Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Hah, Ni 5 Saham Best Untuk Korang Melabur Dalam Norma Baharu!

BY Faiz Rahim

Updated 11 Dec 2020




Korang tahu tak waktu mula-mula PKP (Mac 2020), pasaran saham Bursa jatuh merudum teruk dalam 20.52%? Paling rendah kot kalau nak tengok selepas krisis ekonomi negara tahun 2009. Gambar kat bawah ni siap ada tunjuk trend pasaran saham yang jatuh...

Sumber: Trading Economics


Obviously, pasaran saham akan terjejas dalam keadaan ekonomi yang tengah tak stabil ni, tak termasuk lagi dengan kesan dari pandemik dan PKP. Kalau nak tahu, syarikat tempatan pun takde untung sangat dalam suku pertama tahun 2020 disebabkan ni lah. Kalau syarikat tak untung, saham pun indirectly terjejas jugak. 

Jadi, mesti semua (admin pun!) tertanya-tanya soalan yang sama kan? Saham apa yang pelabur-pelabur patut perhati dalam norma baharu ni? Yang paling penting, saham apa yang menguntungkan dan vice versa?

BACA JUGAK: 7 Jargon Kewangan yang Perlu Anda Mengetahui


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tetapi sebelum proceed...

Kita kena tahu dulu industri mana yang tengah untung dalam norma baharu ni? Industri mana pulak yang rugi? Hah jangan risau, ni admin nak bagitau. Kalau ready, sebut aye!
 


Industri yang untung: Penjagaan kesihatan, teknologi & tenaga

Sejak Covid-19 kan, industri penjagaan kesihatan semakin berkembang k! Ya lah, make sense lah kan industri ni berkembang sebab permintaan produk diorang semakin tinggi. Lagi-lagi sebab barang penting dan essential kot untuk lawan Covid-19. Semua mesti ada banyak barang-barang ni. Admin siap ada 2 kotak!

Selain tuh, ada juga kenaikan dalam sektor teknologi sepanjang musim Covid-19. Ini sebab ramai pengguna (termasuk admin sekali!) guna online platform untuk beli barang-barang dapur dan keperluan. Sama cam pelabur, konsumer pun semakin berjaga-jaga!

Tak boleh nak nafikan yang industri tenga pun semakin berkembang. Ya lah, semenjak gomen announce dalam Belanjawan 2021 yang diorang akan bagi RM200 rebate tuk barang-barang yang save energy. Konfem lagi ramai yang akan beli - pelabur pun nak join sekali lah!



 

Industri yang rugi: Pelancongan, penerbangan & barang pengguna 

Ya lah, tak semua syarikat boleh dapat untung dalam climate sekarang  ni. Walaupun ada bisnes yang boleh buat untung, ramai lagi yang tak boleh. Tapi, nak buat camne? Kalau bisnes tak jalan cam biasa, keuntungan pun kurang lah. Lagi-lagi untuk syarikat pelancongan dan penerbangan.

Kiranya dalam 6 hingga 12 bulan akan datang, memang penting bagi syarikat pelancongan dan penerbangan usaha untuk restart semula bisnes. Restart admin maksudkan kat sini adalah bila keadaan bisnes dah jadi cam biasa balik sebelum Covid-19. Sebab tuh, kalau kita nak bercuti, dalam negara je k? Kita #sapotlokal! 

 

Okay, sekarang jom tengok saham mana yang untung dan yang tak waktu pandemik & norma baharu ni… Boleh tengok trends gambar-gambar kat bawah ni!

 


5 saham yang tengah untung…

1. Scientex Berhad

 

2. Hartalega Holdings Berhad

 

3. Solarvest Holdings Berhad

 

4. Hengyuen Refining Company Berhad

 

5. Frontkent Corporation Berhad 

 

Antara 5 saham yang rugi adalah…

1. Malaysia Airports Holdings Berhad 

 

2. Nestle (Malaysia) Berhad 

 

3. Heineken Malaysia Berhad 

 

4. Airasia Group Berhad 

 

5. Top Glove Corporation Berhad


NOTA: Pada awal pandemik Covid-19, saham Top Glove memang perform. Cuma, selepas 13 Oktober, diorang punya harga saham pun jatuh merudum. Kalau ikut prestasi kewangan, ok je. Cuma, tu lah, ada pulak kluster dalam pekerja-pekerja sampai terpaksa tutup banyak kilang (nasib-nasib…)!


 

So, apa yang patut pelabur-pelabur buat?

Pasaran saham memang tak menentu dari dulu sampai sekarang. Ada kemungkinan k saham yang tengah naik sekarang ni mungkin akan jatuh esok. Scary kan?

Lagipun, pelaburan saham ni memang berisiko tinggi walaupun pelabur hanya decide nak beli dan tunggu. Sebab tuh lah pelabur-pelabur kena ada kemahiran buat keputusan yang cepat dan tepat. Baru lah boleh jadi pelabur yang berjaya!

So, kalau korang adalah pelabur, apa proses korang? Korang teliti tak dulu setiap keputusan pelaburan? Ada expert yang nasihat korang tak? Banyak soalan yang sepatutnya korang tanya sebelum buat keputusan pelaburan dalam norma baharu ni. Boleh baca artikel ni kalau nak tahu lebih lanjut.

 

 

Kalau baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan kan, lagi lah korang kena take note nature saham ni camne. Oleh sebab tuh, memang penting untuk jadi lebih berhati-hati dalam pelaburan korang. Kalau tak, portfolio perlaburan korang boleh hilang camtu je (pfft!). So, better plan dulu betul-betul k?
 

BACA JUGAK: Bahagian 2: Pelaburan Untuk Persaraan: Stok

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?