Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

“Saham Pun Kena Bayar Zakat?” Ni Cara Untuk Korang Kira!

BY Faiz Rahim

Updated 09 Mar 2021




“Eh, saham pun kena bayar zakat ke?!” 

Mestilah kena. Konsep sama cam zakat pendapatan - bila dah untung dan cukup syarat, korang wajip bayar. Kiranya, bila korang dah dapat untung main saham dan lepas syarat, kena lah bayar.



Untuk zakat saham, dia hanya include saham jual beli. Contohnya cam saham syarikat, saham pertukaran dana dagangan (ETF) dan lain-lain. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan simpanan tetap (fixed deposit) tu under zakat simpanan, bukan saham (admin call Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk konfemkan!)  - admin citer pasal zakat simpanan ni next time, ok? 

Zakat saham ni pulak ada dua jenis iaitu pemilikan jangka pendek atau panjang:

  • Kalau jangka pendek, specifically untuk trader - jual beli saham dalam tempoh setahun. 
  • Jangka panjang pulak untuk para pelabur dapat pulangan dari kenaikan harga & dividen. 

Penting ok bayar zakat ni. Ya lah, dengan duit zakat ni lah tolong orang-orang susah cam asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (golongan berpendapatan rendah lah!). Ni tanggungjawab kita sebagai masyarakat. Lepas dah bayar, baru dapat keberkatan gituu!



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ni syarat-syarat untuk korang bayar zakat saham...

  • Islam (kalau bukan Islam, watpe bayar zakat?)
  • Pelaburan 100% milik korang (boleh jual & dapat manfaat sebagai pelabur)
  • Cukup nisab atau bahasa pasarnya cukup nilai (dah lebih nisab, baru kena bayar) - boleh check sini!
    • Nisab ikut purata harga 85 gram emas pada tahun tersebut
  • Cukup tempoh (haul - setahun) - kalau kurang, takpe (bayar zakat atas untung jual)
  • Halal (takde unsur riba dan benda-benda tak dibenarkan dalam Islam)

Kiranya kalau total saham korang pada tahun tu tak cukup nilai, tarik nafas lega lah. Takde lah korang kena bayar zakat. Fuhh! 

 

Tapi, tak semestinya asal lepas syarat kena bayar. Ya lah, kena ikut situasi dia jugak…

Situasi 1: Saham patuh syariah

Bila saham korang beli tu patuh syariah, memang kena bayar zakat. Kalau saham syarikat tu follow syariah, maknanya dia takde unsur-unsur yang tak dibenarkan dalam Islam. 
 


Sumber Imej: Bursa Malaysia

Sebagai contoh, korang tahu tak saham syarikat Top Glove tu patuh syariah? Kiranya, kalau korang ada beli saham syarikat tu, prepare lah ya untuk bayar zakat saham setiap tahun.

 

Situasi 2: Saham tak patuh syariah

Kalau syarikat tu ada unsur-unsur yang tak dibenarkan dalam Islam - automatik tak patuh syariah. Kalau korang ada saham kat syarikat tu pun, perlu bayar zakat ke atas wang modal je.

Contohnya, syarikat Heineken. Korang boleh tengok gambar kat bawah ni:


Sumber Imej: Bursa Malaysia

Let say korang ada nilai saham semasa kat Heineken sebanyak RM50,000 (digalakkan takde lah!). Korang ada dapat untung dalam RM10,000. Tapi, sebabkan saham tak patuh syariah, hanya perlu bayar zakat ikut RM50,000 tu je. 

RM50,000 x 2.5% (kadar zakat saham) = RM1,250

NOTA: Untuk info korang, kadar zakat saham adalah 2.5%, sama cam kadar zakat pemilikan harta peribadi. Cuma, cara kira dia lain ikut jenis pegangan jangka pendek atau panjang.

 

Situasi 3: Syarikat dah bayar zakat perniagaan

In case korang tak tahu, dalam zakat, takde istilah dua kali bayar. Sebab tu lah, kalau syarikat korang melabur tu ada bayar zakat perniagaan, korang tak perlu bayar zakat saham. Kiranya, syarikat tu dah bayar bagi pihak pemegang saham dia. 
 


Sumber Imej: Laporan Tahunan Maybank

Camne korang nak tahu? Kena lah dapatkan maklumat dari syarikat tu. Mungkin boleh tengok dari laporan tahunan atau korang contact je syarikat tu. Pihak PPZ cakap diorang tak boleh provide info sama ada syarikat tu bayar saham ke tak (percayalah, admin call tanya tadi!).

 

Situasi 4: Syarikat tak bayar zakat perniagaan

Sebaliknya, kalau syarikat tu tak bayar zakat perniagaan, korang wajib bayar zakat saham. Jadi, before korang setuju beli saham syarikat ni, check dulu diorang bayar zakat perniagaan ke tak. At least, korang boleh prepare awal-awal untuk bayar zakat saham sebab dah tahu awal!



Nak tahu kena bayar berapa? Ni cara kira zakat saham (keluarkan kalkulator masing-masing)

 

Ni cara kira saham pegangan jangka pendek:

Untuk zakat saham pegangan jangka pendek, korang hanya kira atas untung lepas jual. Dan, korang kena tolak modal awal jugak. Boleh guna formula ni:

(Nilai saham semasa + Baki semasa - Kos berkaitan*) x 2.5%

P/s: Kos berkaitan* ni antaranya adalah kos jual beli, kos bayar broker dan benda-benda lain yang korang spend.

Sebagai contoh, nilai saham semasa korang adalah RM20,000, baki semasa adalah RM5,000 dan kos berkaitan pulak adalah RM300. Boleh tengok bawah ni untuk contoh pengiraan:

(RM20,000 + RM5,000 - RM300) x 2.5%

RM24,700 x 2.5% = RM617.50

Formula lain yang lagi senang korang boleh guna adalah:

([Harga jualan - Kos belian] x Unit) x 2.5%

Katakan korang jual 20,000 unit sebanyak RM2.50 (korang beli dengan harga RM2.00), ni cara kira dia:

([RM2.50 - RM2.00) x 20,000) x 2.5%

([RM0.50] x 20,000) x 2.5%

RM10,000 x 2.5% = RM250

 

Saham pegangan jangka panjang pulak:

Cara kira saham pegangan jangka panjang ni lebih kurang sama. Cuma, kena tambah dividen. Dia kira dari nilai bersih saham selepas tolak pembiayaan/pinjaman belum jelas (kalau ada).

Formula dia adalah:

(Nilai saham semasa + Baki semasa + Dividen - Kos berkaitan*) x 2.5%

Sebagai contoh, nilai saham semasa korang adalah RM100,000, baki semasa adalah RM5,000 dividen dapat sebanyak RM1,500. Kos berkaitan korang pulak adalah RM300. Korang kena bayar zakat saham sebanyak…

(RM100,000 + RM5,000 + RM1,500 - RM300) x 2.5%

RM106,200 x 2.5% = RM2,655

Katakan pulak korang ada 2 saham dari 2 syarikat yang berlainan, kena lah tambah nilai tu sekali. Ni admin tunjukkan contoh kira:

Saham A:

(RM50,000 + RM2,500 + RM1,000 - RM300) x 2.5%

RM53,200 x 2.5% = RM1,330

Saham B:

(RM30,000 + RM2,000 + RM500 - RM300) x 2.5%

RM32,200 x 2.5% = RM805

Tambah Zakat Saham A + B 

RM1,330 + RM805 = RM2,135

Kalau korang malas sangat atau takut salah kira ke apa, boleh terus ke website ni guna kalkulator zakat online dia. Boleh korang buat double dan triple check!

 

So, kat mana boleh bayar zakat saham tu?



Korang boleh bayar kat memana institusi zakat. Kebiasaannya, bayar kat PPZ atau Jabatan Agama negeri masing-masing. Kalau tak nak keluar, boleh bayar online - depends dia available ke tak (check website ni!). Korang boleh jugak refer kat website-website ni untuk maklumat:

 

Apa akan berlaku kalau korang tak bayar zakat saham?

Sebagai orang Islam, kita tahu yang bayar zakat ni adalah tanggungjawab wajib. Kalau dah bayar, bagus lah. Kalau tak, rasa tak best lah lagi-lagi bila sengaja lengahkan masa bayar dan buat-buat lupa. 

Tapi, jangan risau, takde masalah sangat pun kalau korang terlupa bayar zakat saham untuk beberapa tahun. Mungkin korang ada benda penting perlu dibayar dulu ke. Korang boleh je qadha’ bayar zakat-zakat yang tak selesai lagi tu. 

Senang je - boleh ke memana pusat zakat dan terangkan situasi korang. Nanti, diorang akan tolong kirakan untuk korang dan kasi berapa jumlah kena bayar. 

Cuma, memang koyak lah kalau camtu. Mana taknya, sekali bayar semua (memang cecah ribuan lah!). Sebab tu, better korang jangan lupa untuk bayar zakat saham setiap tahun. Kalau boleh, letak reminder kat handphone tu so that ingat. Lagi elok kalau bayar cepat-cepat.

Selamat membayar zakat saham!

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!