Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Katakan Hello kat Tropicana Metropark, Hab Komersial Terbaru Di Subang Jaya!

BY Team Loanstreet

Updated 15 Jun 2020




Dengan kerjasama 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Selalunya, nak cari kediaman yang menepati keperluan dan gaya hidup ni agak susah. Tapi tu semua cerita lama sebab apa yang kami bakal tunjukkan kat korang ni bukan sekadar buah mulut orang. 

Memperkenalkan Tropicana Metropark! Sebuah pembangunan bercampur yang dikatakan terbesar di Subang Jaya. Pembangunan jenis PEGANGAN KEKAL bersaiz 88 ekar ni merangkumi kawasan kediaman, ruang pejabat, kawasan retail, kawasan rekreasi, dan jugak sebuah Central Park bersaiz 9.2 ekar.

Penduduk Lembah Klang konfirm setuju bahawa Subang Jaya ni ada reputasinya yang tersendiri - kawasan ni dah jadi penanda aras bagi projek pemaju lain dalam mewujudkan pembangunan yang serba lengkap. Kawasan ni jugak dah berubah menjadi sebuah bandar mewah, menjadikannya kawasan rebutan dan pilihan utama hartanah di Lembah Klang. Sebab tu ramai golongan urban nak settle down kat sini.

Dan sekarang, pembangunan ni hadir dengan fasa komersial dan bercampur yang pertama, dikenali sebagai Shoppes & Residences (South). Ia merangkumi 656 unit kediaman servis dan 69 unit kedai. Fasa ini dikelilingi oleh pelbagai fasiliti yang sememangnya mampu menyenangkan kehidupan. 


Jom kita sembang pasal Residences (South) dulu. Apa yang bestnya?


Suasana ala-ala urban retreat

Kediaman servis ni menawarkan 2 jenis susun atur. Pembeli boleh memilih sebuah apartmen servis bersaiz 700 kaki persegi (kps) lengkap dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi ATAU sebuah studio bersaiz 500 kps lengkap dengan 1 bilik mandi. Kedua-dua jenis susun atur ni datang sekali dengan 1 atau 2  ruang parking kereta. 



Ruang tamu


Dengan pilihan yang ada ni, unit-unit ni sesuai untuk pembeli rumah pertama, golongan pelabur, pasangan muda ataupun keluarga kecik yang nak menetap di kawasan utama. Part yang bestnya - unit ni dilengkapi dengan pemanas air, penghawa dingin, kabinet dapur dengan hood dan hob, sinki dan tap, serta dan sistem kunci pintu digital. 

Fuyohhh, kalau macam ni, admin pun nak beli satu. 

Dan disebabkan fasa terbaru Tropicana Metropark ni dibangunkan oleh Tropicana Corporation yang dah menang banyak anugerah, korang boleh expect lebih dari 25 fasiliti tip top yang kena dengan gaya hidup korang. Contohnya, kawasan BBQ dengan view urban park, kolam renang bersaiz Olimpik, cabanas tepi kolam, gelanggang bola keranjang separa dan jakuzi. Bukan tu je, ia jugak lengkap dengan ciri keselamatan yang power macam CCTV 24 jam, rondaan pengawal keselamatan, sistem dan sekuriti berperingkat - jadi, takdelah korang asyik risau pasal keselamatan. 

Korang nak tahu tak highlight tempat ni? 


“Lepak bila-bila masa? Onz!”


Nikmati suasana Parkfront di Shoppes (South)


Satu lagi bahagian dalam fasa pembangunan bercampur Tropicana Park ni adalah Shoppes (South). Ia merupakan sebuah kawasan retail dengan keluasan berpurata 1665kps. yang korang takkan jumpa kat mana-mana kawasan Subang Jaya yang lain. Disebabkan Shoppes ni sebenarnya bergabung dengan kawasan Residences (bahagian atas bangunan tersebut), ia adalah tempat yang sesuai untuk memenuhi keperluan golongan profesional dan keluarga yang semakin meningkat macam pusat pendidikan, pusat kecantikan dan kesihatan, barangan runcit, kemudahan hiburan dan jugak makanan serta minuman. 

Oleh sebab Shoppes mampu menampung pelbagai jenis perniagaan, para pelabur jugak patut amik peluang ni untuk venturing kat sini. Kenapa? Sebab kawasan retail ni boleh tampung residen Metropark dengan anggaran seramai 15,000 orang dan 1.3 juta penduduk Subang Jaya, termasuklah Shah Alam. Selain tu, Shoppes (South) jugak menawarkan program SEWA PERCUMA selama 2 tahun (untuk pajakan). Peluang ni bagus sebenarnya untuk korang (pemilik perniagaan) yang mahu mencuba konsep retail terbaru atau meneroka idea keusahawan korang dengan risiko pelaburan yang rendah. 


Sebagai residen pulak, hidup korang akan jadi lebih mudah. Mungkin sebelum ni korang kena drive ke sana sini untuk dapatkan segala macam barang keperluan, tak pun untuk chill-chill dengan member, tapi korang dah tak perlu buat tu semua kat Tropicana Metropark. Serius cakap, Shoppes (South) akan jadi jadi sebuah tempat yang best untuk melepak sebab korang boleh dapat semua benda. Yang bestnya, korang boleh rasai semua ini tanpa perlu keluar rumah pun. Yay!



Pastu, kalau korang nak larikan diri dari gaya hidup yang sibuk, Central Park kan ada...

Siapa sangka boleh wujud sebuah Central Park bersaiz 9.2 ekar kat tengah-tengah pembangunan bercampur ni? Taman Tasik rekreasi ni  dibina bercirikan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan air, sesuai untuk residen dan orang awam jadikannya sebagai tempat untuk larikan diri dari kesibukan. 


Laluan pejalan kaki di tepi tasik, trek joging dan jambatan-jambatan yang berada di sekitar taman untuk menggabungkan kesemua komponen pembangunan bercampur, bolehlah korang dan member atau keluarga chill-chill. 

Bayangkan, setelah seharian sibuk, korang boleh treat diri dengan kopi kat Shoppes (South) dan bersiar-siar kat Central Park untuk merehatkan diri. Best, kan? Semua kemudahan ni korang boleh dapat kat area rumah je. 



Okay, apa lagi yang ada kat Tropicana Metropark ni? 

Selain mempunyai Central Park dan kawasan retail, terdapat jugak sebuah sekolah antarabangsa, iaitu GEMS International School yang berada di dalam kawasan Tropicana Metropark, sesuai untuk korang yang ada anak yang masih bersekolah - tak perlu drive jauh-jauh lagi dah. Sekolah ni mampu menampung sehingga 2,400 pelajar yang berumur daripada 3 hingga 18 tahun. Sekolah ni jugak mempunyai kemudahan yang ohsem macam panggung black box dan bilik darjah khas. 

Tapi, kalau sekolah ni tak kena dengan taste korang, janganlah risau. Ada banyak lagi sekolah berdekatan lain macam tadika Twinkle Little House, Sekolah Kebangsaan SS19, Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan banyak lagi. 


Selain tu, kawasan Tropicana Metropark ni jugak dekat dengan pelbagai jenis kemudahan lain seperti pusat membeli-belah (Subang Parade, The Empire Subang Jaya dan Sunway Pyramid), pasar raya (AEON Hypermarket dan Tesco Extra Shah Alam), pusat kesihatan (KPJ Specialist Selangor Hospital dan Ramsay Sime Darby Health Care), balai polis, bank dan restoran. Semua ni korang obleh dapat hanya dalam lingkungan 10km. 



Dan yang paling penting, korang boleh keluar masuk dengan MUDAH

Dengan hanya 30 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, kawasan ni senang untuk diakses melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), atau Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Tropicana Metropark pun tak jauh dari bandar lain macam USJ Heights (5.2km), Subang Heights (5.8km), Petaling Jaya (11.7km) dan Shah Alam (13.3km)

Tambahan lagi, dengan adanya pelbagai kemudahan pengangkutan awam, lagi senang lah  untuk korang keluar dan masuk ke Tropicana Metropark. Yang paling dekat adalah stesen KTM (Batu Tiga). 



Sumber Imej: The Star

Lagi satu, pembangunan ni dihubungkan dengan laluan Tropicana Metropark Link sepanjang 1.6km yang menghubungkan terus Lebuhraya Persekutuan dengan Metropark. Dengan adanya laluan ni, perjalanan residen, pekerja dan jugak pelawat akan jadi lebih senang dan menjimatkan masa.  



So, tunggu apa lagi? Dapatkan unit korang kat Tropicana Metropark sekarang!

Terletak secara strategik kat bandar mewah di Lembah Klang, korang takkan sesekali menyesal melaburkan duit kat Tropicana Metropark. Malah, dengan rekod sewaan pembangunan Tropicana sebelum-sebelum ni yang tinggi dan ditambah lagi dengan jumlah penghuni yang ramai serta sambungan jalan yang diperluaskan, peluang seperti ni cuma datang sekali je. 

Jadi, cepat-cepat tempah!


Kalau nak tau lebih lagi berkaitan Shoppes & Residences (South) @ Tropicana Metropark, Subang Jaya; ataupun nak nikmati tawaran RENT-FREE PROGRAMME atau EARLY BIRD INCENTIVES, layari laman web Tropicana Metropark atau call 1700 81 8887.

p.s. Jangan eksaited sangat, pastikan korang check dulu kelayakan pinjaman perumahan korang sebelum buat sebarang keputusan!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?