembelihan beserta niat yang diwakilkan oleh peserta.
- Melapah dan memotong daging.
- Pengagihan
- Pengangkutan haiwan korban dari ladang ternakan ke tempat sembelihan.
- Pengangkutan daging-daging korban yang telah siap dilapah untuk dibawa ke tempat pengagihan.
- Laporan & sijil pengesahan.
- Pendaftaran & pemprosesan (sistem).
- Pemantauan oleh urusetia program.
- Kenduri / Jamuan Makan / Majlis Berbuka Puasa (Jika berkaitan).
Sumber Imej: drazman.net|Program Korban Jamai'e 2022 Chiratzulu, Malawi
Bila dah check semua ni, pastikan korang terima akad bertulis berserta resit dari pihak yang sediakan pakej ibadah korban luar negara SELEPAS ibadah korban dilaksanakan sebagai bukti yang korban dah dilaksanakan. Contohnya macam gambar atas.
Korang tahu tak trick atau modus operadi scammer ibadah korban luar negara ni biasa guna?
Sumber Imej: Suara.TV | Skim Penipuan Luar Negara, PPIM Terima Banyak Aduan
1. Tawaran harga korban terlalu murah
Maksudnya kat sini, kalau sebelum tahun 2013, mungkin boleh lagi dapat harga bawah RM400 untuk satu bahagian. Tapi kalau dah masuk 2022 ni, agak mustahil kalau nak dapat tawaran harga ibadah korban yang murah.
2. Guna lembu korban yang sama
Kebiasaannya, sebelum penganjur sembelih seekor lembu, diorang akan tangkap gambar kad nama peserta (korang) bersama lembu sebagaibukti ibadah korban. Yang menjadi masalah kat sini penganjur sekadar gantikan nama perserta tu dengan peserta kumpulan lain kemudian tangkap gambar dari sudut yang berbeza.
3. Artis terkenal sebagai duta program
Scammeri akan gunakan artis terkenal (kadang-kadang artis tu tak tahu pun gambar diorang digunakan) untuk raih kepercayaan pelanggan dan keluarkan testimoni.
Apa nak buat kalau kena scam ibadah korban?
Jangan panik. Sekiranya korang ditipu dengan scammer ibadah korban benda pertama yang korang kena buat, kumpulkan bahan bukti macam resit pembayaran dan jugak maklumat syarikat yang tawarkan pakej ibadah korban luar negara tu.
Kemudian, korang boleh terus hubungi Commercial Crime Investigation Department (CCID) Scam Response Centre di talian 03-26101559/03-26101599.
Jangan risau, Sebagai pengguna, hak korang akan dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999:
Tiada seorang pun boleh menuntut atau menyetujui terima, apa-apa bayaran atau balasan lain bagi barang atau perkhidmatan, jika pada masa tuntutan atau penyetujuterimaan itu orang itu:
(a) tidak berniat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan itu;
(b) berniat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza secara matan daripada barang atau perkhidmatan yang berkenaan dengannya bayaran atau balasan lain itu dituntut atau diterima; atau
(c) tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia dapat membekalkan barang atau perkhidmatan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan, atau jika tiada tempoh dinyatakan, dalam masa yang munasabah.
Andai kata kalau korang nak juga buat korban kat luar negara, ni antara platform yang korang pertimbangkan:
Apa-apa pun, pastikan korang lebih berhati-hati ya.
Admin dengar, tahun ni harga korban luar negara pun dah mahal, cuba share pandangan dan korang di FB post kami. Selamat hari raya aidil adha!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: