Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kos Yang Perlu Ditanggung Akibat Perceraian di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 13 Dec 2022




Perceraian ni adalah topik yang jarang orang bincangkan, tapi ia masih  berlaku dan boleh jejaskan kewangan korang. Daripada yuran guaman kepada alimoni sehinggalah jumlah perbelanjaan lain yang terpaksa dikeluarkan hanya untuk memfailkan penceraian. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Apakah beban kewangan yang perlu ditanggung akibat penceraian?



Bila masuk topik kos penceraian ni, terdapat banyak kos yang terlibat sehingga susah untuk buat anggaran. Contohnya, jumlah permohonan petisyen penceraian yang difailkan, pemilihan peguam, tempoh prosiding mahkamah, jenis kes dan sebagainya akan menjejaskan kos yang perlu ditanggung oleh pasangan. 


1. Perceraian bagi pasangan beragama Islam



Bagi pasangan yang beragama Islam dan berlaku perceraian (tanpa persetujuan bersama) pulak, kes akan dibicarakan kat Mahkamah Syariah.

Berikut adalah anggaran kos-kos yang perlu ditanggung untuk permohonan dan yuran mahkamah:

  • Waran dan Testimoni AM80 - RM25
  • Penghantaran waran ke mahkamah - RM4
  • Permohonan interlokutori (luar bidang kuasa) - RM23 (sekiranya diperlukan)
  • Permohonan interlokutori (tuntutan ganti rugi/pampasan) - RM13 (sekiranya diperlukan) 
  • Afidavit untuk hadir ke mahkamah bagi pesalah yang menjalani hukuman penjara - RM13 (sekiranya diperlukan)
  • Perintah interlokutori - RM10, bagi setiap perintah yang dihantar


Yuran guaman bagi penceraian tanpa persetujuan bersama - Kos anggaran susah untuk ditetapkan atas beberapa sebab seperti bilangan petisyen penceraian difailkan, tahap kerumitan kes dan perselisihan sejauh mana pertikaian yang wujud; bayaran jugak bergantung kepada tahap kewangan individu (bergantung kepada budi bicara peguam yang dilantik).


2. Perceraian suami isteri yang bukan Islam

Bagi pasangan yang bukan beragama islam, perbicaraan korang akan dilakukan di Mahkamah Tinggi dibawah Mahkamah Keluarga dan bukannya kat Mahkamah Syariah. Apa yang korang kena tau, terdapat dua jenis penceraian bagi kategori ni:
 

  • Penceraian secara persetujuan

Penceraian jenis ni bermaksud dua-dua parti bersetuju untuk berpisah secara baik dan bersefahaman dalam semua hal berkaitan. Contohnya, hak penjagaan anak, nafkah pasangan dan pembahagian harta. Kebiasaannya, kos petisyen penceraian secara persetujuan adalah LEBIH MURAH dari penceraian tanpa persetujuan. Mengikut The Star, kos bagi penceraian yang tak melibatkan sebarang perselisihan dianggarkan berjumlah di antara RM3,000 sehingga RM6,000. 

Selain tu, penceraian jenis ni jugak selalunya lagi cepat diselesaikan, hanya mengambil masa lebih kurang 3 hingga 6 bulan. 


 

  • Penceraian tanpa persetujuan

Macam mana pulak dengan penceraian takde persefahaman? Kes-kes macam ni jatuh dalam kategori penceraian tanpa persetujuan. Penceraian jenis ni terjadi bila salah satu pasangan tak setuju untuk berpisah atau ada isu berkaitan dengan nafkah pasangan dan anak, pembahagian harta dan sebagainya. Disebabkan isu-isu ni, kos yang perlu ditanggung jugak akan jadi LEBIH MAHAL bergantung kepada betapa rumitnya kes tu. Nak tahu banyak mana kos yang dikenakan? Kes-kes yang rumit dianggarkan menelan kos di antara RM25,000 sehingga RM50,000 -  boleh mencapai hingga RM75,000. 

Kos satu hal, tempoh prosiding penceraian jugak boleh makan masa bertahun tau!

Berikut adalah bayaran mahkamah yang korang kena ambil tau:

  • Pemfailan petisyen penceraian - RM160
  • Pemfailan avidafit - RM18/setiap satu
  • Pengeluaran perintah mahkamah (Dekri Nisi) - RM300
  • Pengeluaran sijil Dekri Nisi mutlak - RM150 (sumber: Fion Wong)


NOTA SAMPINGAN: Bagi kedua-dua jenis penceraian (pasangan beragama Islam atau tidak), penggunaan khidmat perantara adalah cara yang lebih jimat (dan mungkin lagi cepat) untuk selesaikan rundingan penceraian yang melibatkan perselisihan, dengan anggaran RM5,000 hingga RM15,000. 


Macam mahal je? Boleh tak kalau bercerai tanpa guna peguam? 



Memandangkan yuran guaman ni merupakan antara kos yang besar dalam penceraian, mungkin ada antara korang yang terfikir untuk mewakili diri sendiri - secara teknikalnya, korang BOLEH!

Korang sebenarnya boleh memfailkan dokumen mahkamah dengan sendiri, tetapi ia tak digalakkan kalau kes tersebut melibatkan perselisihan dan lebih-lebih lagi kalau korang ni kurang berpengetahuan dalam hal ni. Dengan adanya peguam yang power, korang mampu untuk dapatkan faedah yang lagi baik melalui rundingan dan melindungi hak kepentingan korang. 

Tapi, kalau korang rasa diri tu mampu untuk fight sendiri, terpulanglah, itu semua hak korang.


Ada bantuan guaman tak bagi yang tak mampu?



Bagi kedua-dua jenis perceraian (pasangan beragama Islam atau tidak), sekiranya korang kurang berkemampuan untuk untuk guna khidmat guaman, jangan risau, korang boleh dapatkan bantuan daripada  Jabatan Bantuan Guaman Malaysia.

Tapi, CHOP! Jangan pulak ingat bantuan ni percuma ye. Korang masih perlu bayar khidmat bantuan guaman ni pada kadar yang telah disubsidikan dan kena penuhi syarat yang ditetapkan. 

Sebelum bantuan guaman diberikan, korang kena lulus ujian kewangan, dimana korang akan dimintak untuk memasukkan jumlah pendapatan, hutang dan lain-lain perbelanjaan dalam setahun. 

Kalau sumber pendapatan korang tak lebih RM50,000 setahun, korang mungkin layak untuk dapat bantuan guaman ni. Tak pasti layak ke tak? Ambik test kelayakan ni. 

Oh, ni nak kasi tau jugak, disebabkan Jabatan Bantuan Guaman ni kena hadap berlambak kes penceraian (70% pada tahun 2017), korang mungkin kena tunggu lama sikit sebelum dapat bantuan. Bersabarlah ye. 

Jangan putus asa, ada bantuan lain yang korang boleh try macam Bar Council dan bagi yang beragama Islam pulak, korang boleh try contact Sisters in Islam. 


Macam mana pulak dengan nafkah/bantuan selepas bercerai? 



Terdapat dua jenis bantuan/nafkah asas: belanja sara hidup anak-anak dan belanja sara hidup pasangan. Selalunya, bantuan ni akan ditanggung oleh si suami. Walau bagaimanapun, jumlah bantuan belanja sara hidup yang diberikan tak ditetapkan. 

Bantuan ini akan ditetapkan sama ada melalui rundingan dari peguam kedua-dua belah pihak ataupun melalui keputusan mahkamah. Kriteria yang menentukan jumlah bantuan yang diberikan adalah bergantung kepada pendapatan semasa si suami, perbelanjaan bulanan dan lain-lain. 

Bagi yang beragama Islam, terdapat bantuan tambahan (alimoni) yang perlu dibayar oleh pihak suami kepada isteri. Contohnya, ‘Nafkah Iddah’ dibayar kepada isteri selama tempoh Iddah (selalunya selama 3 bulan selepas berlakunya penceraian). Bagi ‘Nafkah Mut’ah pulak, suami perlu bayar sejumlah wang sebagai bentuk pampasan kalau penceraian tersebut difailkan oleh dia (terutamanya tanpa sebab munasabah). 

Kedua-dua bayaran bantuan ni tak ditetapkan dan hanya ditentukan oleh Mahkamah Syariah kalau pasangan tak mampu nak selesaikan dan tetapkan sebarang jumlah. 


Ada kos lain tak yang perlu diambik kira? 

Selain daripada kos mahkamah, yuran guaman, dan bantuan belanja sara hidup, ada jugak perbelanjaan lain yang korang kena tau.

Contohnya, kalau korang kerap naik turun mahkamah, korang jugak kena kira kos perjalanan, kos penjagaan anak dan jugak pendapatan yang berkurangan dari perniagaan dan lain-lain.


Kesimpulan: Kos penceraian boleh cecah atau lebih dari kos perkahwinan 

Tapi itulah, penceraian ni adalah sebahagian dari kehidupan.  Sebab tu lah pentingnya untuk korang fikir masak-masak semua kebarangkalian bila nak berumah tangga, termasuklah kos penceraian (sekiranya berlaku). 

Antara cara untuk kurangkan kos perceraian adalah dengan wujudkan Perjanjian Sebelum Pernikahan. Perjanjian ni adalah sebuah kontrak bertulis yang menerangkan pemilikan/pembahagian harta, termasuklah perjanjian-perjanjian lain.

Mana yang bercadang nak berkahwin tu, apa kata korang berbincang dengan pasangan pasal perjanjian ni. Sebabnya ia boleh bantu korang kurangkan sebarang perselisihan, pembaziran masa dan kos perbelanjaan kalau berlaku penceraian. Korang boleh jugak consider untuk buat pinjaman. RHB menawarkan kelulusan yang pantas dan dana sehingga RM200,000. So, tunggu lagi? Klik di sini atau imej kat bawah untuk tahu lebih lanjut!




Menarik tak artikel ni? Jom cekidaut artikel pilihan yang lain pulak:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)