1. Kondominium
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 520,000
- Anggaran saiz: 650 kps – 1,500 kps
Lagi mahal dan mewah kondo yang korang beli, lagi banyak lah ruang rumah yang korang dapat macam lagi besar ruang rumah (bilik) yang korang dapat, takpun fasiliti yang gempak macam spa, sauna dan kolam infiniti. Kebiasaannya, kondo ni lagi kecil dari kediaman landed, tapi ada sesetengah kondo mewah mampu menyaingi saiz kediaman landed.
Selalunya, kalau korang beli kondo, korang jugak akan diberikan sekurang-sekuranya satu tempat letak kereta selain kawalan keselamatan 24 jam. Segala kemudahan yang diberikan ni tak free tau, korang kena bayar yuran perkhidmatan setiap bulan untuk selenggara kemudahan ni.
2. Apartmen/Pangsapuri
Bayu Apartment Damai
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 280,000
- Anggaran saiz: 550 kps – 1,200 kps
Mungkin apartmen ni tak nampak gah macam kondo tapi kediaman jenis ni lah paling sesuai untuk korang yang nak beli rumah pertama sebab harganya masih mampu dimiliki. Terdapat banyak apartmen yang sudah berusia namun masih terjaga dengan baik di kawasan kejiranan strategik yang terletak di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Nak lagi kepastian? Korang tengok contoh gambar apartment kat atas. Bayu Apartmen Damai ni adalah sebuah pembangunan berkos sederhana rendah di mana setiap unit mempunyai 3 bilik tidur, tapi korang masih boleh dapat kemudahan lengkap macam ruang letak kereta berbumbung, kolam renang dan jugak kawasan BBQ. Semua ni korang boleh dapat dengan hanya RM250,000. Ini kira bagus lah, bukan senang nak dapat unit dengan 3 bilik tidur dengan harga bawah RM300,000.
Selain apartment lama, korang yang stay dekat kawasan Selangor jugak boleh try tengok apartmen di bawah projek Residensi Wilayah (RUMAWIP). Program perumahan ni menawarkan rumah mampu milik yang lagi selesa kepada golongan berpendapatan sederhana. Lily Apartment contohnya, merupakan projek terbaru RUMAWIP yang terletak kat Kuchai Lama yang hanya berharga RM300,000.
3. Flat
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 145,000
- Anggaran saiz: 400 kps - 900 kps
Kalau korang nak tau, rumah flat ni sangat popular dalam kalangan golongan pekerja. Harga flat Taman Desa, Cheras contohnya, dijual dengan harga median RM106,500 je, kurang separuh kot dari harga apartment.
Tapi… kebanyakan rumah flat selalunya tak sediakan sebarang kemudahan kecuali tempat letak kereta, itu pun terhad. Rumah flat jugak mudah untuk diakses bagi sesiapa je sebab pemaju takde sediakan perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam. Kebanyakan flat jugak tak disediakan lif sebab kebiasaannya rumah flat cuma ada 5 tingkat. Lain lah rumah flat kos rendah milik gomen. Pembangunan rumah flat berkos rendah milik gomen boleh mencecah 20 tingkat dan dilengkapi jugak dengan kemudahan mini mart dan kedai runcit dalam kawasan perumahan bagi menyenangkan penduduk.
Cumanya kat Malaysia, rumah flat ni dapat reputasi buruk dan persepsi negatif sebab tak diselenggara dengan baik.
4. Kediaman Servis/SoHo
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 575,851
- Anggaran saiz: 400 kps – 1,200 kps
Konsep kediaman servis macam SoHo iaitu small office home office ni dibina bagi pemilik bisnes yang memerlukan ruang kerja kecil yang jugak boleh dijadikan sebagai kediaman. Spesialnya SoHo ni oleh bertukar jadi rumah dan jugak pejabat adalah disebabkan unit-unit ni mempunyai susun atur macam loteng, membolehkan para pemilik menjadikannya sebagai rumah dan jugak pejabat.
Bergantung pada harga kediaman servis yang korang beli, ada sesetengah unit turut dilengkapi kemudahan mewah ala hotel macam perkhidmatan concierge dan room service, sesuai lah untuk golongan have-have. Bukan tu je, disebabkan kediaman servis ni merupakan sebahagian dari pembangunan bersepadu atau campuran, banyak kediaman servis kat Lembah Klang yang bersambung terus dengan pusat membeli-belah, convenient store dan jugak pejabat.
Masih tak faham pembangunan bersepadu atau campuran tu macam mana? Korang tengok je KL Gateway. Pembangunan ni terdiri daripada sebuah komponen pusat membeli belah, kediaman dan jugak pejabat yang berada dalam satu bangunan besar.
Admin jugak nak tegaskan kat sini walaupun kediaman servis mempunyai status komersil, tujuan asal pembangunan ni adalah untuk kediaman, jadi boleh diambil kira sebagai sebuah perumahan. Sebarang urusan jual beli hartanah ni jugak berada di bawah bidang kuasa Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (HDA).
5. Rumah Teres
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 355,000
- Anggaran saiz: 750 kps – 1,600 kps
Rumah-rumah teres kat Malaysia selalunya mempunyai 10 hingga 12 unit dalam setiap baris rumah. Setiap rumah dibina sama ada 1 atau dua tingkat sahaja. Bagi rumah teres 1 tingkat, terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi disediakan, manakala rumah teres 2 tingkat pulak akan ada 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi.
Bagi yang bercadang nak beli rumah landed, cuba-cubalah tinjau rumah teres sebab hartanah jenis ni merupakan pilihan hartanah nombor 1 kat Malaysia tau disebabkan harganya yang berbaloi. Cumanya, harga rumah teres di kawasan bandar-bandar besar macam Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru agak mahal berbanding di kawasan luar bandar.
Tapi takpe, korang masih boleh dapatkan hartanah sub-jualan dengan kadar harga RM500,00 kat kawasan Selangor yang terpencil. Buat korang yang mencari hartanah baru pulak, admin ada berita baik untuk korang. Korang boleh check kawasan pinggir bandar macam Bangi, Sepang, Klang, Rawang dan Semenyih sebab sejak kebelakangan ni, banyak pemaju yang buat projek rumah teres dalam pembangunan gated & guarded dengan harga yang berpatutan.
6. Banglo
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 465,180
- Anggaran saiz: 2,000 kps – 12,500 kps
Banglo adalah sebuah kediaman dalam kategori landed, di mana rumah jenis ni biasanya dibina atas tanah hak milik peribadi, menyebabkan kediaman jenis ni mempunyai saiz kaki persegi dan kawasan tanah yang berbeza bagi setiap rumah. Walau bagaimanapun, kalau ikut undang-undang pulangan berkurang (law of diminishing return), harga median bagi setiap kaki persegi berkurangan apabila saiz unitnya meningkat. Sebab tu lah kalau korang perasan, harga median bagi sekaki persegi yang direkodkan kat Selangor adalah rendah, cuma RM216.
Kediaman jenis ni menjadi pilihan utama orang-orang kat Malaysia sebab harga jualan sebijik banglo mampu mencecah jutaan ringgit! Banglo 6 tingkat kat Country Heights, Kajang misalnya, walaupun mempunyai keluasan sebanyak 4,944 kps dan harga setiap kaki persegi hanyalah sebanyak RM296, harga jualan banglo tersebut mampu melebihi RM5 juta!
Tapi korang kena ingat jugak, tak semua banglo dengan saiz yang sama mampu dijual dengan harga yang sama. Harga jualan sesebuah rumah pun turut bergantung pada lokasi, kawasan tanah dan usia rumah tersebut. Kita ambik contoh banglo kat Semenyih dan Bestari Jaya, disebabkan banglo tersebut berada kat lokasi luar bandar dan dah berusia, anggaran harga banglo tersebut cuma dalam lingkungan RM300,000.
7. Semi-D
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 488,000
- Anggaran saiz: 2,300 kps – 5,600 kps
Ciri-ciri rumah berkembar ni tak jauh beza pun dengan banglo, ada tanah terbuka kat bahagian tepi, depan dan jugak kat belakang cumanya banglo tak bercantum dengan mana-mana unit rumah yang lain, tu je.
Rumah kediaman ni jugak banyak menjadi pilihan rakyat Malaysia di mana pada tahun 2018, sebuah pembangunan perumahan eksklusif dan di kawal rapi di Klang - Ambang Botanic berjaya dapat jualan semi-D tertinggi kat Selangor, iaitu sebanyak 26 transaksi. Semi D di Ambang Botanic ni mempunyai 2 tingkat dan keluasan 2,417 hingga 4,849 kps dengan harga median per kps sebanyak RM500.
8. Townhouse
- Harga median sekaki persegi untuk tahun 2024: RM 370,000
- Anggaran saiz: 560 kps– 7,000 kps
Townhouse macam rumah teres je sebenarnya tapi dibina secara menegak dan didirikan atas satu sama lain dengan hanya menggunakan sebidang tanah je. Setiap unit townhouse selalunya ada 1 atau 2 tingkat je, bergantung pada ketinggian keseluruhan unit tersebut. Bagi townhouse yang mempunyai ketinggian yang rendah, townhouse tersebut boleh diakses terus dari tingkat bawah manakala townhouse yang tinggi hanya boleh diakses dengan tangga sisi.
Unit kediaman jenis ni dipasarkan sebagai rumah klusters dan direka secara seragam di kawasan perumahan gated & guarded. Bukan tu je, kawasan kediaman townhouse jugak biasanya sediakan fasiliti lain untuk residen macam clubhouse, taman dan kawasan rekreasi. Bagi yang berminat, korang boleh tengok contoh townhouse dekat Shah Alam iaitu Cahaya SPK Premier Townhouse yang dibina dalam kompleks gated & guarded dan disediakan kemudahan clubhouse serta 3 taman bertema .
Harga jualan bagi rumah jenis ini jugak agak berpatutan, dengan serendah RM388,000, korang dah boleh dapat sebijik townhouse dekat Lembah Klang.
Mana satu jenis rumah yang menjadi pilihan korang?
Semuanya berbalik kat tahap kemampuan kewangan korang dan jenis hartanah yang korang minat.
Selain aspek kewangan, ada faktor-faktor lain jugak yang korang harus pertimbangkan macam lokasi hartanah, keadaan kawasan perumahan dan tujuan korang nak beli hartanah tersebut.
Ha, kalau dah tau jenis kediaman apa yang korang nak, langkah seterusnya adalah korang kena tau berapa banyak jumlah pinjaman yang korang layak. Klik sini kalau nak tau dengan lebih lanjut.
Korang jugak boleh buat perbandingan pinjaman kalau nak tau pinjaman perumahan yang mana paling sesuai dengan korang, Klik sini.
*Artikel ini diolah semula dari artikel “(Dikemaskini) Ingin membeli rumah? Ketahui 8 jenis rumah yang terdapat di Malaysia” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.
**Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Nak tau pasal hartanah kat Malaysia dengan lebih lanjut? Baca ni pulak: