Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Penasihat Robo: Kelebihan & Kekurangan Korang Mesti Tahu!

BY Faiz Rahim

Updated 09 Mar 2021




Kalau dulu, pelabur kena isi borang, beli surat khabar untuk dapat info setiap pagi dan call penasihat kewangan setiap masa. Sekarang ni no need, pelabur dah boleh guna penasihat robo untuk melabur. Mesti korang konfius pebenda penasihat robo ni, kan? Ni admin jelaskan. 

Kalau nak tahu, penasihat robo juga dikenali sebagai pengurus pelabur digital - guna teknologi inovatif dalam menguruskan portfolio pelaburan korang. Senang citer, penasihat robo akan pilih dana atau amanah saham yang ada nisbah pulangan optimum atau tinggi. 

Camne, korang tanya? Bila sign up untuk penasihat robo, akan ada set soalan yang korang kena jawab. Dari situ, penasihat robo akan cadang pilihan pelaburan mana yang bagus. Antara soalan yang ditanya adalah berkaitan tempoh pelaburan korang nak dan tahap risiko.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Sebagai contoh, kalau penasihat robo rekomen untuk melabur saham di luar negara, maknanya diorang expect korang ada tahap risiko yang tinggi. Ya lah, kena consider jugak nilai duit yang berbeza.  

Tapi, kena ingat yang penasihat robo ni dikira jugak sebagai pelaburan pasif. Kiranya, korang tak perlu lah decide nak melabur kat mana setiap hari. Once dah sign up, penasihat robo akan tengok dan pastikan pelaburan korang selamat - dapat untung dan tak rugi.  

Menurut Statista, pengguna penasihat robo negara kita naik dari 347,920 ribu (2019) hingga 471,940 ribu (2020). Kalau korang perasan, ada kenaikan lebih dari 100 ribu pengguna setiap tahun - make sense lah, kan? Semakin lama penasihat robo ada, semakin ramai akan cuba.
 


Sumber: Statista

Korang mesti tertanya-tanya apa pendapat orang lain pasal penasihat robo ni, kan? Ikut mr-stingy, penasihat robo ni bagus sebab tak semua pelabur adalah pakar. Bila ada bantuan teknologi camni, lebih mudah lah tarik pelabur baru. Semua orang boleh cuba walaupun bukan have-have. Kalau camtu, takde lah orang-orang kita harap duit simpanan dan pencen je!

Kalau korang nak tahu, so far, kat Malaysia ni ada 4 penasihat robo iaitu StashAway, Wahed Invest, MYTHEO dan Raiz

BEST Invest mana? Walaupun lebih kurang sama cam penasihat robo, app ni dikira sebagai platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Syariah-ESG. Yang lainnya, app ni tolong pelabur buat keputusan dan tak rekomen memana produk pun.


Before korang decide nak guna penasihat robo, ni admin jelaskan dulu kelebihan & kekurangan dia!

Kelebihan penasihat robo adalah…

1. Melabur cara mudah (yay)!


Sumber imej: StashAway

Kalau banding dengan cara melabur saham atau simpanan tetap, lebih senang guna penasihat robo. Korang tak perlu selalu monitor pun - park tepi dan tunggu je pulangan masuk. Korang tak perlu jadi pakar pasal pelaburan pun. Asalkan korang faham benda basic dah cukup. Nak mula, hanya perlu sign up dan jawab beberapa soalan je. Takde proses rumit pun. 

Ni admin kasi contoh kalau guna StashAway, hanya perlu isi umur, jantina, status kehidupan, bilangan anak (kalau ada) dan total pendapatan tahunan. Lepas tu akan check boleh buat pelaburan kat Malaysia ni (warganegara atau tak), pilih secara general atau ada gol dan akhirnya set tahap risiko korang camne. 15 minit camtu isi - voila, boleh terus guna!
 

2. Nilai minimum pelaburan & yuran yang rendah!

Nak melabur dengan penasihat robo pun tak semahal dengan yang lain. Kalau korang melabur dengan simpanan tetap (fixed deposit), nilai minimum pelaburan dia paling rendah pun dah RM1,000!

Tapi, nilai minimum pelaburan untuk penasihat robo murah je - Wahed Invest dan MYTHEO hanya mintak RM100 untuk mula. StashAway pulak takde letak nilai minimum pelaburan dan Raiz hanya letak RM10. 

Selain tu, yuran penasihat robo pun dikira murah. Ada 2 jenis yuran  - yuran pengurusan tahunan & lain-lain. Untuk yuran pengurusan tahunan, nilai bermula dari 1% tapi boleh turun hingga ke 0.2%. Cuma, depends kadar pelaburan korang. Semakin banyak korang melaburkan duit, semakin kurang lah yuran pengurusan.


Sumber Imej: MYTHEO

Contoh, korang melabur dengan MYTHEO, kadar nilai yuran tahunan adalah mengikut jumlah pelaburan korang. Untuk RM30,000 pertama, kadar dia adalah 1%. Dari RM30,001 hingga RM100,000, turun jadi 0.9%. Nak kurangkan jadi 0.5% boleh, tapi amaun pelaburan korang kena lah sampai RM1 juta. Cara ni lebih kurang sama untuk Wahed Invest dan StashAway.

Untuk RAIZ pulak, dia lain sikit. Diorang akan caj yuran bulanan sebanyak RM1.50 kalau jumlah pelaburan korang kurang dari RM6,000 setiap bulan. Kalau lebih, dia akan caj secara tahunan sebanyak 0.3%. Kalau kosong je dalam akaun, jangan risau - Raiz takkan caj pape.

 

3. Korang boleh melabur secara pasif 



Ingat, keyword penting adalah ‘robo’ - maknanya, semua benda digital. Cam admin cakap, tak perlu risau sangat. Memang penasihat robo ni diprogramkan untuk pilih yang terbaik buat pelabur (korang lah tu!). 

Bukan nak kata tak boleh melabur secara aktif. Korang still boleh buat analisis sendiri, tengok dan imbang prestasi. Malangnya, tak semua pelabur boleh keep up benda-benda camni. Sekurang-kurangnya, penasihat robo ni dapat automatik kan benda-benda camni. 

Katakan lah korang beli dan jual saham syarikat cara biasa kat pasaran bursa. Korang kena sentiasa perhatikan harga supaya tahu bila patut beli dan jual. Camne kalau dengan penasihat robo? Tak payah check selalu sangat pun. Korang tak perlu pilih pun nak buat pelaburan kat mana - tu semua penasihat robo setel kan. Memang chill je - tak stress dah!

 

4. Pelbagaikan lagi pelaburan korang


Sumber Imej: Wahed Invest

Yang bagusnya penasihat robo ni adalah dia melaburkan untuk korang kat pelbagai produk cam pertukaran dana pegangan (ETF) dan bon gomen (depends tahap risiko!). Dia akan allocate sendiri. Bila penasihat robo korang dah pelbagaikan lagi portfolio pelaburan tu, risiko dia pun kurang lah. 

Senang citer, penasihat robo secara automatik akan kembangkan lagi portfolio pelaburan korang tu dengan melabur kat pelbagai pasaran, syarikat dan industri. Memang dia pilih  pulangan yang besar dengan risiko paling kecik untuk korang - ikut teori portfolio moden (MPT).

Kekurangan penasihat robo pulak adalah…

1. Kurang human interaction - buat sendiri



Walaupun penasihat robo bagus, masih tak boleh beat khidmat nasihat manusia. Kalau ada situasi kompleks, penasihat robo tak boleh lah nak paham seperti manusia cam penasihat kewangan boleh. 

Lagi satu, kena ingat kehidupan pelabur selalu berubah (manusia kan!). Maksudnya, tahap risiko kita takkan stay sama je. Bayangkan korang dah berkeluarga, mesti tahap risiko pun berubah. Penasihat robo pun tak boleh nak buat pape. Diorang still akan proceed dengan profil semasa melainkan korang update info kat apps tu.

Ni sebaliknya kalau korang ada penasihat kewangan. Kalau ada, diorang boleh offer pandangan yang lebih relatable dari penasihat robo. Ni disebabkan diorang paham perasaan dan sentimen pelabur. Cuba pikir, penasihat robo boleh ke?

 

2. Kurang info berkaitan performance penasihat robo



Since penasihat robo masih baru, susah nak dapat gambar keseluruhan berkaitan prestasi dia camne - pulangan dia rendah atau tinggi. 

Kiranya kan, dengan cara penasihat robo pilih portfolio, ada kemungkinan pelabur dapat untung sikit je. Bukan tu je, siap ada track records untuk bantu buat keputusan. Tapi, korang jangan risau sangat. So far, nampaklah penasihat robo kat Malaysia ni perform dalam 2 tahun ni - ada pulangan dia. Lagi 5 tahun camtu, boleh lah judge bebetul performance diorang ni.

Menurut The Edge Market, StashAway ada nampak pulangan sebanyak 8.9% hingga 13.5% sejak 2018. MYTHEO pulak ada nampak pulangan sebanyak -9.05% untuk portfolio growth, 4.91% untuk portfolio pendapatan dan -3.91% untuk portfolio anti-inflasi. Kalau korang jenis ada balance untuk tetiga portfolio ni, boleh nampak pulangan sebanyak -3.01%. 

Wahed Invest pulak nampak sebanyak -0.2% untuk portfolio konservatif dan -6.4% untuk portfolio agresif. Malangnya, performance RAIZ still tak tahu lagi sebab baru beroperasi tahun 2020.

 

3. Susah untuk customise pelaburan & terhad



Cam korang tahu, penasihat robo akan tanya beberapa soalan bila nak mula. Kiranya, memang terhad dari segi maklumat pelabur dan benda korang boleh tukar cam tahap ketahanan risiko - memang takde kebebasan lah. Korang tak boleh pilih pape yang kau nak. 

Sebagai contoh, korang ada minat nak melabur saham dalam syarikat ni yang berisiko tinggi. Tapi, since penasihat robo tak rasa korang boleh dapat pulangan yang optimum dan risiko dia tinggi, diorang takkan melabur ke situ. Kiranya, diorang akan melabur ke produk lain yang for sure ada pulangan lagi tinggi dan kurang risiko dari yang tu

Katakan korang jenis pelabur yang suka pelbagaikan cara pilih portfolio, boleh je buat camtu dengan penasihat robo. Cuma, setakat tu je lah - memang dah tetap dah. Tak boleh nak pastikan portfolio tu betul-betul cam korang suka.



Soalan penting untuk pelabur - penasihat robo selamat tak? 

In case korang tak tahu, pada bulan Julai 2020, StashAway ada insiden di mana pengguna diorang ni didebitkan sebanyak 26 atau 27 kali disebabkan masalah teknikal oleh parti ketiga Curlec. Haaa, cuba bayangkan - kalau sekali dua takpe lah jugak, ni lebih 5!

Isu safety ni no doubt concern utama untuk pelabur. Sebab tu, bila insiden ni berlaku, StashAway cepat-cepat selesaikan. Diorang berjaya refund dengan kadar segera dan siap janji akan review balik semua proses untuk benda ni tak berulang (nasib baik!). 

Ni pentingnya korang check penasihat robo ni selamat dan diiktiraf ke tak kat Malaysia. Sekarang ni, banyak penasihat robo korang boleh guna. Tapi, tak semestinya kalau penasihat robo ni boleh guna kat Singapura, Indonesia atau Australia, korang boleh guna kat Malaysia. 

Imagine korang guna penasihat robo yang tak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission Malaysia), tak ke bahaya kalau pape yang tak diingini berlaku cam hilang semua duit pelaburan korang? Memang tak boleh lah nak mintak campur tangan dari gomen since dia tak diiktiraf. Memang rugi besar!

 

Jadi, apa korang patut consider dulu?

1. Semak penasihat robo terlebih dulu

Penting untuk guna yang diiktiraf kat Malaysia ni. Nak check camne? Pergi je ke website ni!


Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

 

2. Semak & compare performance penasihat robo

Apa korang boleh buat adalah check progress dari mula sampai sekarang. Tanya ni; Berapa banyak users kat Malaysia? Berapa banyak pulangan? Yang mana paling perform? Once tahu, silakan guna. At least, guna bila dah tahu segala apa yang boleh berlaku.

 

3. Tahap ketahanan risiko masing-masing

Check tahap ketahanan risiko diri sendiri dulu before pape. Nasihat admin, pastikan risiko yang ada tu seimbang dengan pulangan. 

Contoh, korang tahu portfolio ni berisiko tinggi tapi tak kisah sebab pulangan dia tinggi. Yang lain tu, pastikan risiko rendah - boleh cover kalau pape berlaku.



So, patut tak guna penasihat robo? Tepuk dada tanya diri. Memang penasihat robo ni tak sesuai untuk semua jenis pelabur. Senang cakap, involvement korang dengan penasihat robo limited. Korang hanya kasi modal dan tunggu untung ke tak. 

Untuk beberapa pelabur, diorang prefer lebih hands on. Kalau ikutkan, penasihat robo ni lebih sesuai untuk golongan-golongan baru nak melabur. Noobies lah kiranya - selamat melabur!

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024