Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Shopping Kelengkapan Dapur Dekat Ikea? HomePro? Ceh, Kedai RM2 Kan Ada

BY Contributor - iProperty

Updated 31 Jul 2019





Kalau korang perasan kan, Ikea dan HomePro selalu menjadi tumpuan kalau nak cari perabot/perkakasan rumah. Sebabnya, kelengkapan rumah yang kita nak tu senang nak dapat dan perabot yang diorang jual biasanya ikut trend terkini. Tapi kan, harga kelengkapan rumah yang biasanya dijual pun mesti mahal sebab barang branded kot. 

Sekali dua boleh lah shopping kat Ikea sambil bermeatball, maunya tiap-tiap bulan nak beli kelengkapan dapur kat situ, hujung bulan makan nasi bujang lah jawabnye. 

Jadinya, selain shopping kelengkapan dapur korang dengan barang-barang dari Ikea dan HomePrro, admin nak ajak korang shopping kelengkapan dapur dekat tempat lain yang jauh lagi rumah tapi masih lagi praktikal untuk memasak dan kegunaan harian. Contohnya, Eco Shop yang korang selalu panggil ‘Kedai RM2’ tu. Kat Eco Shop ni lah korang boleh dapatkan segala jenis kelengkapan dapur yang korang perlu.  

Nak tau kelengkapan dapur apa lagi yang korang boleh dapat tanpa perlu guna banyak duit? Jom kita check sama-sama.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Perabot dan kabinet dapur



*Contoh Kedai Eco Shop


*Contoh Kedai Daiso


*Contoh Kedai Happy Home

Ha, terkejut tak? Jangan tak taulah, kedai-kedai kelengkapan rumah macam Kedai RM2, Happy Home dan Daiso pun ada jual perabot dapur macam rak perkakasan memasak. Cumanya, korang tak dapatlah pemasangan percuma mahupun servis penghantaran ke rumah. Yelah, harga pun jauh lagi murah, tak boleh lah nak lebih-lebih. 

Tapi takpe, dengan shopping dekat kedai-kedai kelengkapan rumah sebegini, korang boleh jimat banyak dan duit tersebut boleh digunakan untuk kelengkapan dapur yang lain.

Lagi satu, kalau kena dengan gayanya, korang boleh dapat dapur yang serba lengkap untuk kegunaan harian. Contohnya, perkakasan dapur macam dapur gas, segala jenis bekas dan rak korang boleh beli kat kedai-kedai kelengkapan rumah je. Korang cuma kena pandai cari dan pilih je perabot yang sesuai untuk dapur korang.


Periuk, kuali dan segala perkakas memasak


Perkakas memasak ni perkara wajib yang kena ada dekat setiap rumah. Yelah, macam mana nak masak kalau takde periuk dan kuali? 

Perkakasan memasak macam periuk, pisau, penyepit, Tupperware, dan banyak lagi korang boleh dapatkan kat kedai-kedai kelengkapan rumah yang murah ni. Disebabkan korang nk guna tiap-tiap hari perkakasan memasak ni, admin cadangkan korang beli lah spare sekali alang-alang dah murah tu. 


Meja makan dan…


...Semua orang nak meja makan yang nampak mewah, lengkap dengan alas meja, dan set pinggan mangkuk cantik. Kan? Kesemua kelengkapan meja makan ni korang boleh dapat dekat HappyHome dan Kedai RM2. Kalau nak stail ala-ala Jepun boleh, korang boleh try dekat Daiso. Admin gerenti korang takkan menyesal punya. 

Bukan tu je, korang jugak boleh beli pinggan mangkuk yang murah secara online. Contohnya dekat Shopee dan Lazada

Nak beli set pinggan mangkuk ala-ala Cordelle? Takde hal, semuanya korang boleh beli dengan satu klik je. Nak beli satu set or beli asing-asing pun boleh. 


Tepuk dada tanya dapur korang

Bagi admin semuanya terpulang dekat diri masing-masing. Kalau mampu, shopping jelah barang berjenama tu. Tapi kalau dah tak mampu dan hutang pinjaman pun masih banyak lagi, admin sarankan korang berjimat cermat dan bagi keutamaan untuk bayar hutang dulu. Janganlah jadi papa kedana sebab nak nampak bergaya. 

Bagi yang rasa shopping di kedai-kedai kelengkapan rumah ni takde class dan jatuh maruah, ishh hentikanlah fikiran ni. Ramai je yang shopping kat kedai-kedai sebegini. Nak-nak pulak dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil. Biar tak berjenama, janji simpanan banyak, itu yang penting sebenarnya. 

Jadi, apa kat hujung minggu ni korang try sendiri  kedai-kedai kelengkapan murah ni. Siapa tau, mungkin korang tak jumpa jalan keluar terus sebab seronok sangat shopping. 

Artikel ini diolah semula dari artikel “Miliki Dapur Yang Lengkap Dengan Bajet Rendah” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Contributor - iProperty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)