Industri yang berkembang…
1. E-Commerce/E-Dagang
Korang perasan tak yang semakin ramai orang yang beli barang secara online waktu PKP ni? Digital News Asia sampai tulis yang ada kenaikan sebanyak 149% Jumlah Dagang Kasar dalam kuarter yang pertama. Kalau korang nak tahu, Jumlah Dagang Kasar ni sebenanya jumlah jualan barang yang dah dijual kat platform e-commerce ni dalam satu masa. Dalam laporan tersebut, Commerce Asia dah tanya semua pelanggan mereka dan dapat tahu ada kenaikan lebih 800% hasil jualan untuk barangan memasak, pakaian dalam dan sarung tangan getah. Kenaikan secara mendadak ni membuktikan yang industri e-commerce cekal untuk menghadapi pandemik dunia.
2. E-Wallet
E-wallet juga semakin hangat digunakan sekarang ni sebab ramai antara korang lebih prefer bayar secara online (cashless transaction) so that korang boleh praktis penghantaran tanpa sentuhan (contactless delivery).
Walaupun hangat, Touch 'n Go e-wallet ada nampak urus niaga runcit kurang sikit kalau nak banding dengan pembelian barang-barang keperluan. GrabPay Malaysia pun ada naik 1.7 kali lebih dari sebelum ni!
BACA JUGAK: e-Wallet Mana Paling Best Kat Malaysia? Tengok Showdown Ni!
3. Perkhidmatan penghantaran
Kalau penggunaan e-commerce naik, perkhidmatan penghantaran pun mestilah akan naik sekali. Pos Laju ada bagitau yang mereka telah terima 770,000 dari 350,000 barang dalam sehari. Tak percaya? Cuba tengok video ni!
Nak tak nak, Pos Laju kenalah cari pekerja baru ASAP sebab dah tak cukup tangan dah nak buat kerja. Kalau Pos Laju dah macam ni, korang cuba bayangkan perkhidmatan penghantaran yang lain. Mesti sama banyak atau lebih lagi!
4. Perkhidmatan penstriman
Korang nak tahu tak yang Malaysian Digital Association dan SimilarWeb ada laporkan yang perkhidmatan penstriman telah terima banyak pengguna-pengguna baru sejak kebelakangan ni. Sebab ada banyak masa lapang, apa lah salahnya sambil-sambil buat kerja kat rumah tuh kita bukak Netflix ke, Viu ke?
Mengikut laporan, Netflix terima lebih dari 195% kunjungan dengan Tonton juga meningkat kepada 232%. Manakala untuk dimsum dan Viu, lawatan ke laman web tersebut juga meningkat sebanyak 140%.
5. Farmaseutikal
Masa sekarang ni korang semua akan pastikan yang korang ada face mask dan hand santiser sepanjang masa. Jadi, rasanya selamat nak kata yang selagi Covid-19 masih tak dapat dikawal, permintaan terhadap produk-produk ni pun akan kekal meningkat. Syarikat-syarikat farmaseutikal akan terus buat produk-produk tesebut dalam kuantiti yang banyak kerana permintaan masih tinggi. Nak tak nak lepas ni korang akan sentiasa beli face mask dan hand sanitiser untuk elak dari dapat Covid-19.
Yang terjejas adalah…
1. Pelancongan
Tak lain tak bukan industri pelancongan dah lama terjejas dari sebelum PKP lagi ni. Sebab tuh dari bulan Januari lagi, ada orang kata industri pelancongan akan rugi lebih RM3bil. Tak termasuk lagi yang lebih kurang 30% hotel juga dijangka akan bungkus bisnes buat sementara waktu atau selama-lamanya.
Cuba korang bayangkan, dalam beberapa minggu PKP je dah ada beberapa hotel yang dah tutup terus. Antara hotel yang dah tutup adalah Ramada Plaza Melaka Hotel dan G City Club Hotel. Hotel-hotel ni tutup sebab kurang pelanggan dan yang paling penting, mereka kata mereka dah tanggung rugi yang banyak dah dari sebelum Covid-19 lagi. Tempoh dalam beberapa bulan seterusnya ni adalah masa penting untuk hotel-hotel lain cuba sustain atau akhirnya diorang akan muflis jugak.
2. Penerbangan
Dari awal PKP lagi, tak ada satu pun penerbangan yang dibenarkan masuk atau keluar dari negara kita ni. International Air Transport Association siap agak yang pelanggan akan kurang dalam 39% dan akan rugi RM14.4 bil dalam masa tiga bulan sahaja.
Pada waktu PKPB sekarang ni, korang dah boleh terbang dalam dan luar negara (kena dapat kelulusan dari pihak berkuasa dulu). Walaupun industri penerbangan tengah rugi ni, korang boleh expect yang mereka ni akan kembali pulih macam biasa sebab kerajaan kita pun tak nak industri ni merosot.
3. Media
Korang pernah baca tak majalah Cosmopolitan Malaysia, Cleo, Jelita dan lain-lain? Ada berita buruk nak bagitau ni. Syarikat majalah tuh, Blu Inc Media dah bungkus kedai walaupun dah beroperasi hampir 40 tahun.
Syarikat media macam ni, walaupun dah digital masih lebih lagi rugi dari untung. So, musim PKP confirm akan buat keadaan lebih teruk lagi. Macam mana lah agaknya dengan media tradisional yang lain? Korang rasa diorang boleh survive tak?
4. Peruncitan
Sepanjang PKP kan, cuba korang kira balik berapa kali je korang keluar pergi beli barang. Kalau keluar pun, korang akan pergi ke kedai runcit, hypermarket dan supermarket. Rasanya tak ada pun yang pergi ke shopping mall.
Retail Group Malaysia siap jangka yang industri peruncitan akan jatuh sebanyak -18.8% dan -9.3% dalam kuarter pertama dan kedua ni. Kalau nak bandingkan dengan 4.6% tahun lepas pun, rasanya industri akan rugi sebanyak -5.5% dalam jualan dan kadar pertumbuhan juga jadi negatif pertama kalinya dalam 22 tahun ni.
5. Perumahan
Rasanya memang tak ramai akan berbelanja besar seperti beli tanah atau rumah sebagainya buat masa sekarang. Menurut PropertyGuru, harga pasaran hartanah pun akan kurang 10% disebabkan ada perubahan mindset daripada pembeli kepada penjual. Berita baiknya adalah industri hartanah ni tak akan rugi lebih dari 50%.
Jadi, apa yang kita boleh buat sekarang?
Walaupun ada industri yang berkembang sewaktu PKP, masih tak ada jaminan yang ia akan kekal. Begitu juga sebaliknya dengan industri yang terjejas ni. Lagi-lagi PKP ni bebile je boleh dijalankan semula (kita harap tak ada lah PKP balik). Sekarang ni, apa yang kita semua boleh buat adalah dengan berbelanja dan kasi sapot kita ni untuk menjana ekonomi domestik negara. Sambil-sambil tuh, jangan lupa duduk rumah (keluar kalau perlu je, k?) dan stay safe!
Walau apa-apa pun, perjalanan negara kita nak lawan Covid-19 ni masih lagi panjang. Korang bacalah artikel ni untuk tahu bagaimana pandemik ni boleh affect hasil pendapatan negara.